Menu ulang tayang saja.
Sesiapa yang nak cuba boleh tengok resepinya ya :)
Bahan-bahan
1 genggam spaghetti
Untuk kuah
5 ekor ikan selayang (direbus dan diambil isinya)*
5 ulas bawang merah*
1 inci halia *
1 sudu kecil lada hitam*
1 kotak santan
Sedikit air
1 keping asam keping
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
Untuk ulaman
Timun dipotong halus memanjang
Kacang panjang dipotong bulat
(*boleh tambah apa-apa ulaman yang disukai)
Untuk sambal cili pula
1-2biji cili merah
Sedikit belacan
(kedua-dua bahan ini ditumbuk sehingga lumat)
Cara membuatnya:
1. Rebus spaghetti dan kemudian toskan.
2. Untuk kuahnya pula, tumbuk semua bahan yang bertanda *
3. Di dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama santan, air dan asam keping. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan garam dan juga gula secukup rasa dan siap untuk dinikmati.
4. Untuk menikmati laksa kuah putih ini, masukkan spaghetti ke dalam mangkuk, kemudian letakkan kuah diatasnya. Taburkan ulam-ulaman yang disukai dan jangan lupa jika sukakan pedas, masukkan sambal cilinya
mcm sedap jew.. hihi
ReplyDeletememang sedap, kegemaran family saya ni. Tapi kalau ada laksa gandum lagi bestla
DeleteGUna chopstick korea ni. Saya tak reti guna chopstick besi. Senang je nak masak kuah laksa lemak ni. Saya nak try buat la nnt. Kuah laksam pon yg ni jugak kan.
ReplyDeleteaah, chopstik Korea. Rasanya macam licin sikit dari yang kayu. Boleh juga buat kuah laksam, sama je. tapi saya tak pernah buat laksam. hikhikhik...
Delete