Monday, 30 June 2014

Ayam goreng berempah

Assamualaikum. Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan. Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Amin. Insyaaallah.

Macam mana dengan menu berbuka semalam? saya sekeluarga hanya memasak nasi daging dan juga seangkatannya. Ok, kalau nak resepi Nasi daging bolehlah klik. 

Sebelum ini kalau masak nasi daging saya suka makan dnegan kurma daging. tapi kali ini ada perubahan sikit. Saya masak lauk telur kurma, Ayam goreng berempah dan juga sayur campuran. Alah, salad sayur macam nasi arab tu.  Tapi hari ini saya hanya nak share resepi ayam goreng berempah yang mudah dan sedap ini. 

Jom tinjau resepinya ya..   




Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (potong ikut suka) dibasuh bersih dan toskan

Bahan untuk diblend

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1-2 inci lengkuas
1-2 inci halia
4-5 batang serai
1 sudu besar jintan putih

Bahan lain

1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu besar cili boh/giling
1 sudu kecil serbuk kari daging/ayam
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya

1.  Campurkan Bahan yang telah diblend tadi bersama-sama dengan kunyit serbuk, cili boh/giling
serbuk kari daging/ayam, dan juga garam serta gula secukup rasa. Carikkan daun kari dan gaul sebati. 
2. Apabila semuanya telah sebati, gaulkan pula pada ayam yang telah dipotong tadi. Perapkan selama lebih kurang satu jam atau lebih, (saya perap hampir 4 jam - Masukkan didalam tupperware dan simpan di dalam peti.) supaya rempahnya lebih mesra.
3. Panaskan minyak di dalam kuali, dengan api perlahan, goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga garing. Kena selalu balik-balikkan ayam. Lagi satu serdak-serdak tu juga kena sentiasa angkat supaya tak hangit dan apabila menggoreng ayam untuk kali kedua, serdak hitam tidak terlalu terlekat pada yang yang baru digoreng.

Tips : Untuk dapatkan serdak yang panjang-panjang dan cantik, serai dipotong tidak terlalu halus. Maknanya hanya potong dua sahaja serai sebelum diblend. 

Selamat mencuba! 


Friday, 20 June 2014

Keli salai masak lemak belimbing buluh

Saya bukanlah peminat ikan keli. Pendek kata semua ikan darat (sungai) saya tak makan. Tapi baru-baru ni mak mertua belikan ikan keli salai ni. Dan Encik suami pula request masak lemak. Jadi saya pun masaklah. Saya gunkan resepi daging salai sahaja.

 Jom tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:-
3 ekor ikan keli yang telah disalai
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat 
3cm kunyit hidup - blend halus
30 biji cili padi – blend (boleh dikurangkan)
2 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit dihiris
1 keping asam keping
Sedikit belacan (blend)
Garam secukup rasa
6 biji belimbing buluh di belah dua


Cara-cara membuatnya

1. Masukkan santan cair, serai, asam keping, kunyit hidup, belacan dan cili api yang sudah diblend ke dalam periuk dan didihkan. Sentiasa kacau.
2. Bila mendidih masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam, dan santan pekat serta ikan keli salai. kacau dan kacau. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Apabila sebati dan mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Bila tanya encik suami, macam mana rasanya? Jawapannya sedap. Next time boleh masak lagi.  Saya tukang masak sahaja, tapi tak makan. Hohohohoho. Nasib baik ikan keli tu dah salai.  Kalau masih mentah memang tak termasaklah jawabnya :)

Wednesday, 18 June 2014

Kue tiau ladna

Selera bermusim keluarga saya. Sejak Zarin discaj hari tu, memang inilah menu pujaan hatinya. Boleh dikatakan seminggu 4-5 kali buat. Sebelum ini saya sharekan gambar di FB, ada yang tanya resepi, tapi saya taip secara ringkas sahaja, jadi hari ini saya tempek resepinya di sini ya. Mudah sahaja tau.  Jom tengok resepinya.  


Bahan-bahan untuk kue tiau

1 bungkus kue tiau (rendam dalam air panas sekejap dan kemudian toskan)
2 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap
1 sudu kecil sos tiram


Cara membuatnya

Panaskan minyak dan masukkan kicap dan sos tiram, bila kicap dan sos tiram dah berbuih masukkan kue tiau dan kacau serta goreng hingga rata. Ketepikan.

Bahan-bahan untuk kuah ladna

10 ekor udang (buang kulit belah belakang)
isi ayam (dipotong kecil)
2 ekor sotong (buang kulit dan dipotong bulat)
1 pokok sawi pak choy
½ batang (carrot dipotong mancis)
3 putik jagung (dihiris serong)
bunga kobis
sedikit serbuk/kuib pati ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap
4ulas bawang putih (ditumbuk)
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
3 air secukupnya






Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, goreng sekejap kemudian masukkan udang dan sotong.
3. Masukkan 3 cawan air. (Ikut nak kuah banyak mana. Boleh lebihkan atau kurangkan ya. Nak lagi cepat, guna air panas yang baru mendidih. Bila kuah dah mendidih, masukkan sos tiram, kicap serbuk/kuib pati ayam. Kacau kacau hingga sebati kesemuanya.
4. Selepas itu masukkan sayur. Mulakan dengan carrot, bunga kubis, putik jagung, batang sawi seterusnya daun sawi. Bila dah hampir layu, masukkan gula dan garam secukup rasa.
5.Masak lagi sehingga mendidih, kemudian barulah masukkan bancuhan tepung jagung. (bancuhan tepung jagung pun boleh dikurangkan atau lebihkan ya. Ikut nak pekat macam mana kuah tu). Tapi pandangan peribadi saya,  kuah jangan terlalu pekat, nanti muak pula bila makan.
6. Bila semuanya dah sebati. Bolehlah tutup api.
7. Cara menghidangnya, letakkan kue tiau yang telah digoreng tadi di dalam pinggan, kemudian letakkan kuah di atasnya. Kalau sukakan pedas boleh dihidangkan bersama cili jeruk (saya suka guna cili jeruk arab). Tak pun boleh letakkan cili potong kicap.


Ok, selamat mencuba!

Tuesday, 3 June 2014

Laksa kuah putih terengganu

Menu ulang tayang saja. 

Sesiapa yang nak cuba boleh tengok resepinya ya :)


Bahan-bahan 
1 genggam spaghetti 

 Untuk kuah
5 ekor ikan selayang (direbus dan diambil isinya)* 
5 ulas bawang merah*
1 inci halia * 
1 sudu kecil lada hitam* 
1 kotak santan 
Sedikit air
1 keping asam keping 
1 sudu kecil gula
garam secukupnya 

 Untuk ulaman
Timun dipotong halus memanjang
Kacang panjang dipotong bulat
 (*boleh tambah apa-apa ulaman yang disukai) 

 Untuk sambal cili pula
1-2biji cili merah 
Sedikit belacan 
(kedua-dua bahan ini ditumbuk sehingga lumat)



Cara membuatnya: 
1. Rebus spaghetti dan kemudian toskan. 
2. Untuk kuahnya pula, tumbuk semua bahan yang bertanda * 
3. Di dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama santan, air dan asam keping. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan garam dan juga gula secukup rasa dan siap untuk dinikmati. 
4. Untuk menikmati laksa kuah putih ini, masukkan spaghetti ke dalam mangkuk, kemudian letakkan kuah diatasnya. Taburkan ulam-ulaman yang disukai dan jangan lupa jika sukakan pedas, masukkan sambal cilinya

Psssttt: Nampaknya kena letak watermark besar-besarlah lepas ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...