Friday 9 May 2014

Ketam nipah telur masin

Pertama kali memasak ketam nipah. Mula-mula macam takut nak masak sebab masa beli tu ketam masih lagi hidup dan duk menguek-nguek. Di tambah tengok sepitnya yang besar tu. Bertambahlah seram jawabnya. Abang Zarin tengok ketam ni mencecet lari bila ketam ni bergerak. Aduiiiii... 

Masa beli ketam ni saya sempat juga bertanya pada tauke tu macam mana nak matikan ketam tu. Takutlah pulak, bertambah kesian takkanlah nak masak hidup-hidup, tak sampai hati weh. mata dia duk kedip-kedip tengok kita. Rupanya senang saja, just letak dalam air batu, terus mati. 

Kali ini saya masak ketam telur masin. Biasanya kalau beli ketam bunga saya suka masak lemak, sambal bertelur ataupun goreng kunyit sahaja.  Jom tengok resepinya



Bahan-bahan:

2 ekor Ketam Nipah
4 sudu besar Mentega
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong (terpulang kalau nak pedas boleh tambah, tak nak pedas kurangkan)
Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja....plus 1 biji diambil putihnya- hancurkan)
1/2 tin Susu Cair
Sedikit garam jika perlu
Sedikit gula jika perlu

Utk goreng ketam

Dua sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil lada sulah
Sedikit garam

Caranya

1. Bersihkan ketam dan potong dua.  Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit.  Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.

2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.  Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.  Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.



4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang! 





Serius suami dan anak saya sangat sukakannya.  Suami saya lebih suka meratah atau cicah dengan roti. kalau dapat man tou goreng pun sedap jugak ni. Bila tanya Abang Zarin dia cakap "So goodlah mama". Makan nasi bertambah-tambah dan lebih banyak daripada mama.


Ditambah lagi selera abang Zarin ni jenis bermusim. Kalau nak makan udang, memang boleh dikatakan 2 minggu udang berturut-turut hingga muak. kemudian ayam, ikan, telur, ni ketam pulak. Katanya "Mama masak Mr. Crab lagi tau. Abang suka!"

Oklah, panjang pulak celoteh kali ni. Minta maaf pada semua, sekarang sangat kekangan masa. Saya baca semua komen, cuma ada masa saya reply ada masa tak terreply. Nak terjah rumah kawan-kawan pun tak sempat. Insyaallah kalau ada waktu saya terjah ya. Assalamualaikum.

5 comments:

  1. Sedapnya tengok ketam ni. Mmg favourite nih...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Sy ada lot menjual ketam nipah segar d pasar borong selayang. Dibuka sabtu dan ahad dr jam 7 pagi hingga 12 tgh ari. Bole hubungi @ wassap utk booking. Delivery jg disediakan. 018 296 3889 / 011 3987 3889

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...