Tuesday 20 January 2015

Rendang Ayam Mudah

Lamanya rasa tak tulis resepi. Bukan bermaksud saya tak update sini saya tak masak. Memang selalu masak, tapi nak ambil gambar tu yang sukar sedikit, campur malas pun ya. Dulu suka guna kamera gajah, sekarang guna telefon sahaja, tu gambar tak berapa cun tu. Tapi oklah dari tak ada langsungkan. 

Hari ini saya ingin berkongsi resepi rendang ayam mudah, kegemaran anak saya. Memandangkan seleranya bermusim, so memang dua tiga minggu ni asyik buat rendang ayam sahaja! Sampai rasa macam dah naik muak tengok. Tapi itulah permintaannya. Siap bawa bekal ke sekolah lagi. Eheheheheheh.. Oh ya, anak dah masuk darjah satukan, mama dia kenalah rajin masak untuk bawak bekal ke sekolah. 

Buat rendang ni mudah je tau. yang ini saya buat dalam kuantiti yang kecil, dalam 2-3 ketul ayam. Jom lihat resepinya

Ni gambar masa ayam amsih atas dapur, tengah menggelegak. hehehehe


Bahan bahan:
1/4 ekor ayam (2-3 ketul)
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia*
1 batang serai - titik
1 -2 sudu cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
santan (RM1.00-RM2.00)
1 keping asam keping
Garam 
Gula
Sedikit daun kunyit dihiris – opsyenal
2-3 helai daun limau purut - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Bahan bertanda * dikisar lumat

Cara cara:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan juga serai yang dititik sehingga wangi.  Kemudian masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis sehingga cili benar-benar garing.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam menjadi kecut. Masukkan sedikit santan bagi membolehkan ayam masak. Selepas itu, baru masukkan semua santan dan masak dengan api yang perlahan sahaja. 
3. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Kacau sebati. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Kemudian, taburkan daun kunyit yang dihiris halus. Bila semuanya dah sebati, bolehlah ditutup api. Siap!

Selamat mencuba! 

2 comments:

  1. salam idazs... kalau hubby tun mmg akan cari nasi himpit dh nk mkn ngan rendang nih.. tun kalau merendang wat byk terus sbb tumis lama, so jimat kalau buat byk.. xhbs blh frozen.. hihi... <- ni style org pemalas nyer kerje.. hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...