Tuesday, 17 April 2012

satay ikan (lokching)

Ketika mengandungkan Zarin, saya tersangat mengidam untuk menikmati satay ikan. Jenuh juga mencari di serata pelusuk KL ni. Pernah terjumpa di Uptown velodrom, kemudian ketika menunggu hari untuk bersalin, saya sanggup menunggu di tepi pagar sekolah anak buah saya di Jalan Pegawai, Alor Setar untuk membeli satay ikan. hihihi.. Rasanya satay ikan agak sinonim dengan orang mengandung. Ramai juga kawan-kawan saya yang mengidam satay ikan semasa mengandung.


Semasa kecil dahulu, saya ikan sangat mudah didapati. boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja oarnga yang menjual kayuh basikal lalu depan rumah. Jadi bila saya terjumpa resepi satay ikan atau lokching, teruslah saya mencubanya.


Jom kita lihat resepinya

LOKCHING
by LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE on Tuesday, March 27, 2012 at 12:44pm •

Bahan-bahan:

500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
1 sudu besar baking power – saya tambah


Cara memasak:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.


Satay ikan yang telah siap digoreng, dicucuk pula pada lidi untuk memudahkan kita membakarnya. Bila makan satay ikan, mestilah ada sosnya, iaitu, sos pedas dan manis, kombinasi kedua-duanya sangat memikat rasa.


SOS MANIS

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

• Untuk sos pedas, pula, Saya bahagiakan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas. hihihihih


Tadaaaa, inilah satay ikan yang telah saya buat. sangat sedap ok! maveles!

37 comments:

  1. salam kenal dr tun.. nk panggil kak ke x ni.. hihi... tgh2 BW nmpk satay ikan nii... uwaaaa.. sedapppp!!! dulu2 masa blk sekolah mmg ni la makanan ruji sambil2 tunggu van sekolah. beli kt pakcik yg jual dpn pagar sekolah. hihi.. nostalgia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal, tak kisahla nak panggil kak ke apa. :)

      a'ah masa sekolah dulu mmg glamer satay ikan. sekarang payah pulak nak cari

      Delete
  2. nasib aku tak preggy..kalo tak mmg meroyan la nak!hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau preggy aku sanggup hanta ke bangunan M nun. hihihihi

      Delete
  3. ya allah....sedapnya....ni makanan akak zaman sekolah ni dik. beli dekat pakcik yg jual kat depan pagar sekolah.heheheh...memang susah nak jumpa kat tempat lain selain daripada dekat sekolah.sekali sekala je lah jumpa dekat uptown danau kota. tq ya dik share resepi ni. wajib cuba ni. makanan kegemaran sekeluarga ni...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, majoriti kata makanan masa kita kecik2 dulu. mmg sedapkan. selamat mencuba ya :)

      Delete
  4. as-salam
    npk menarik resepi ni..npk sedaplah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ady, resepi mcm buat keropok lekor. yang pasti sangat sedap dengan kombinasi sos pedas dan manis

      Delete
  5. assalam suhaida..

    akak tak perasan pula kalau ada org menjual satay ikan masa zaman persekolahan dulu2. akak baru je ternampak orang menjual satay ikan ni sejak2 anak akak bersekolah sebab ada orang jual kat luar pagar sekolah tu. akak sangkakan ini produk baru selain keropok lekor.. hehe.. anak2 akak memang suka sesangat beli satay ikan ni. memang tak dinafikan sedap rasa satay ikan tu... cumanya.. rasa mcm tak berbaloi membeli sebab kalau beli sikit memang tak cukup.. nak beli byk rasa mcm mahal sangat.. hehehe.. mcm tulah kalau semua benda nak dibuat sendiri mmg rasa tak berbaloi beli & baik buat sendiri kan.. puas mkn betul tak?

    terima kasih ye su berkongsi resepi.. akak salin dululah.. mana tau ada kerajinan & ada ikan sardin segar2 boleh akak mencuba pula.. mesti anak2 akak seronok dpt mkn satay ikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulahkan. kalau beli 4 cucuk seringgit. saya sorang pun paling kurang kena lima ringgit baru puas makan. hihihihihi..

      selamat mencuba ya kak. kalau satay ikan pasti ingat org kayuh basikal keliling kampung jual satay ikan.

      Delete
    2. kat tempat saya masih murah lg..8btg seringgit..rm3 cukop la untuk saya sorang..ehehehe..

      Delete
  6. k.dieyana pun suka lokcing ni, ms ngandungkan wafiy, balik kg, mkn lokcing, siap kejar pak cik naik basikal tu..khihkihk... tk ngandung pun suka jugak..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. satay nostalgia ni kak. pantang jumpa wajib beli. tgh2 jalan dah makan. (saya lah tu) hihihihih

      Delete
  7. wah bestnya buat sendiri,sos tu sejibik macam yg duk jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chik Mimi, sangat best sebab dapat makan sepuas-puasanya. kuah pun boleh letak banyak2. hihi

