Monday, 18 November 2013

Puding Kasih Bertaut

PUDING KASIH BERTAUT 




Bahan-bahan A 

1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)

300 ml air

200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita



Cara Bahan A

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.


2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.

3. Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.




Bahan-bahan B 
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)


Cara Bahan B

Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.



Cara Menyediakan Puding

Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.


Selamat mencuba :)

Monday, 11 November 2013

Mentarang rebus serai

Mentarang oh mentarang. Kami sekeluarga memang suka makan mentarang ni. Tapi susahlah jugak nak jumpa. Kalau terjumpa sudah pasti kami akan membelinya. Kalau tak silap senang didapati di area sekinchan dan kuala Selangor. kali ini kami dapat mentarang pun dari sana juga. Cara saya masak mentarang mudah saja, paling digemari ialah rebus serai. sangat mudah dan ringkas cara membuatnya. 


Bahan-bahan

2 kg mentarang
3 batang serai
2 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu kecil garam
air secukupnya

Cara-cara membuatnya

1. Basuh mentarang hingga bersih dan kemudian toskan.

2. Masukkan mentarang ke dalam periuk bersama-sama semua bahan tadi dan tutup tudung periuk. Biarkan sehingga mendidih atau sehingga mentarang masak/terbuka (ada juga yang jenis tak terbuka).
3. Apabila telah masak tutup api dan sedia untuk dihidangkan!




haaa, mudahkan. kalau mentarang rebus serai ni kami lagi suka ratah je. Cicah dengan sos. nyummm..nyumm

Friday, 1 November 2013

Kuih badak berendam

Kuih bdak berendam merupakan kuih kegemaran saya. Selalu beli di restoren 911. Tapi selalu tak puas makan sebab kalau beli mesti hanya dapat dalam 5-6 biji sahaja. Yang lain semua orang dah booking. huhuhuhuhu.. bila dah suka mulalah gigih mencari resepi. Buat sendiri puas makan dan sudah semstinya sedap. nyummmm.. 

Jom lihat resepinya :)

Resepi : Ummi @ Home Sweet Home 

Bahan A:-

2 cawan tepung pulut
1 cawan air/secukupnya
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu teh pes pandan/pewarna hijau
daun pisang secukupnya - dilayur atas api, dilap dan dipotong 1 keping bentuk loyang (lebihkan dari paras tuang santan nanti)

Bahan B:- (Santan/Bahagian Putih)

3 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
1/4 cawan gula pasir - untuk tabur

Untuk Inti:-

2 cawan kelapa parut muda 
gula kabung/gula merah/gula kerek secukupnya (ikut manis)
1 helai daun pandan (disimpul)
sedikit air (optional)
(*masak inti hingga rata dan kelapa sedikit kering dari airnya...guna api perlahan dan sejukkan)





Cara-Cara:-

Bancuh bahan A dan uli gaul hingga lembut jadi doh.
Alas daun pisang dalam loyang sapu rata dengan sedikit minyak. 

Panaskan kukusan. Buat bulat kecil di atas piring dan masukkan inti. (Tutup balik doh dan kalau rajin buat bentuk 3 bahagian mcm gambar bwh sekali. Xpun buat je bulat2)

Letakkan di dalam loyang (jarak2 sikit). Buat hingga habis. (terpulang nak letak dalam loyang besar atau kecil2)

Taburkan gula lebihkurang 1 atau 1 1/2 sudu besar rata-rata dalam loyang yang telah diatur doh tadi.

Sementara itu, bancuh bahan B kecuali gula pasir. Kacau hingga sebati. Tapiskan.

Tuangkan kuah santan ke dalam loyang perlahan-lahan sehingga 3/4 bahagian doh (jika doh macam akak buat tu, bentuk tinggi) ataupun separuh loyang (jika doh bulat2 je).

Kukus selama 12 - 15 minit. Angkat dan sejukkan.


Selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...