Saya bukanlah peminat ikan keli. Pendek kata semua ikan darat (sungai) saya tak makan. Tapi baru-baru ni mak mertua belikan ikan keli salai ni. Dan Encik suami pula request masak lemak. Jadi saya pun masaklah. Saya gunkan resepi daging salai sahaja.
Jom tengok resepinya ya.
Bahan-bahan:-
3 ekor ikan keli yang telah disalai
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3cm kunyit hidup - blend halus
30 biji cili padi – blend (boleh dikurangkan)
2 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit dihiris
1 keping asam keping
Sedikit belacan (blend)
Garam secukup rasa
6 biji belimbing buluh di belah dua
Cara-cara membuatnya
1. Masukkan santan cair, serai, asam keping, kunyit hidup, belacan dan cili api yang sudah diblend ke dalam periuk dan didihkan. Sentiasa kacau.
2. Bila mendidih masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam, dan santan pekat serta ikan keli salai. kacau dan kacau. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Apabila sebati dan mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Bila tanya encik suami, macam mana rasanya? Jawapannya sedap. Next time boleh masak lagi. Saya tukang masak sahaja, tapi tak makan. Hohohohoho. Nasib baik ikan keli tu dah salai. Kalau masih mentah memang tak termasaklah jawabnya :)
sedapnyer.....meleleh ailio tgk gambar..saya dgn suami peminat ikan keli..tapi suami saya suka ikan keli goreng berlada sahaja...maka,redha ajelah masak tue aje
ReplyDeletebelum pernah cuba lagi ni masak dengan belimbing buluh.
ReplyDelete