Tuesday 7 August 2012

Nasi Daging, Kurma Daging dan Air Asam Kerisik

Memasuki bulan kedua kehamilan, saya teramat teringin nak makan nasi daging. Kalau kat KL ni, tak pernah lagi saya jumpa. Kebanyakan nasi daging dijual di sebelah utara. Bila dah teringin tu, mulalah saya menggoogle resepi. Pertama kali membuat nasi daging, saya tersangat kecewa kerana nasi daging tersebut tidak menjadi. Entah di mana silapnya, nasi tersebut lembik tetapi mentah. Frust dan bebal sangat-sangat. Dari masak dalam rice cooker, kemudian pindah kepada periuk kukusan, kemudian pindah lagi ke rice cooker. (kali ini masukkan air dalam mangkuk, biarkan menguwap) barulah masak nasi daging tu.

Tapi dah banyak sangat proses terus nasi jadi kembang semangkuk, lembik! Kalau tambah air sikit lagi confirm dah jadi bubur daging. ^_^. Tapi nasib baiklah suami, Zarin dan adik-adik ipar saya sangat supportive. Walaupun tak jadi, mereka tetap makan dengan seleranya. Rasa dah ada, Cuma nasi yang kembang. huhuhuhuhuhu

Selepas gagal cubaan nasi daging yang pertama, saya mula bertanya pada kawan-kawan di FB dan seorang kenalan memperkenalkan perencah nasi daging iman. Katanya confirm jadi. Maka saya terus bersemangat sebab teringin nak makan nasi daging yang sedap masih belum tercapai.

Jadi ahad yang lalu, saya pun mencuba lagi membuat nasi daging. Kali ini berdoa harap-harap menjadi memandangkan itulah menu yang akan kami makan apabila berbuka nanti. Alhamdulilah, menjadi. Sedap yang amat! Semua orang puji kata sedap dan Zarin pun makan sampai bertambah-tambah. Bila saya postkan gambar di FB, ramai juga yang bertanyakan resepinya. So hari ini saya ingin berkongsi resepinya dengan kawan-kawan juga sebagai catatan kepada saya sendiri apabila ingin membuatnya di lain masa.




NASI DAGING

Bahan-Bahan
3 cawan berasmathi (saya guna pusagold)
1 paket perencah Nasi Daging Iman (boleh dibeli di Tesco RM2 sepeket)
250 gram daging batang pinang.
Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras.

Cara Membuatnya:
1. Rebus daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan dan daging. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi daging nanti.
2. Basuh beras sehingga bersih dan rendamkan 10 minit kemudian toskan.
3. Bancuh perencah nasi daging iman dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
4. Dalam periuk, panaskan 8 sudu makan minyak masak. Kemudian tumiskan perencah yang telah dibancuh tadi sehingga naik bau.
5. Selepas itu masukkan 3.3 cawan air rebusan daging, kacau sebati dan tunggu sehingga mendidih. (Untuk berasmati jenis pusagold yang saya guna, sukatan air yang disyorkan untuk 1 cawan beras ialah 1.1 cawan air. Saya menggunakan cawan teh corelle. Untuk lebih mudah, saya sukat dalam ml. Jadi untuk 1.1 cawan air bersamaan dengan 215 ml. Jadi jumlah air yang saya masukkan ke dalam periuk ialah 645 ml).
6. Selepas mendidih, pindahkan kesemua bahan-bahan tadi masuk ke dalam rice cooker. Kemudian masukkan beras dan juga daging, kacau sekejap kemudian masak nasi seperti biasa.
7. Apabila nasi sudah masak, biarkan selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan garfu gemburkan nasi. Tujuan menggunakan garfu ialah supaya nasi peroi dengan elok.
8. Untuk hidangan, taburkan bawang goreng dan juga daun sup dan daun bawang.
 


Nasi daging sememangnya enak dimakan bersama-sama dengan kurma daging. Jom lihat resepinya pula.

KURMA DAGING

Bahan-bahan:
500 g daging batang pinang dipotong ikut suka 1 biji besar (dihiris nipis)* 3 ulas bawang putih ((dihiris nipis)*
1 inci halia (diracik halus)*
2 peket rempah kurma adabi
2 biji cili merah belah 2
1 biji bawang besar dipotong 4
3 biji kentang dipotong 4
1 kotak santan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
garam dan gula secukupnya.

Cara Membuatnya:
1. Bancuhkan 2 peket rempah kurma adabi dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
2. Di dalam periuk, panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang bertanda *. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dan tumis lagi sehingga naik bau. Selepas itu masukkan daging dan juga air secukupnya. Kacau sebati dan biarkan daging masak sehingga empuk.
4. Apabila daging telah empuk, masukkan kentang, dan juga santan. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air. Masak lagi sehingga empuk. Apabila kentang telah empuk, masukkan bawang besar yang dipotong empat dan juga cili merah besar. Selepas itu, masukkan garam dan juga gula secukup rasa. Bila sudah sebati tutup api dan siap untuk dihidangkan.



Dan satu lagi set pelengkap untuk menikmati nasi ialah air asam kerisik. Nyum-nyum. Air asam ni memang tak boleh tinggal. Jika tidak terasa janggal pula.

AIR ASAM KERISIK

Bahan-bahan
• * 2 biji cili besar di potong
• * 10-15 biji cili padi dipotong
• * ½ cawan air asam jawa
• * 1 inci belacan •
* Garam dan gula secukup rasa
• 2 biji tomato ( dibuang empulur/ biji dan dipotong dadu)
• 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
• 1 sudu makan kerisik

Cara membuatnya
1. Semua bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati.
2. Di dalam mangkuk, satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
3. Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.



Fuh!!!!! Berpeluh nak tulis resepi nasi daging bersama set pelengkapnya ini. Sebenarnya kalau taknak masak kurma daging pun tak apa. Terpulang pada selera masing-masing. Kalau makan nasi daging dengan air asam kerisik saja pun dah sedap. Cuma kalau ada kurma daging, lagi bertambah seleralah, ada kuah-kuah sikitkan. Nyum-nyum

Selamat mencuba :)

7 comments:

  1. sedapnya.. selalunya saya buat nasi minyak, dagingnya dibenam sekali dgn nasi je. tapi next time saya nak cuba resipi daging kurma tu pulaklah. thanks. by the way, apa kata next time you cuba pulak guna minyak sapi instead of minyak biasa. gerenti lagi wangi nasinya.

    ReplyDelete
  2. Yummy....
    terbuka selera
    nasib baik puasa...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kat mana nak beli beras pusagold.. Yang ada kat supermarket cuma pusa 1121.. Penah try masak guna 1121 ni, nasi agak kurus tp panjang.

    ReplyDelete
  4. Nk cuba lahhhhh... xpnah wat pon...blik kg kt kedah br pkene nsi daging ni... huhuhu.... harap2 jdi la wt t... thx kongsi resepi...wallllaaaa....nyum2x

    ReplyDelete
  5. Done! Berbuke nnt mam...ehehe. thx...

    ReplyDelete
  6. Saya ambil resepi Nasi daging dan air asam kerisik sahaja lain tiada.
    Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...