Monday, 28 March 2011

Nasi minyak resepi bonda

Nasi minyak resepi dari Ummi saya merupakan salah satu nasi yang menjadi kegemaran saya. Hari minggu yang lalu, sempat juga saya membuatnya. Ini merupakan kali kedua saya mencuba resepi nasi minyak ini. kali pertama ketika raya haji tahun lepas, tetapi terlebih letak pewarna, nasi menjadi terlebih merah dan suami saya memanggilnya nasi minyak 'gong xi fa chai'. hahahahahah!

Sebenarnya terdapat pelbagai resepi untuk membuat nasi minyak, tetapi resepi dari Ummi saya juga yang menjadi pujaan hati. Iyelah, masakan ibu, siapa yang tak sukakan??? Jom kita lihat resepi untuk membuat nasi minyak ini:

bahan-bahan

3 cawan beras

2 helai daun pandan disimpul

***3 ulas bawang merah

***1 ulas bawang putih

*** ½ inci halia

1 ulas bawang besar di mayang halus

Rempah empat serangkai (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, biji limau (buah pelaga kot kalau tak silap)

1 sudu majerin

½ sudu kecil garam

Bahan yang bertanda *** ditumbuk sehingga halus


Cara membuatnya:

1. Mula-mula, basuh beras kemudian toskan. Kemudian, didihkan air di dalam rice cooker (ikut sukatan beras yea) saya guna jari, so tatau nak tulis banyak mana air.

2. Panaskan kuali, tumiskan semua bahan yang bertanda *** yang telah ditumbuk bersama-sama dengan rempah empat serangkai dan juga bawang besar yang telah dimayang halus. Bila dah naik bau, masukkan ke dalam rice cooker. Apabila mendidih, masukkan daun pandan, garam dan majerin berserta beras.

3. Apabila Nasi telah masak, masukkan pewarna merah. Siappppppp!!!

Dan inilah rupa nasi minyak yang telah siap dihidangkan bersama lauk-pauknya

Tadaaaaaa, jemput makan :)

Setiap kali membuat nasi minyak ini, lauk yang menjadi kegemaran ialah sambal tumis ikan tongkol. Sebenarnya lauk boleh dipelbagaikan. Untuk kali ini saya hidangkan bersama sambal tumis ikan tongkol, sambal telur dan juga ayam goreng beserta acar timun+carrot.

Alhamdulilah, nasi minyak ini memang menjadi kegemaran suami dan juga Zarin, makan sampai bertambah-tambah. Zarin pula lebih suka makan nasi kosong kerana nasinya sudah terasa lemak-lemak masin.

***warna nasi minyak boleh ditukarkan ikut selera masing-masing. Resepi kami memang warna merah turun-temurun. Ada "ong" maaaaaaaaaaaaaaaaa!!!



Sunday, 27 March 2011

bubur nasi berlauk menu wajib!

Bubur nasi berlauk merupakan menu yang wajib ada setiap minggu dalam keluarga kami. Sebenarnya, memang kami penggemar bubur nasi. Kalau di Kedah di panggil moi sup, kalau di Terengganu di panggil nasi air. Kesemuanya kami suka. Cumanya bila dah masak sendiri memang pelbagai jenis lauklah yang boleh dihidangkan.

Untuk bubur nasi berlauk kali ini, agak special sikit kerana ada tambahan lauk pauk. Makanya, bertambah-tambahlah kami makan, lebih-lebih lagi bubur nasi dimasak menggunakan beras siam, harum semerbak satu rumah!

Menu bubur nasi dihidangkan bersama-sama lauk berikut;


Pekasam ikan lampam


Ayam goreng kunyit, wajib ada!


Ikan bilis goreng, wajib ada!


Sup tulang, sekali-sekala ciptakan kelainan


kailan ikan masin


dan paling penting dan wajib ada ialah bubur nasi!

Wah, memang membuka selerakan? Lebih-lebih lagi ada pekasam, diperah pula dengan limau nipis! gulp!!!!!!!! Kalau mak mertua lalu dibelakang sure tak sedar, kihkihkih.

Monday, 21 March 2011

Masalodeh

Hari minggu memang hari yang ditunggu-tunggu. Hari cuti inilah saya mencuba pelbagai resepi. Maklumlah, waktu pun panjang,kalau penat boleh rehat-rehat.

Hari sabtu, saya terfikir-fikir apa yang boleh saya buat dengan kacang dhal, lebihan daripada membuat tau sa piah. Kemudian saya godek-godek blog kegemaran saya iaitu Lady of Leisure, tengok-tengok resepi yang boleh saya buat.

Kemudian ternampak resepi masalodeh! Bila lihat bahan-bahannya, memang cukup untuk saya buat kuih ini. Malangnya, bila saya baca sekali lagi cara membuatnya, rupa-rupanya kacang dhal itu perlu direndam semalaman. Sudahnya saya hanya boleh membuatnya semalam (ahad). Itupun setelah kacang dhal direndam semalaman. hihihihihi..

Masalodeh ini juga merupakan kuih kegemaran suami saya. Mmm, suami saya semua makanan India dia suka! Nasib baik dia tak jatuh cinta dengan Kajol ke, Rani Mukherjee ke, Kareena Kapoor ke. Kalau tak menangis saya! Hahahahahahaha

Rupa-rupanya taklah rumit sangat buat masalodeh ni. Jom kita lihat resepinya



Bahan-bahan:
2 cawan kacang dhall
1-2 tangkai daun kari - gunting kecik-kecik
1 tangkai cili kering - gunting kecik-kecik
*1 tangkai cili hijau - dadu halus
1 biji bawang besar - potong dadu kecik
1 sudu kecik jintan
Garam secukup rasa
* memandangkan kat rumah tak ada cili hijau, saya gantikan dengan 2 biji cili padi
Cara-cara:

1.Rendam kacang dhal semalaman. Toskan kemudian separuh diblend halus dan separuh lagi diblend kasar
2.Campurkan kesemua bahan lain, bulatkan dan tekan supaya leper di bahagian tepi. Goreng dalam minyak yang banyak dan balik balikkan, once masalodeh timbul maknanya dah masak.

