Bulan puasa, masuk sahaja waktu petang, saya dan beberapa rakan di ofis mula bertanya sesama sendiri apa menu berbuka hari ini. Masing-masing buntu tak tau nak masa apa dah. Suatu hari saya terlepas cakap kat ofismate (Kak Yan) yang saya teringin nak makan daging salai. Tetapi tak reti macam mana nak salai daging. Ditambah-tambah dengan keadaan rumah saya (rumah burung) lagi menyulitkan untuk menyalai daging. Kalau boleh tak nak yang bakar microwave, nak makan yang salai rasa asap-asap tu.
Rezeki ibu mengandungkan, KaK Yan kata dia nak balik kampung dan biar dia salaikan kat kampung. Oh, terima kasih kak yan (hug).
Rupa-rupanya mudah sahaja untuk membuat masak lemak ini. jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan:-
1/2kg daging - salai kemudian hiris nipis
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3cm kunyit hidup - blend halus
30 biji cili padi – blend (boleh dikurangkan)
2 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit dihiris
1 keping asam keping
Sedikit belacan
(blend)
Garam secukup rasa
Seikat pucuk ubi
Cara-cara:-
1. Salai daging, potong dan ketepikan.
2. Celur Pucuk ubi dan kemudian toskan.
3. Masukkan santan cair, serai, asam keping, kunyit hidup, belacan dan cili api yang sudah diblend ke dalam periuk dan didihkan. Sentiasa kacau.
4. Bila mendidih masukkan daging, daun kunyit, garam, dan santan pekat. Kacau lagi hingga mendidih.
5. Masukkan pucuk ubi yang telah dicelur, apabila sebati dan mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi asal diambil dari http://arena184.blogspot.com. Kemudian telah diolah sedikit sebanyak berdasarkan resepi yang diberikan oleh kak yan, ofismate saya.
Alhamdulilah, masak lemak daging salai saya menjadi, kali pertama cuba msak lemakkan. Suami kata tak payah beli kat restoren 911 dah. Kalau boleh setiap minggu nak makan daging salai. Cuma kesianlah kat suami sebab bila saya masak daging salai, setiap kali dia pergi terawikh nak terlelap katanya. Mengantuk. Santan+makan banyak rasanya. Hahahahahaha.
Apepun semuanya berbalik kepada air tangan isteri dan ibu. Jika sesuatu masakan dimasak dengan penuh kasih sayang insyaallah pasti menjadi dan sedap!
betul..walaupun ku agak JARANG memasak..
ReplyDeleteselera besar sokmo. kalu buleh nak mkn yg sedap2 je. hihihih
ReplyDeletekenapa letak belacan? tak ori..
ReplyDelete