Sunday, 27 March 2011

bubur nasi berlauk menu wajib!

Bubur nasi berlauk merupakan menu yang wajib ada setiap minggu dalam keluarga kami. Sebenarnya, memang kami penggemar bubur nasi. Kalau di Kedah di panggil moi sup, kalau di Terengganu di panggil nasi air. Kesemuanya kami suka. Cumanya bila dah masak sendiri memang pelbagai jenis lauklah yang boleh dihidangkan.

Untuk bubur nasi berlauk kali ini, agak special sikit kerana ada tambahan lauk pauk. Makanya, bertambah-tambahlah kami makan, lebih-lebih lagi bubur nasi dimasak menggunakan beras siam, harum semerbak satu rumah!

Menu bubur nasi dihidangkan bersama-sama lauk berikut;


Pekasam ikan lampam


Ayam goreng kunyit, wajib ada!


Ikan bilis goreng, wajib ada!


Sup tulang, sekali-sekala ciptakan kelainan


kailan ikan masin


dan paling penting dan wajib ada ialah bubur nasi!

Wah, memang membuka selerakan? Lebih-lebih lagi ada pekasam, diperah pula dengan limau nipis! gulp!!!!!!!! Kalau mak mertua lalu dibelakang sure tak sedar, kihkihkih.

20 comments:

  1. ya ampun..sedapnya semuanya terutama ikan pekasam tu..sedap2.nyaris2 rasa nk kunyah monitor hehe...

    sedap sedap!~

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa...
    btul2 buka selera.da la sy mg feveret dgn bubur ni..

    ReplyDelete
  3. glup...tertelan air liur tgk iakn pekasam itu.....hadui...lapar jadi nyer!hehehhee..

    ReplyDelete
  4. lauk bertambah sedap bila letak dlm pinggan corelle ida tu.ehehe...(sempat telek pinggan)...pinggan corelle ratu tak pnh guna lg.buat display je.ehehe...kale pink!~

    ReplyDelete
  5. sedapnyeeeeeeee pekasam...meleleh wehh...org pn skrg rajin dah wat bubur nasi..sara suker...

    ReplyDelete
  6. sedapnyer idazs......terliur dibuatnyer...

    ReplyDelete
  7. gulp!!! gulpp!!! haaaaa bape kali dah tu kite telan air liur hahahaha

    ReplyDelete
  8. adoyaiii!!! mmg gulp2 dahni! :D

    ReplyDelete
  9. Izan: Ni pekasam dari kedah. Eh, jgn kunyap monitor, nanti patah gigi. hikhikhik

    pekasam mmg best!

    ReplyDelete
  10. mrs. eady: ikan pekasam ni mmg pembuka selera. Dulu masa bulan puasa, tiap2 tiap hari mkn nasi dgn pekasam je. Hinggakan kene marah dgn suami. hahahahah!

    ReplyDelete
  11. ashra: bubur ni mmg fevret kami juga. suami pun kalau boleh hari-hari nak makan bubur. dahla nak buat dia senang :)

    ReplyDelete
  12. ashra: bubur ni mmg fevret kami juga. suami pun kalau boleh hari-hari nak makan bubur. dahla nak buat dia senang :)

    ReplyDelete
  13. ratusiput: ahahahahah. sempat lagi telek yea. Sy memang penggemar corelle. Tapi beli untuk guna terus, baru berselera makan.
    Kalau simpan nanti kena ceramah agama dek ustaz kat rumah tu :P

    pink??? country rose ka?

    ReplyDelete
  14. ejan: tahniah, welcome to da club! hahahahah

    salah satu sebab selalu msk bubur ialah, tak perlu pening-pening nak pk, zarin nak mkn apa. sebab dia pun sama naik tambah!

    ReplyDelete
  15. kak diey: jom mkn, jom. Tapi bubur nasi kantin xde umppppphhh!

    ReplyDelete
  16. mamalikha: gulp!gulp! juga walaupun diri sendiri yang buat. lebih-lebih lg pekasam tu. aduiiii!!!

    ReplyDelete
  17. mummyEcha: nak jemput mkn jauh sangat, jamu mata jela dulu. Insyaallah suatu hari nanti pasti dpt rasa, amin-amin :)

    ReplyDelete
  18. I'm really enjoying the theme/design of your weblog. Do you ever run into any internet browser compatibility issues? A number of my blog visitors have complained about my website not operating correctly in Explorer but looks great in Chrome. Do you have any advice to help fix this problem?

    Here is my web page - recommended reading

    ReplyDelete
  19. I'm really enjoying the theme/design of your weblog. Do you ever run into any internet browser compatibility issues? A number of my blog visitors have complained about my website not operating correctly in Explorer but looks great in Chrome. Do you have any advice to help fix this problem?

    Feel free to visit my website ... recommended reading
    Also see my website :: payday loans lenders only

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...