Sudah berkali-kali saya membuat agar-agar milo lapis oreo ni. Tapi tak bekesempatan untuk dientrykan. Jadi jumaat yang mulia ini, saya coretkan entry berkaitan agar-agar milo lapis oreo ini.
Jom lihat resepinya :)
proses melapis pun bermula |
AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO
·
1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
·
750ml air
·
160g gula
·
1 tin susu cair (400ml)
·
3/4cawan milo
·
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich
* saya menggunakan agar-agar jenis tali. So tak dapat nak letakkan resepinya. Main ikut suka. Tapi secara zahirnya memang saya rujuk resepi ini.
Bila dah dikeluarkan dari acuan |
Cara-cara
·
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak
hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
·
Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga
sebati.
·
Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api
kecil supaya tidak membeku.
·
Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut
oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki
milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong
dan Hidangkan.
dah siap potong dan tunggu masa untuk dimakan |
Tips Melapis :
·
Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan
melekat.
·
Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan
lapisan seterusnya.
·
Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya
supaya ia melekat dgn elok.
Selamat mencuba :)
750ml tu aggaran bpe cwan air ye?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMenariknya resipi ni.. TQ for sharing :)
ReplyDeleteCantik rupe puding tu..menarik!
ReplyDelete