Tuesday 26 April 2016

Sambal ketam

Assalamualaikum...

Lamanya tak menulis resepi. Serius rindu sangat. Tak boleh nak bercoleteh panjang. Jom kita lihat resepi terus ya. Kali ini sambal ketam. Lauk kegemaran anak teruna. Selera bermusim kekdahnya.

Bahan-bahan


2 ekor ketam - cuci bersih dan kerat dua
7 tangkai cili kering - (dikisar berasingan)
*4 biji bwg merah (dikisar)
*2 ulas bawang putih (dikisar)
*1 inci halia (dikisar)
1 batang serai dititik

sedikit kicap
sedikit air
garam dan gula
minyak utk menumis
hiasan - daun kari (nak jugak ada hiasan) 





Cara-cara membuatnya:

1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan serai, bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sedikit kicap kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. Dan terbalikkan ketam sekali-sekala
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau. Biarkan kuah sambal sedikit kering. Siap
6. Taburkan daun kari dan bolehlah dihidangkan. (hiasan semata daun kari tu :P)

6 comments:

  1. Replies
    1. ketam pun pandai posing adda syuhada :)

      Delete
  2. Suka gak masak macam ni..mu guna ketam biasa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni masak yang paling basic la untuk ketam. Aaah ketam bunga kot nama dia. Kalau ketam nipah lg maveleslah ayu :)

      Delete
  3. Suka gak masak macam ni..mu guna ketam biasa kan..

    ReplyDelete
  4. Resepi ni feveret suami.

    Salam perkenalan dari sue :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...