Assalamualaikum.
Lamanya tak bersiaran. rasa kekok pulak nak tulis resepi. kihkihkih.
ok hari ni nak share resepi yang mudah saja iaitu kerabu kerang ala thai sedap dan mudah. Hari tu tular tentang kerabu kerang ala thai ni. Saya yang tengok pic orang upload rasa jejes jejes ai lio. Apa lagi terusla rasa nak try.
Resepi tu saya ambil kat SINI. Tapi dah diderhaka ikut selera tekak sendiri. hikhikhik.
Bahan- Bahan
1 kilo kerang
5 biji cili api - ditumbuk
2 biji cili merah- ditumbuk
1 inci belacan dibakar dan ditumbuk bersama cili
3 biji limau kasturi
1 biji tomato dipotong dadu
3 sudu besar sos ikan
1 cawan jus asam jawa
garam dan gula secukupnya
1 ulas bawang merah hiris nipis
daun ketumbar
Cara -cara Membuatnya
1. Basuh kerang dan rebus kerang sehingga terbuka/masak.
2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais
dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara
tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah
lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu
3. Satukan air asam jawa, cili api, cili merah dan belacan bakar yang ditumbuk,
sos ikan, cili api, tomato, garam dan gula dalam bekas yang sesuai.
4. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
5. Akhir sekali perahkan limau kasturi , campurkan sekali kulit limau, bawang
merah yang dah dihiris dan daun ketumbar serta gaul hingga sebati.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota : masin, pedas, manis, masam boleh adjust ikut
selera masing-masing.
Selamat Mencuba !
Nk tnye belancan tu kne bakar ke
ReplyDeletehttps://sites.google.com/view/rawduh-alqasim/%D8%A7%D9%84%D8%B5%D9%81%D8%AD%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%B1%D8%A6%D9%8A%D8%B3%D9%8A%D8%A9
ReplyDeleteشركة روضة القصيم
ReplyDelete