Friday, 30 May 2014

Air Asam Kerisik

Air asam boleh dikira sebagai hidangan pembuka selera seperti sambal belacan, budu, cencaluk, dan seangkatan dengannya. Sangat sedap kalau ada ikan bakar, daging bakar, ikan kukus ke dan apa saja yang simple-simple masakannya.

Membuat air asam juga ada pelbagai cara. Dan ini cara saya. 



Bahan-bahan
• * 2 biji cili besar di potong
• * 10-15 biji cili padi dipotong
• * ½ cawan air asam jawa
• * 1 inci belacan •
* Garam dan gula secukup rasa
• 2 biji tomato ( dibuang empulur/ biji dan dipotong dadu)
• 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
• 1 sudu makan kerisik

Cara membuatnya
1. Semua bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati.
2. Di dalam mangkuk, satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
3. Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.

Mudah bukan? selamat mencuba :)

Thursday, 29 May 2014

Gulai nangka ikan masin

Haaaa.. ni lauk fevret saya.. Gulai nangka ikan masin.. Tapi tak boleh makan selalu. Angin dan sakit urat. hehehehehehehe.. kalaulah ummi saya tau saya makan ni, memang confirm kena marah. Pantang bersalin masih ada lagi walaupun Sofea dah setahun lebih. 


Jom tengok resepinya

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 plastik nangka yang dah dibuang kulit (beli yang dah siap paket)
Isi ikan kurau masin dipotong kecil
1 kotak santan 200ml
1 cawan air
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula

BAHAN KISAR

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
* kalau nak pedas boleh tambah cili padi

CARA MEMBUATNYA :

1. Potong nangka kecil-kecil, rebus sehingga empuk, kemudian toskan.
2. Rendam ikan kurau masin sekejap, kemudian toskan.
3. Dalam periuk masukkan bahan kisar , serai, asam gelugor, biar mendidih.
4. Kemudian tuang santan dan air serta nangka yang telah direbus tadi. Masak sambil dikacau sekali sekala biar mesra. Kemudian masukkan isi ikan masin kuran dan kacau-kacau lagi sehingga masak.

5. Masukkan sedikit gula dan garam (jika perlu – sebab biasa ikan masin tu dah rasa masinnya) Apabila semuanya telah sebati, tutup api.
6. Siap untuk dinikmati.


Sedap makan nasi panas-panas, ada sambal belacan pulak. Sure bertambah-tambah.

Wednesday, 28 May 2014

Resepi buat Waffle

Waffle! Waffle! Waffle! 

Ini merupakan makanan kegemaran anakanda Zarin untuk breakfast. Biasanya saya akan buat, sebab mudah sajakan. Tapi kalau malas dan bahan tak cukup saya akan bawa dia ke wendy's. hehehehehehehe

heheheheh.. masak tak sekata

Jom tengok resepinya

Bahan-bahan
 
2 biji telur
3/4 cawan susu segar
2 sudu makan minyak mazola
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam



nyum-nyummm

cara membuatnya 

1. Pukul telur sehingga kembang. Kemudian campurkan susu dan semua bahan-bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
2. Panaskan waffle maker. 3 minit untuk setiap sisi. Saya menggunakan waffle maker yang dibakar di atas api dapur gas jenama nordic ware. (cara masak bergantung kepada jenis waffle maker anda)
3. Apabila waffle maker telah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya dan kemudian tutup. Apabila telah kekuningan, angkat waffle tadi dengan menggunakan garfu.
4. Siap untuk dihidang! Waffle ini boleh dihidang dengan menambahkan topping kegemaran anda seperti madu, coklat, peanut butter, jem, ice cream dan sebagainya. Ikut kreativiti dan kegemaran masing-masing


Untuk Zarin kali ini saya hanya scoopkan ice cream dan letakkan ceri merah. Tadaaaaa!!!

nak ni tiap tiap hari boleh mama?
Haaa, bukan main senyum lagi anak teruna ni. lebih-lebih lagi ada ice cream dua scoop tu kan.

Selamat mencuba!

Friday, 9 May 2014

Ketam nipah telur masin

Pertama kali memasak ketam nipah. Mula-mula macam takut nak masak sebab masa beli tu ketam masih lagi hidup dan duk menguek-nguek. Di tambah tengok sepitnya yang besar tu. Bertambahlah seram jawabnya. Abang Zarin tengok ketam ni mencecet lari bila ketam ni bergerak. Aduiiiii... 

Masa beli ketam ni saya sempat juga bertanya pada tauke tu macam mana nak matikan ketam tu. Takutlah pulak, bertambah kesian takkanlah nak masak hidup-hidup, tak sampai hati weh. mata dia duk kedip-kedip tengok kita. Rupanya senang saja, just letak dalam air batu, terus mati. 

Kali ini saya masak ketam telur masin. Biasanya kalau beli ketam bunga saya suka masak lemak, sambal bertelur ataupun goreng kunyit sahaja.  Jom tengok resepinya



Bahan-bahan:

2 ekor Ketam Nipah
4 sudu besar Mentega
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong (terpulang kalau nak pedas boleh tambah, tak nak pedas kurangkan)
Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja....plus 1 biji diambil putihnya- hancurkan)
1/2 tin Susu Cair
Sedikit garam jika perlu
Sedikit gula jika perlu

Utk goreng ketam

Dua sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil lada sulah
Sedikit garam

Caranya

1. Bersihkan ketam dan potong dua.  Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit.  Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.

2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.  Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.  Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.



4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang! 





Serius suami dan anak saya sangat sukakannya.  Suami saya lebih suka meratah atau cicah dengan roti. kalau dapat man tou goreng pun sedap jugak ni. Bila tanya Abang Zarin dia cakap "So goodlah mama". Makan nasi bertambah-tambah dan lebih banyak daripada mama.


Ditambah lagi selera abang Zarin ni jenis bermusim. Kalau nak makan udang, memang boleh dikatakan 2 minggu udang berturut-turut hingga muak. kemudian ayam, ikan, telur, ni ketam pulak. Katanya "Mama masak Mr. Crab lagi tau. Abang suka!"

Oklah, panjang pulak celoteh kali ni. Minta maaf pada semua, sekarang sangat kekangan masa. Saya baca semua komen, cuma ada masa saya reply ada masa tak terreply. Nak terjah rumah kawan-kawan pun tak sempat. Insyaallah kalau ada waktu saya terjah ya. Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...