Tuesday, 26 June 2012

Ketupat sotong terengganu

Baru-baru ini, ketika singgah di kedai barang basah, terpandangkan sotong yang segar bugar. Zasss, terus datang idea nak buat ketupat sotong. tamabhan pula dah lama tak makan.


Sebenarnya ketupat sotong ni ada dua versi. kalau versi terengganu rasanya lemak masin, manakala kalau versi kelantang rasanya manis. Memandangkan saya orang terengganu, jadi ketupat sotong yang saya buat ini adalah versi terengganu ^_^



Sebenarnya tak susah pun nak buat ketupat sotong ni. Ehehehehehehe, tak susah ke? Padahal masa kat kedai tu riuh bunyi suara saya tanya ummi resepi ketupat ni. Biasalah, setiap kali memasak, chef di kampung juga yang di telefonnya.

Ok, jom kita lihat resepinya.

 Bahan-bahan
- 4 ekor sotong, dibuang kepala, kulit dan tulang belakang.
- 1/2 pot beras pulut.
- 2 ulas bawang merah dimayang.
- 1 inci halia diracik halus,
- setengah sudu kecil halba
- 1 biji kelapa diambil santannya.
- garam secukup rasa.
- Pencungkil gigi – lidi
- sedikit air




Cara membuatnya.
1. Rendam beras pulut dengan sedikit santan (lebih kurang 30 minit-1jam).
2. Masukkan pulut dalam sotong lebih kurang 3/4 penuh. Kemudian cucuk dengan lidi di atasnya supaya beras pulut tak keluar.
3. Ambil periuk, masukkan sotong yang telah disumbat itu, tuangkan santan dan air sehingga sotong tenggelam. Masukkan bawang merah dan halia. Masak dengan api perlahan.
4. Apabila santan telah pecah minyak, masukkan halba dan garam secukup rasa. Kacau seketika hingga sebati. Apabila sotong telah menjadi kembung, dan santan hanya tinggal ¾, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Mudah bukan? selamat mencuba, pasti puas hati :)

10 comments:

  1. beb...seumur hidup aku tak pernah jumpe or rase ketupat sotong nih....

    ReplyDelete
  2. x penah makan...hehe....
    buat pun x kan buat...sbb dah penah tnya asben...bole x mkan ketupat sotong...dia kata x nak....huhuhu...

    adoiii laaa......tp teringin nak rasa sbnrnya...

    ReplyDelete
  3. ketupat sotong ganu the best!!... ni semangat orang ganu mai komen ni..hehehe ;))

    ReplyDelete
  4. chantik nya sutun dia...tak pernah rase ganu punya..sokmo makan yg kelantan nya ajek!! harus di terai!

    ReplyDelete
  5. waduhhhhh manyak santek wooo ketupat sotong Chah ni, akak pernah makan tapi tak pernah wat sendiri...pasni kenalah wat sendiri kalau teringin...

    ReplyDelete
  6. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete
  7. first time dgr mmng pelik psl org luar..pastu bile mentua wat haaaa ko sekali hdp tiga ekor! mmng sdp giler

    ReplyDelete
  8. memang best ketupat sotong...

    ReplyDelete
  9. Great post.

    Here is my web site :: payday loan direct lenders

    ReplyDelete
  10. What's Going down i'm new to this, I stumbled upon this I've discovered It absolutely useful and it has helped me out loads. I am hoping to contribute & assist other customers like its helped me. Good job.

    Feel free to surf to my website :: payday loan companies

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...