Minggu lepas saya memang angau tiramisu. Sudahnya setiap hari saya teropong blog Kak Nor Secubit Garam untuk melihat gambar strawberi tiramisunya. Dalam hati sudah berkobar-kobar ingin membuat tiramisu ini. aduhaiiiii, penangan tiramisu. macam orang mengidam pula. Tapi jangan salah faham, saya belum mengidam lagi yea, ekekekekekekeke
Jadi, hari minggu merupakan hari yang paling tepat untuk saya bereksperimen dan mencuba pelbagai resepi. Ok, malas nak berceloteh panjang, Kak Nor, dengan izin saya saya copy dan pastekan resepinya di sini ya. Resepi asal boleh dilihat di SINI
STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan untuk syrup:(dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional
Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.
Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)
* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream ** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt) *** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup
Walllahhhhhhh! Memang angau saya terhadap strawberi tiramisu ini berbaloi-baloi. Memang super duper sedap ok, tak tipu!!!! Bila dah siap semua, baru 10 minit letak dalam peti sejuk, zarin dah ambil satu bekas. "Aiskrim" katanya.
Saya dan suami juga begitu, sorang kelek satu bekas, kejap je dah licin. Memang kami akan repeat lagi untuk buat strawberi tiramisu ini. Mungkin akan ubah kepada blueberry tiramisu pula. Ekekekekekekeke
Memang sangat berpuas hati apabila apa yang kita buat disukai oleh kaum keluarga. Terasa hilang penat dan terasa begitu dihargai apabila pujian tidak lekang dari bibir orang tersayang.
Dan Zarin pula
"Mama bagus, gud!" sambil memeluk saya.
Hehehehehehe, memang minggu lepas kami asyik bercheese sahaja. Sori ye mr. papa, lepas ni mama temankan papa pi gym yea. ekekekekekekekek. apepun terima kasih pada kak Nor kerana berkongsi resepi yang sedap ini :)
pstt, tensen betul dengan setting blogspot nie, asyik lari-lari je. aduhaiiiiii!!!! Kawan-kawan ada mengalami masalah camni tak?
nampak mcm sdp..nak sngt ada masa dan peluang utk buat strawberi tiramisu ni..
ReplyDeleterajinnyer wat sendiri
ReplyDeletenmpak sungguh menyelerakan..nyum..nyum sambil telan air liur..he..he
ReplyDeleterasa sgt tak cheese dia...sdap mkn sjuk2 ke?
serius tertelan telan air liur tgk!
ReplyDeletehaduiii..mane nak cari nie...:)
bw laju-laju!
rajin nyer ida
ReplyDeletetgk gambar pun dah terliur
sedapnya...
ReplyDeletewah... nengok gambar pun dah terliur...
ReplyDeletesalam ida, terima kasih sudi cuba resipi tiramisu strawberry ni ya.. alhamdulillah... sedap kan.. dan puas hati bila dapat buat sendiri.. dan senang hati gak bila org lain makan dgn bersungguh2... mekasih sekali lg ya :)
ReplyDeleteuishhh mmg nmpak sdp betul ni...cam kt kedai...leh cuba nnti kalau ade masa...ha ratunye setting blog pun sama sik lari2.nympah.
ReplyDeleteWOW! macam dessert kat hotel. Terbeliak n terliur...hehehehe
ReplyDeleteuii..lazatnya..mcm nak cube jek..
ReplyDeletebetul2 macam desert kat hotel, bestnye...nitik air liur..;-)
ReplyDeleteishh..terliur tgk zarin makan camtu.
ReplyDeleteand ida pun sgtla rajin buat itu ini kan.
kena jadi inspirasi ni..
=)
Idazs pakai whipped cream/whipping cream jenama apa yer?Teringin nak guna time buat triffle,tp x brani bli.takut x halal.
ReplyDeletetgk gambar aje dah terliur....mesti sedap lah tu..
ReplyDeletehaiyoooooo...gerammmmm
ReplyDeleteoh..menitik air liur atk keybod..terliur la ida..hehe
ReplyDeleteadoi...