Resepi asal boleh dilihat di blog Lady of Leisure
Sangat sedap menikmati masalodeh ketika panas-panas.Di tambah pula jika dihidangkan bersama teh o! Di luar pula hujan renyai-renyai. wallllaaaaahhh! Kacang dhal yang rangup, krup! krap! krup! krap!Tak sedar tangan laju mencapai kuih ini. Sedar-sedar dah licin. hehehehehehehe


Zarin pula tidak berapa gemar kuih ini. Pedas katanya. Walaupun saya dah buatkan masalodeh tanpa cili untuknya. Mungkin juga tergigit daun kari. Sudahnya kami juga yang habiskan.

Tanx Lady sebab kongsikan resepi masalodeh ini. Nampaknya kakak saya dah request untuk buatkan kuih ini bila mereka datang ke KL nanti. Al-maklumlah, kuih ini juga merupakan kuih kegemaran abang ipar saya! hahahahahaha.. Memang keturunan berbulu lebat kami ni kot :P

Selamat mencuba!

Thursday, 10 March 2011

cookies untuk yang tersayang!

Setiap kali saya menghubungi Ummi, pasti perihal cookies yang ditanyakan.

Dah buat ke cookies Ummi tu?
Bila nak pos?

Akhirnya, setelah beberapa kali memungkiri janji, akhirnya saya penuhi jua janji saya untuk membuat cookies minggu lepas. Saya buatkan dua balang cookies untuk Ummi tersayang dan juga ahli keluarga yang lain. Satu balang saya buatkan cookies plain dan satu balang lagi cookies coklat.

Alhamdulilah, cookies tersebut selamat sampai ke Alor setar semalam. Lega rasanya bila berjaya memenuhi hajat orang tersayang.


cookies yang siap dipacking

Untuk Zarin Shah pula, saya buatkan cookies berbentuk orang. Saya namakan cookies budak hitam dan cookies budak putih. Kebetulan sebenarnya, memandangkan acuan berbentuk orang tersebut telah lama dibeli, tetapi belum sempat digunakan.


budak hitam budak putih

Zarin pun sangat menggemari cookies ini. Lebih-lebih lagi bentuknya yang unik itu. Memang budak-budak sukakan bentuk dan warna-warna yang menarik, barulah dapat menarik perhatian mereka

Next time mama lukiskan mata, hidung dan mulut pula yea :)
Resepi boleh dilihat di SINI

Monday, 7 March 2011

bubur siam aka bubur nasi berlauk

Kebelakangan ini, saya sekeluarga tersangat sukakan bubur nasi berlauk. Boleh dikatakan setiap hari juga kami menikmatinya. Mungkin ramai yang perasan, status FB saya asyik bubur nasi, bubur nasi dan bubur nasi sahaja. hahahahah..

Baru-baru ini pula, saya mendapat satu resepi daripada kakak saya iaitu bubur siam atau boleh juga dipanggil juga bubur nasi berlauk. Cuma ada sedikit perbezaan dalam membuatnya. Yang penting lagi sedap daripada bubur nasi berlauk.
Jom kita lihat resepinya

Untuk bubur nasi bahan-bahannya ialah
1 pot beras ( boleh ditambah atau dikurangkan)
10-15 ekor udang dibuang kulit serta dibelah belakang (boleh ditambah atau dikurangkan)
3 cawan air
1 ketul kiub ayam
Secubit garam

Cara membuatnya
Masak nasi bersama-sama udang sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam dan secubit garam. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur. Air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan bubur nasi yang diinginkan.

Paling penting untuk menikmati bubur siam ialah, bawang putih goreng. Cara membuatnya ialah.

1 labu bawang putih ditumbuk hancur. Kemudian goreng di dalam minyak sehingga kekuningan. Bawang putih tadi hendaklah diambil sekali dengan minyaknya.

Setelah semuanya siap, bubur nasi tadi boleh dihidangkan bersama-sama sayur, contohnya cendawan sos tiram, kailan ikan masing, sawi goreng dan sebagainya, bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Lauknya pula sangat sedap dinikmati bersama ikan bilis goreng, telur masin dan juga pekasam. Boleh juga hidangkan bersama ayam goreng kunyit, juga bergantung kepada selera masing-masing.

Cara menikmatinya pula ialah, hidangkan bubur nasi bersama-sama lauk dan juga sayur. Jangan lupa taburkan bawang putih goreng, daun sup, daun bawang dan gaul rata. Kalau anda sukakan masam, boleh perahkan limau nipis, kalau sukakan pedas boleh taburkan lada sulah, cili flakes ataupun hidangkan bersama cili potong.


Dan inilah bubur nasi siam aka bubur nasi berlauk hidangan saya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


tadaaaaa---->jemput makan :)
Semenjak dah pandai buat bubur siam, setiap hari asyik nak makan nie. Mujurlah suami saya dan zarin sukakannya.

Katanya tiga masakan yang akan menyebabkannya gemuk dan makan bertambah-tambah ialah, bubur siam aka bubur nasi berlauk, spagethi alfredo dan juga mee goreng!

Selamat mencuba!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...