Saturday, 13 August 2011

Carrot apple cake

Pertama kali mencuba carrot apple cake, rasanya sangat sedap dan akan trsenarai dalam kek untuk hari raya nanti :)

Resepi diambil dari sini, Kak Yati, saya pastkan resepinya di sini ya :)


Bahan- Bahan
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
3 /4 cwn gula perang halus- Yatie guna 1 cwn
3/4 cwn (atau kurang) gula castor- Yatie guna 1/2 cwn je
4 biji telur
1 cwn minyak jagung/masak
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut
150gm apple hijau, diparut
30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain..)

CREAM CHEESE TOPPING:
250gm cream cheese- Yatie tambah 125 gm lagi
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon
*Cara2nya=> Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

Cara Membuat Kek
Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
Masukkan kesemua bahan lain.
Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.

Friday, 12 August 2011

Nasi Ayam Special lagi

Nasi ayam adalah antara menu yang paling senang untuk dihidangkan. Jom lihat resepinya

Bahan Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia yg diketuk

Cara-cara membuatnya
Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk


Bahan Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu  besar madu
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Cara membuatnya
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.


Untuk nasi pula
bahan-bahannya ialah:
3cwn beras
11/2 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.
sedikit pewarna kuning

cara membuatnya:
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam serta pewarna kuning. Masak seperti biasa



Untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.

Cara membuatnya
air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.


Bahan sos
5biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

cara buatnya
blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk kicap
Masukkan sesenduk air rebusan ayam ke dalam bekas perapan ayam dan kacau sebati.

Resepi asal lihat di sini

Selamat Berbuka Puasa :)

Tuesday, 9 August 2011

Red Rubbies

Saya suka sangat makan biji delima ini, rasanya lemak-lemak masin, manis ditambah lagi dengan haruman hirisan nangka dan kelapa muda memang cukup menghilangkan dahaga di bulan puasa :)

Jom lihat resepinya. Resepi asal boleh lihat di SINI


Bahan Utama :-)
300 g water chesnut (sengkuang cina, boleh lihat gambar disini)
1 camca teh pewarna merah*
1 camca teh pewarna hijau (saya tambah)
2 camca besar air*(*disatukan)
4 camca besar tepung ubi
2.5 liter air ais
3 liter air
beberapa ulas nangka (saya tambah)
1 biji kelapa muda diambil isinya (saya tambah)

Bahan Lain :-)
Air gula (masak 3/4 cawan gula pasir dengan 3/4 cawan air dan 2 helai daun pandan)
500 ml santan pekat/susu cair/susu segar*
1/2 camca teh garam*(*disatukan)
Air batu secukupnya

Cara membuatnya :-)

1.Kupas sengkuang cina (kalau susah nak dapat, boleh guna sengkuang biasa), cuci dan potong dadu, rendam dalam bancuhan warna merah dan biar 20 minit. Toskan dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi dalam beg plastik tadi, dan goncang hingga sengkuang tadi disaluti tepung ubi, ayak untuk membuang lebihan tepung.
2.Panaskan 3 liter air hingga mendidih, masukkan sengkuang cina yang bersalut tepung ubi tadi dan biar hingga timbul. Cedok keluar biji2 delima yang timbul tadi dan terus masukkan ke dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar biji delima berendam dalam air ais.

3.CARA PENYEDIAAN :- Dalam mangkuk sesuai, cedok keluar isi biji delima mengikut kuantiti yang dikehendaki, tuang pati santan dan juga air gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Letak air batu, isi nangka dan isi kelapa secukupnya. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...Selamat mencuba!!!

Terima kasih Cik Mat Gebu atas resepi yang sedap ini :)

Monday, 8 August 2011

Karipap inti sedap

Karipap! karipap! karipap. Dah kemaruk sangat nak makan hinggakan tiap-tiap hari nak makan karipap. Dah jadi minah karipap pula. Tapi nak makan karipap yang sedap macam kat ikea tu ada telur.

Sebelum ini beli kat bazar ramadan karipap, tp terlalu berminyak hingga pening bila makan. Jadi hari sabtu yang lepas saya terus menggoogle resepi karipap. Maka muncullah pelbagai jenis cara dan resepi membuat karipap.

Namun hati saya terpaut dengan resepi yang di ambil dari sini. Cara buatnya pun nampak mudah. Saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :)


Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air

INTI

5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air
Cara-cara
1.Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit
2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti -
1. kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
2.Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
3.Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.

4.Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa.
*telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
5.Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

Memang sedap karipap ini, sesuai dengan namanya karipap inti sedap. Cumanya saya ni tak pandai mengelim, sudahnya memang senget benget la. Seperti kata suami saya

"Tak apa la mama, cubaan pertama, yang penting memang sedap!"

Mengikut resepi buat dapat 20 biji, tetapi saya buat dapat 15 sahaja, mungkin karipap saya size XL kot.

