Nasi minyak resepi dari Ummi saya merupakan salah satu nasi yang menjadi kegemaran saya. Hari minggu yang lalu, sempat juga saya membuatnya. Ini merupakan kali kedua saya mencuba resepi nasi minyak ini. kali pertama ketika raya haji tahun lepas, tetapi terlebih letak pewarna, nasi menjadi terlebih merah dan suami saya memanggilnya nasi minyak 'gong xi fa chai'. hahahahahah!
Sebenarnya terdapat pelbagai resepi untuk membuat nasi minyak, tetapi resepi dari Ummi saya juga yang menjadi pujaan hati. Iyelah, masakan ibu, siapa yang tak sukakan??? Jom kita lihat resepi untuk membuat nasi minyak ini:
bahan-bahan
3 cawan beras
2 helai daun pandan disimpul
***3 ulas bawang merah
***1 ulas bawang putih
*** ½ inci halia
1 ulas bawang besar di mayang halus
Rempah empat serangkai (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, biji limau (buah pelaga kot kalau tak silap)
1 sudu majerin
½ sudu kecil garam
Bahan yang bertanda *** ditumbuk sehingga halus
Cara membuatnya:
1. Mula-mula, basuh beras kemudian toskan. Kemudian, didihkan air di dalam rice cooker (ikut sukatan beras yea) saya guna jari, so tatau nak tulis banyak mana air.
2. Panaskan kuali, tumiskan semua bahan yang bertanda *** yang telah ditumbuk bersama-sama dengan rempah empat serangkai dan juga bawang besar yang telah dimayang halus. Bila dah naik bau, masukkan ke dalam rice cooker. Apabila mendidih, masukkan daun pandan, garam dan majerin berserta beras.
3. Apabila Nasi telah masak, masukkan pewarna merah. Siappppppp!!!
Dan inilah rupa nasi minyak yang telah siap dihidangkan bersama lauk-pauknya
Setiap kali membuat nasi minyak ini, lauk yang menjadi kegemaran ialah sambal tumis ikan tongkol. Sebenarnya lauk boleh dipelbagaikan. Untuk kali ini saya hidangkan bersama sambal tumis ikan tongkol, sambal telur dan juga ayam goreng beserta acar timun+carrot.
Alhamdulilah, nasi minyak ini memang menjadi kegemaran suami dan juga Zarin, makan sampai bertambah-tambah. Zarin pula lebih suka makan nasi kosong kerana nasinya sudah terasa lemak-lemak masin.
***warna nasi minyak boleh ditukarkan ikut selera masing-masing. Resepi kami memang warna merah turun-temurun. Ada "ong" maaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
mmg susah nk jumpa nasi minyak skang ni.kalau g umh org kawin pun asik ns beriyani n lain2 nasi...dh tak mcm dulu kenduri kawin kan sinonim ngan ns minyak...
ReplyDeletehahah terpengaruh dengan ini la..nk sibuk jugak nk menbuat nasik ayam, nasik ujan panas, tp x bape nk jadi..hhhihi
ReplyDeleteamboi...manyak cantik ye itu nasi. melah juga kaler dia...hehehe.
ReplyDeletegambarnya pun sgt cantik. kalaulah akak ada dslr, agaknya gambar makanan akak yg tak sedap pun jadi sedap, :-)
sungguh menyelerakan...
ReplyDeletetakut pulak tgk nasi kaler merah...slalu makan kaler kuning2 jer...mudah plak resepi ida bg..harus cube..
ReplyDeleteseumur idup belum pernah buat nasi minyak, tapi suka makan..hehehe...
ReplyDeletemcm mudah je resepi ni...
ida rajin tul masak eh.hehe..
ReplyDeletetgk resepi td,semua bahan ada..cantik la..nanti ingat nak try.. =p
sedapnya.... yum yummy
ReplyDeletepestime nih jumpe nasi minyak warne merah hihihi, sangat menyerlah nasi minyak itu untuk di santap akekeke
ReplyDeletenanti nak copy paste yek resepi hik3 :))
kenapa nasik minyak tu warna merah ?
ReplyDeletekak fiza: ahahahahahah... itulah pasal kak. gambar je yg cantik, rasanya belum tentu. Apa lagi, pujuklah cik abe beli DSLR 1! ;)
ReplyDeleteRatu siput: itulah pasala. sekarang kombinasi lauk dengan nasi pun pelik-pelik. Kalau buat sendiri konfem sehari mkn nasi 4 kali. :)
ReplyDeletenuyue: jemput mkn. oghe klate lagi teror wat nasi minyok !
ReplyDelete.:mUnies:.: takpe, next time cuba lagi. insyaallah jadi. :)
ReplyDeletewahida: cublah, senang je. masak ketam lagi payah kot eh! :P
ReplyDeleteejan sara: hahahah, itulah papa zarin kata nasi gong xi fa chai". terkejut agaknya dia bila masauk dalam famili kami tiba-tiba nasi minyak kaler merah! hahahahah
ReplyDeletecubalah ;)
mappiau: ini resepi turun temurun. rumah kami je ada nasi minyak kaler merah! hahahahah
ReplyDeletedwaty: nyum-nyum, jemput makan :)
ReplyDeleteashra: hari minggu mmg selalu la nak asah skill.
ReplyDeleteapa lagi, tryla. :)
pala maldini: resepi turun temurun nie. dulu mungkin x ada pewarna, jadi emak saya letak sirap rose dlm nasi tu. sbb tu jd kaler merah hinggalah sekarang kalau nasi minyak sure kaler merah, baru ada 'ong'!
ReplyDeleteapasal jua nasi minyak ni PINK Colorrr.... first time tengok nasi minyak PINK N REDDDDDDDDDD....
ReplyDeletefuyyoo cantiknyaa nasi...nak cuba tapi tukar kaler leh
ReplyDeleteHaish..kecur liur sy...sgt menyelerakan..nk try buat laa..
ReplyDeleteGreetings! Very useful advice within this article!
ReplyDeleteIt is the little changes that will make the most important changes.
Many thanks for sharing!
Here is my weblog; go there