Friday, 30 May 2014

Air Asam Kerisik

Air asam boleh dikira sebagai hidangan pembuka selera seperti sambal belacan, budu, cencaluk, dan seangkatan dengannya. Sangat sedap kalau ada ikan bakar, daging bakar, ikan kukus ke dan apa saja yang simple-simple masakannya.

Membuat air asam juga ada pelbagai cara. Dan ini cara saya. 



Bahan-bahan
• * 2 biji cili besar di potong
• * 10-15 biji cili padi dipotong
• * ½ cawan air asam jawa
• * 1 inci belacan •
* Garam dan gula secukup rasa
• 2 biji tomato ( dibuang empulur/ biji dan dipotong dadu)
• 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
• 1 sudu makan kerisik

Cara membuatnya
1. Semua bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati.
2. Di dalam mangkuk, satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
3. Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.

Mudah bukan? selamat mencuba :)

6 comments:

  1. Salam idazs... menarik.. xpenah lg buat air asam letak kerisik.

    ReplyDelete
  2. kami org utara klau buat ayaq asam mesti boh kerisik,dia ada aroma

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..dulu duduk kg kat kenduri ni mesti wajib ada...sedap...sekrang nk try buat sendiri la

      Delete
  3. Sedaakknyoooo nak buatttt lah..cicah pulak ikan goreng pon sedakkk

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi resepi...nak cuba lah buat😊

    ReplyDelete
  5. Dah try.. Sedap.. Terima kasih kongsi resepi😊

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...