Apepun terima kasih pada tuan empunya resepi. Kalau nak lihat cara kelim step by step boleh lihat di sini :)

Thursday, 4 August 2011

Waffle roti tuna bertelur

Bila di dapur, pelbagai idea kreatif datang apabila tidak cukup peralatan. Itulah yang terjadi kepada saya. Baru-baru ini saya ada membeli tuna kurang pedang dalam tin untuk dimakan bersama roti. Sampai di rumah baru teringat yang saya tidak mempunyai sandwich maker, yang ada cuma toaster.

Mula-mula ingat nak buat sardin roll, tapi tidak jadi apabila terpandangkan waffle maker yang tersadai dalam almari. lantas saya terus keluarkan waffle maker dan terhasillah resepi di bawah


Bahan-bahan
4 keping roti gardenia
Tuna(kurang pedas)
2 tangkai salad dipotong halus
1 ulas bawang besar
mayonis
thounsand island
mentega
1-2 biji telur bergantung pada size
secubit garam

Cara membuatnya:
1. Panaskan waffle maker
2. Pukul telur dan masukkan secubit garam.
2. Sapukan sekeping roti dengan mentega, kemudian sapukan pula tuna. Selepas itu, picitkan mayonis dan thousand island serta taburkan bawang dan salad.
3. Ambil sekeping lagi roti dan sapukan mentega kemudian kapitkan.
4. Celupkan kedua-dua belah roti dengan telur dan kemudian bakar di dalam waffle maker. Bakar sehingga roti dan telur menjadi keperangan.
5. Ulangi langkah 2-4 sehingga roti habis.
6. Sedia untuk dinikmati

* kalau suka pedas boleh masukkan cili padi atau hidangkan bersama cili sos

Waffle roti tuna bertelur ini memang menjadi permintaan suami ketika bersahur. Rasanya sangat sedap dan paling penting lansung tidak berminyak.

SELAMAT MENCUBA :)

Wednesday, 3 August 2011

Ayam Mamak

Baru 2 hari menjalani ibadah puasa, saya sudah buntu untuk memasak apa. tahun ini saya berazam untuk memasak sendiri hidangn berbuka, dan tidak lagi membeli lauk-pauk di bazar ramadan seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya.

Semalam saya pening juga kerana bahan basah yang ada dirumah hanyalah ikan dan ayam. Takkan nak masak sup, baru je masak, masak kicap, masak merah, pun baru juga. Akhirnya google la resepi berkaitan ayam.

Hasilnya saya berkenan satu menu dari Kak Nor Secubit Garam iaitu, ayam mamak. Saya pastekan resepinya di sini ya :)


UDANG MAMAK by Soda Hikari
sumber: HanaMemories , K.Rose
sumber: SecubitGaramNor67

Bahan-bahan
1 kilo udang - kalo udang galah, lagi terbaekk punya
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
1 batang serai - di ketuk
1/2 cawan air/stok ikan
1 susu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari ikan - k.nor letak 2 sb
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk gulai cili kisar ~ k.nor letak 3 sb
2 tangkai daun kari
4 helai daun pandan
Garam, gula serbuk lada sulah

Cara-cara
Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.

K.Nor guna 650gm udang jer dan sukatan bahan2 lain semua ikut resipi.
Saja tak kurangkan sukatan bahan2 lain supaya dpt lebih gravy.
1/2 dr perahan jus limau tu k.nor gaul dgn udang dan 1/2 lg k.nor masukkan dlm kuah.

**
Saya gantikan udang dengan ayam. 1/4 ekor ayam. Bahan-bahan 100% ikut resepi yang diberikan :)

Alhamdulilah, sedap sangat, rasa macam makan kat kedai mamak pula, pedas, wangi, harum dan sangat sedap!

Tuesday, 2 August 2011

Puding laici

Bulan puasa sangat sedap jika dapat menikmati puding. Tak kisahlah puding apapun, asalkan puding pasti sedap! 2 hari berpuasa saya masih belum sempat untuk menyediakan sebarang jenis kuih dan puding,sob-sob. Namun dalam hati dah mengeletis nak buat. hihihihihih

Sebenarnya puding laici ini telah lama saya buat, tapi belum sempat dientrikan. Resepi ini saya ambil dari Kak Nor Secubit Garam. Saya pastekan resepinya di sini ya :)



PUDING LAICI by K.Liza


Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]
1 tin laici [untuk hiasan]


Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.


NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....

Untuk resepi puding laici versi saya, saya telah gantikan susu cair dengan susu segar kerana saya tersalah beli susu pekat manis semasa ke kedai. sob-sob lagi. Sudahnya terpaksalah gantikan dengan susu segar memandangkan agar-agar sedang mengegelegak di atas dapur. Saya juga tambahkan ceri ke dalam puding ini dengan andaian, apabila puding saya keras nanti, dapatlah corak yang cantik.

Malangnya, andaian saya silap. Akhirnya jadilah puding laici macam orang kena tumbuk (kata salah seorang kenalan FB saya) hahahahahahahah

Tapi serius, puding ini sanagat sedap. hari ini saya dah belikan bahan-bahannya, ingat nak buat petang nanti. Tapi tekak cenderung untuk makan jeli kelapa pula. Nampaknya kena buat jeli kelapa dululah

Selamat berpuasa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...