ReplyDeletesedapnya ida..
bila nak buat gathering, ida bawak tiramisu nih? hehehe
bestnyer...ade masa nak cubalah...hehehe
ReplyDeleteAduhaiiii strawberry tiramisu mu sangat menggugat iman perut ku oh huhuhu
ReplyDeleteaduh ida meleleh air liur akak... menyelerakan.... hehehehe bila nak bg rasa nie...+
ReplyDeleteNM02: rajin mencuba dan yang penting puas makan. boleh tambah2. heheheheh
ReplyDelete*Ms Serry*Fatieha: Insyaallah ada. senang je buat tiramisu nie. Aritu sy buat lps balik keje, dlm kul 6, kul 8-9 mlm dh buleh makan. memang senang sgt2,
ReplyDeleteMurni Delights: vill, dia rasa cam aiskrim, ada rasa nescafe/coffee/strawberi masam manis, bau wangi lemon lagi. mmg sedap! cheese tu x rasa sgt
ReplyDeletenuyue: rajin bab ternak lemak ni nuyue, hahahahahha, tapi serius sedap bangat!
ReplyDelete♥ Mrs.Eady ♥: Izwa, kat delicious ada jual, tp coffee/blackforest. sedap juga yang tu :)
ReplyDeletePala Maldini: hehehe, saja bagi papa Nurin terliur dan g cari kek utk nurin. :P
ReplyDeleteMamaJue & PapaMimi Story : jue, tryla, mmg berbaloi buat, pasti papa mini dan cikebal suka :)
ReplyDeleteratusiput: cuba jgn tak cuba, nak buat pun senang. yang penting sedap! ;)
ReplyDeleteK.Nor: terima kasih juga sbb singgah sini dan berkongsi resepi yang sgt sedap ini. saya mmg suka sgt blog kak nor. sekarang duk anagau brownies mocha orange pulak. tiap2 ari duk teropong tu :)
ReplyDelete~ Ida ~: kak ida, mcm kat hotel ke? buleh jual la lps nie, ekekekekekekekek..
ReplyDeleteterliur ke? nanti nak dtg jln rumah bgtau, buleh sy buat nie ;)
- dieyana -: yang ni x sempat bagi rasa, 3 orang mkn pun dh licin. heheheheheh
ReplyDeleteKrsty Pinky : cubalah dear, mmg sedap tau!
ReplyDeleteashra: eheheheheh, rajin menternak lemak :p
ReplyDeleteentahlah ash, bila kita try buat sesuatu tu menjadi, otomatik terus nak cuba dan belajar lagi. walaupun berguru di internet, alhamdulilah menjadi.
inspirasi?? hahahahahahha.. malu pula, jom kita sama-sama belajar :)
ct N honey: mmg sedap yang amat! mcm aiskrim :)
ReplyDeleteSuhana Shahril: saya selalu beli Anchor.
ReplyDeleteMenurut kenalan di FB saya, kak Sue Aleen
"Krim putar Qwip. Jika tiada tanda halal dari Jakim, pastikan ada tanda circle K @ U pada produk. Kebanyakan yang bertanda K @ U ni dari US. K stands for Kosher."
http://en.wikipedia.org/wiki/Kosher_foods
Harap dapat membantu :)
Tak pernah lagi buat triffle
Cikyan bini MrRuffey: try la buat, senang je dan berbaloi-baloi.
ReplyDeleterisa : saja tayang bagi akak geram, tapi org tak sihat x buleh mkn nie, sbb sejuk nanti batuk :P
ReplyDeleteIla: selamat mencuba, sure berbaloi-baloi
ReplyDeletesya: kak sya, bila ada gathering nya? insyaallah kalu sy join sy buat nie :)
ReplyDeleteMAPPIAU: bukan perutmu saja, perutku pun. Dah terasa kat tetak ni masam, manis, coffe, lemon dan haruman strawberi itu. gulp!
ReplyDelete- Suraya -: kak, nak rasa kena orderlah :P
ReplyDeleteCamne nak bg rasa, siap je licin kami tiga beranak makan. hahahahaha
kak fatin kan pandai masak, try la buat, memang sedap giler.
ye ke kak cheese tak rasa sgt..erm..telan air liur..he..he vill ngan hubby kurg skit cheese tpi nmpak mmg menyelerakan..
ReplyDelete~ TERTARIK ...TERTAWAN ... MABELES !!!
ReplyDeletekak kek nie boleh tak nak buat dlm loyang..dia boleh potong ke nannti
ReplyDeleteAnonymous: tq, nyummmy!
ReplyDeleteMurni Delights : vill, x rasa cheese sgt, sedap tau! Dalam loyang kak ida tak pernah cuba. tapi kawan2 pernah buat dalam loyang dia kata kena scoop mcm aiskrim.
ReplyDeletekak, nak tanya. mcm whipping cream n strawberry filling tuh akak pakai jenama apa ye?
ReplyDeleteGenuinely no matter if someone doesn't know then its up to other visitors that they will help, so here it takes place.
ReplyDeleteFeel free to surf to my site usbank cash advance