Monday, 7 October 2013

resepi kuih kaswi

Kuih kaswi /kasui merupakan kegemaran anak teruna saya. Cara untuk membuatnya sangat mudah. Jom lihat resepinya 

Bahan-bahan 

4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan gula merah
2 sd susu pekat
kelapa utk digaul bersama







Cara Membuatnya:

A. bancuhkan 2 cawan air bersama tepung gandum dan tepung ubi. kacau sebati.
B. panaskan 2 cawan gula merah bersama 2 cawan air. kacau sampai gula merah hancur.
- campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas, kacau rata.
- masukkan susu pekat, dan kacau lagi.
- tapiskan dalam loyang, dan kukus selama 15-20 minit.

bila dah masak, sejukkan, potong ikut suka dan gaul bersama kelapa yg dah dicampurkan dengan secubit garam.

Selamat mencuba

9 comments:

  1. Eh.senang je buat ye..hehe...
    Suka gak kuih ni...tapi tak pernah buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu mmg senang.. tak renyah. potong kecik kecik mmg sedap :)

      Delete
  2. Sedapnya kaswi... terlior k.gee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak gee jom buat. mudah je tu :)

      Delete
  3. Salam kak ida.. dh lama xmkn kaswi.. jarang2 buat kuih tradisional, biasa time bln puasa je rajin buat kuih2 tradisional nih. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm tun. kak dia pun jarang wat kuih tradisional. kalau ada permintaan ja. ni tak renyah bolehla buat. hihihihihihii..kalau renyah mmg assalamualaikum la jawabnya

      Delete
  4. haii kak ida, vill dh beli barang2, tadi bru jumpe gula merah jenis lambak...
    nnti dh buat vill update yeeeeeeeerk..
    sabtu ahad la kot..he..he

    mengoda betul kuih nie..
    kak pakai loyang saiz ape nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. vill, kak ida x buh dlm loyang, sebab x muat periuk kukus. kak ida buh dlm tupper ware ikea ja.. hahahaha

      Delete
  5. dah lama nak buat tp tuh la... smpi skrg tak menjadi2 lg buat.. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...