Thursday 19 April 2012

Jeli Kelapa

Siapa suka makan jeli kelapa, sila angkat tangan! Eh silap, sila tinggalkan komen. hihihihi.. Jeli kelapa memang merupakan kegemaran saya. Sangat sedap dimakan ketika sejuk-sejuk. Biasanya jeli kelapa banyak dijual di pasar malam. Malangnya, jika membeli, jarang sekali bertemu dengan jeli kelapa yang betul-betul menepati citarasa. Ada yang terlalu manis, langsung tak rasa kelapa dan macam-macam lagilah. Akhirnya mulalah terfikir, oh kalau buat sendiri memang puas hati. Gitulah selalunya kalau frust dengan sesuatu makanan, terus berusaha cari resepi.

Sebelum ini saya pernah buat jeli kelapa, tapi yang terhasil adalah JELI KELAPA PINK COLOR. hehehehehehe..

ok, jom tengok resepi


Bahan-bahan ( anggaran 15-20 cup (bergantung saiz cup) )

10 gm serbuk agar-agar - yg clear
2 cawan gula pasir - kalau nk manis, lebihkan
8 cawan air kelapa - 2 biji kelapa muda
8 cawan air biasa
2 helai daun pandan
Isi kelapa

Cara-cara

1.Campurkan semua bahan, kecuali isi kelapa. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan isi kelapa dalam cup kecil-kecil, ikut suka la nak banyak mana.
3.Kemudian, tuangkan adunan jeli tadi ke dalam cup yang berisi kelapa, sejukkan.
4.Kalau air kelapa banyak, boleh kurangkan air biasa.
5.Akak guna serbuk agar-agar cap burung layang-layang

Saya lebih suka guna kelapa pandan, lagi sedap dan wangi.

Selamat mencuba

12 comments:

  1. tun suka!!!!!!!!!!!! sedapnyer!!!!!!!!! mana nk cari kelapa muda niii.. santan pun guna santan kotak. kene tunggu blk kampung, blh kerah tenaga adik2 cari kelapa muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun_telani, saya selalu beli kelapa panda kat supermarket, mercato, tesco. ada tu yang dah siap buang kulit, tinggal isi dlm tupperware dan kita cuma cucuk straw je...sedap!

      Delete
  2. btl2... yg jual kat pasar malam byk air gula dr rse air kelapa... huhu... sye ngah ngidam nak mkn jeli kelapa tp nak wat sndiri... tp smp skrg xjmp lgi kelapa mudanye... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang lebih suka buat sendiri tu ni. try cari nyiur muda kat giant, tesco, carefour. aku selalu beli situ je. hihihih

      Delete
  3. Hai Idazs,
    Kak Amie angkat kaki dan tangan...eh bukannya Idazs nampak pun he he hehhh naklah segelas jelly kelapa tu!

    ReplyDelete
  4. waduh.. sedapnya... terasa2 kat anak tekak.. SEJUKKKKKK..

    ReplyDelete
  5. sedapnye!!penyejuk tekak... =)

    ReplyDelete
  6. waaa...nyamanya tekak... gulp! legaaaaa

    ReplyDelete
  7. When someone writes an post he/she maintains the idea of a user in his/her mind
    that how a user can understand it. So that's why this piece of writing is great. Thanks!

    my page :: great point

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...