Monday, 11 November 2013

Mentarang rebus serai

Mentarang oh mentarang. Kami sekeluarga memang suka makan mentarang ni. Tapi susahlah jugak nak jumpa. Kalau terjumpa sudah pasti kami akan membelinya. Kalau tak silap senang didapati di area sekinchan dan kuala Selangor. kali ini kami dapat mentarang pun dari sana juga. Cara saya masak mentarang mudah saja, paling digemari ialah rebus serai. sangat mudah dan ringkas cara membuatnya. 


Bahan-bahan

2 kg mentarang
3 batang serai
2 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu kecil garam
air secukupnya

Cara-cara membuatnya

1. Basuh mentarang hingga bersih dan kemudian toskan.

2. Masukkan mentarang ke dalam periuk bersama-sama semua bahan tadi dan tutup tudung periuk. Biarkan sehingga mendidih atau sehingga mentarang masak/terbuka (ada juga yang jenis tak terbuka).
3. Apabila telah masak tutup api dan sedia untuk dihidangkan!




haaa, mudahkan. kalau mentarang rebus serai ni kami lagi suka ratah je. Cicah dengan sos. nyummm..nyumm

4 comments:

  1. EKa pun suka mentarang ni. Kadang eka celur kejap pastu buat sambal. Fuhhh kena nasi panas. Nyum2

    ReplyDelete
  2. tak penah makan.. huhu... tun kadang2 xleh nk telan kerang2 nih.. hasben tun suka mkn, tp sbb wife dia xpandai makan dan masak kerang2an nih, mmg x beli la. kalau dia nk mkn, order kat kedai je. hihi

    ReplyDelete
  3. sy x penah makan mentarang nie tp kalau blk kg ikut teluk intan mmg nampak sepanjang jln area sekinchan tu org jual mentarang nie..heheh..anyway...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
  4. salam kenal dear...e.la pun tak pernah mkn mentarang ni..rase mcm kerang agaknyer ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...