      Delete
  8. Salam Idas :)
    Mmg blm pernah mkn satay ikan nie tak pernah
    jumpa waktu jln2 kat JB...
    satu kelainan...minta izin salin resipi :)
    Selain ikan selayang ikan tenggiri or ikan kembung blh digunakan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mama hawa/mama nani. boleh ganti dengan ikan kembung,tamban dsbnya yang isi hitam2 sikit, mcm buat keropok lekor tu. tapi ikan tenggiri saya tak pasti pula, bukan apa kot nanti isi dia jadi putih dak? apepun bolehla cuba dulu ya :)

      Delete
  9. salam kenal idas
    resepi menarik nie..x pernah lag kita rasa satay ikan..rasanya camner erkk..h ehehe nie tgh membyangkan keenakanya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal zila :)
      rasanya macam keropok lekor banyak sagu/tepung. tapi makan dengan kombinasi kuahnya mmg maveleslah

      Delete
  10. Oooo.. nak try la ni.
    Sekali je I pernah makan kat KT, dekat dengan Pasar, seorang pakcik jual, seposen je untuk secucuk. Terkejut saya mendengarnya.
    5 cucuk, saya seorang habiskan, sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumpa resepi ni masa round round blog madiha....sangat nostalgik..dari zaman sekolah sampai la ni da anak tiga fiap lagi balik kelate mesti teringin satay ikan ni n anak anak pon suka..cumanya sekarang tak berapa berani nak beli considering tahap kebersihan satay tu...so dengan resepi ni buleh ler buat sendiri...tqvm for sharing the recipe...:)

      Delete
  11. salam...singgah tengok2 serta cnp resepi sate ikan ni. sgt nostalgik. mmg jajan wajib masa sek dulu. sambil tunggu bas sek, ngap2 sate ni lah kat depan Sek.Keb. Sg. Korok Baru Jalan Pegawai A.Setar...

    ReplyDelete
  12. terima kasih byk2. sy amik resepi ya. tqtqtqtq :D

    ReplyDelete
  13. salam kak, saya buat xjadilah kak. nak tanya kak, ikan tu basuh sblm buat ke? sbb saya basuh lepas buat. mungkin air lebihan ikan mmbuatkan tepung ubi kayu lembik dan melekat. saya guna ikan 500g, tp tepung ubi kayu sampai 500g pun masih melekat. sampai xrasa dah ikannya. tp adunan tu saya xbuang. saya igt nak sambung balik petang karang abis keje.
    susah gak mmbuat dia kak, tulang halus pd garis tengah sepanjang isi ikan tu akak buang tak? jenuh gak nk buang tu, sampai hancur isi ikan. hehehe....kempunan nak makan, smalam dah rasa cekodok jer. huhuhuhu
    wsalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syahir, ikan tu bila dah siap siang, macam dlm gambar no. 1 tu, tak payah cuci dah. terus loloh (bahasa terengganu-asingkan isi dengan tulang). Masa blend jgn campur air ke apa, tepung kalau ikan lembik boleh tambah, tapi tak adalah sampai 500gram. tulang halus x buang, asingkan isi ngan tulang mcm gambar no.2. kalau blend nanti hancur sendiri. harap dapat membantu ya :)

      Delete
    2. sorry, akak guna account personal blog pula ;)

      Delete
  14. sis, klu guna ikan lain xbleh ke?? mcm ikan kembung ke??

    ReplyDelete
  15. salam.......saya copy resepi ye...nak try buat kat rumah..and also kongsi di blog saya untuk panduan di masa depan...minta halal ye

    ReplyDelete
  16. salam..sdpnya..mmg ngidam nk mkn sgt2 masa prgnant..tp xdpt smpai la deliver.skrg ank asyik meleleh je air liur dia..mak suruh cari resepi.kena mkn jgk katanya.blh la bt esok..thanx utk resepi ni..:)

    ReplyDelete
  17. Yela resepi keropok ikan ni macam resepi nak buat keropokmlekor. Saya pernah gak try buat, hehe.. Tak ja di.. Bila saya goreng, jadi keras mcm makan batu pulak... Memang dok ingat nak buat lagi.. Tapi segan jugak apalagimkalo tak jadi, frust jgk, hehe

    ReplyDelete
  18. assalam..ikan x perlu rebus ke..

    ReplyDelete
  19. untuk tempahan bole hubungi sy 0139090466

    ReplyDelete
  20. waaaa!!! dah lama ngidam sate ikan nih..dari 1st bby smpai ke 2nd bby dok ngidam sate ikan..
    dulu2 zaman sekolah sanggup kumpul duit belanja nk beli sate ikan lps blk sekolah..
    pakcik yg jual tu bwk motor je..bakar time tu jgk..sedap! makan panas2!
    thanks ya..kita nk cuba! =)

    ReplyDelete
  21. wohooo..lama tak makan..kat johor tak penah jumpa benda ni..rindu my hometown
    tima kasih akak utk resipi ni..boleh cuba nanti
    sesape yang curious pasal link ni, http://peruserpaid.com/?ref=97825..cuba click..saya tengah ujikaji benda ni..betul ataupun tidak..

    ReplyDelete
  22. Ya Allah sedapnya 😋😋😋. Memang dok mencari resipi nie. Hari nie baru jumpa. Kalau beli makan xpuas tau. Haha. Berebut dengan anak2 kan..

    ReplyDelete
  23. Siapa nak satay ikan loving.. rm 22 utk 100 cucuk.. rm 20 utk 500 cucuck keatas.. bole whatapp 016230569

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...