Thursday, 9 August 2012

Laksa Terengganu Kuah Putih

Teringat memori masa zaman budak-budak dulu. Setiap kali menyambut syawal, pasti sanak saudara akan berkumpul di rumah moyang saya untuk membuat laksa gandum. Kemudian, masing-masing tukar shift pusing alat buat laksa yang diperbuat dari temabga tu. Seronok dan memang seronok. Namun begitu sekarang, memori membuat laksa gandum dengan alat tembaga tu sudah tiada lagi. sob-sob.

 Laksa gandum ini dipadankan dengan kuah putih, atau lebih dikenali sebagai laksa Terengganu. Kalau di KL ni saya memang langsung tak pernah jumpa lagi laksa gandum tu. Cuma kalau sekali sekala balik terengganu, kebetulan musim perayaan memang berpeluanglah makan laksa gandum. 

Baru-baru ini saya teringin nak makan laksa Terengganu. Jadi saya membuat kuahnya dan gandingkan dengan spaghetti. heheheheheheehehhe.. sedap weh! sebenaarnya mudah sahaja kalau nak buat laksa kuah putih ni. Jom lihat resepinya :)

 

Bahan-bahan 
1 genggam spaghetti 

 Untuk kuah
5 ekor ikan selayang (direbus dan diambil isinya)* 
5 ulas bawang merah*
1 inci halia * 
1 sudu kecil lada hitam* 
1 kotak santan 
Sedikit air
1 keping asam keping 
1 sudu kecil gula
garam secukupnya 

 Untuk ulaman
Timun dipotong halus memanjang
Kacang panjang dipotong bulat
Taugeh
Daun gajus dihiris nipis 
 (*boleh tambah apa-apa ulaman yang disukai) 

 Untuk sambal cili pula
1-2biji cili merah 
Sedikit belacan 
(kedua-dua bahan ini ditumbuk sehingga lumat)

 Cara membuatnya: 
1. Rebus spaghetti dan kemudian toskan. 
2. Untuk kuahnya pula, tumbuk semua bahan yang bertanda * 
3. Di dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama santan, air dan asam keping. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan garam dan juga gula secukup rasa dan siap untuk dinikmati. 
4. Untuk menikmati laksa kuah putih ini, masukkan spaghetti ke dalam mangkuk, kemudian letakkan kuah diatasnya. Taburkan ulam-ulaman yang disukai dan jangan lupa jika sukakan pedas, masukkan sambal cilinya

.

Mudah bukan? Saya kalau buat laksa ni memang asyik ulang makanlah, pastu letak sambal cili tu banyak-banyak. Memang menyengatlah! Zarin pun sangat menggemarinya.

 Selamat mencuba :)

7 comments:

  1. lia penah makan dulu kat umah kwn. mak dia masakkan. sedappp.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lia,ni laksa fevret saya no.1 selain laksa utara dan laksa johor :)

      Delete
  2. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  3. Ori laksa Trengganu tak guna spaghetti. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...