Wednesday, 29 December 2010

chocolate chip cookies

Subway! Subway! Subway! Hari-hari Subway! Kadang-kadang dah rasa naik muak. Namun suami dan Zarin sangat sukakan chocolate chip dan raisin cookies yang dijual di subway. Maka mulalah suami membuat permintaan

Nanti mama buatlah cookies camnie, sedap!

Saya pun apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal (kes kemaruk membaking) terus laju mencari resepi. Saya bernasib baik kerana Lady (sifu saya dalam masak-memasak) baru sahaja membuat entri pasal cookies nie. Lantas saya terus printkan resepinya. Dan semalam barulah saya berkesempatan untuk membuatnya.

Resepi ini saya copy dan pastekan di sini yea :) . Resepi asal boleh di lihat DI SINI
Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan:

450 gram self raising flour
2 biji telur (2 kuning dan 1 putih)
250gram butter
170gram gula halus
170gram gula perang
170 gram chocolate chips
3 sudu besar serbuk koko - i tak masukkan yang ni, lebih suka plain
170gm almond(resepi asal pakai cashewnuts)- saya guna hazelnut
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1 sudu kecik vanilla essence
Setengah sudu kecil garam


Cara-cara:

1.Pukul butter dan gula hingga gebu. Masukkan vanilla essence, telur dan garam dan pukul lagi.

2.Masukkan tepung dan bicarbonate of soda yang telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul lagi, use the dough hooks sebab adunan ni agak kental. Masukkan chocolate chips dan almond, kacau rata.

3.Ambil sesudu adunan, bulatkan dan tekan dengan garfu atas dulang pembakar(nonstick).

4.Bakar pada suhu 160'c selama 15-20 minit.

(Kalau nak pakai cocoa powder may be you should reduce the amount of sugar macam dalam resepi asal.)

Memandangkan saya tak suka manis, jadi saya kurangkan sedikit kuantiti gula.

Dan inilah hasilnya


jemput makan :)

Sangat sedap, rangup dan rasanya lebih sedap daripada famous amos (pendapat sayalah). Memang akan tersenarai dalam kuih raya untuk tahun depan. keh keh keh!

Apepun terima kasih Lady sebab berkongsi resepi. Jika ingin mencuba pelbagai lagi jenis masakan jangan lupa berkunjung ke blog beliau yea.


Friday, 3 December 2010

Japanese Cheesecake resepi dari Kak Sue Aleen

Saya sangat sukakan japanese cheesecake. Sebelum ini saya pernah buat, tetapi tidak seberapa menjadi. Mungkin tersilap teknik dan adunan tidak sebati. Sudahnya jadilah japanese cheesecake ala bingka seperti gambar di bawah ini. keh!keh!keh! Tapi sangat sedap walaupun menjadi bingka ok! :)



Dan semalam saya mencuba lagi membuat japanese cheesecake ini setelah mengkaji teknik-teknik yang betul supaya menghasilkan kek yang gebu macam tuannya yang semakin menggebus ini.

Jom kita lihat resepinya.

Resepi kek ini saya ambil drp Kak Sue Aleen (FB). Sebenarnya saya banyak belajar daripada Kak Sue dalam mendalami ilmu membuat kek ini. TQ so much kak Sue :)

saya copy n pastekan resepinya di sini ye :)

4-5 keping cheddar cheese
200ml susu segar (ganti dengan susu cair)
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek (ganti dengan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder)
70gm butter
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam

Cara-caranya:

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.*

2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

* Ku blend je semua yang bertanda * ni termasuk kuning telur & tepung yang telah diayak dengan baking powder (1 sudu kecil). Kes tak de tepung kek la ni... kehkehkeh. Kan dah kata... mesti nak derhaka jugak :P. Pastu tak masak dah atas api plak tu.

* Elakkan kek mengecut dengan membiarkan ia sebentar di dalam oven selepas masak. Biarkan pintu oven terbuka sedikit selama 10-20 minit.

Dan inilah japanese cheesecake yang sudah menjadi. Alhamdulilah



Selamat Mencuba!

Sunday, 28 November 2010

Tau Sa Piah

Tau sa piah, itulah nama kuih yang saya selalu beli di kedai kek Queen dan Fairy masa zaman sekolah dulu. Tapi masa tu, tatau nama kuihnya. Selalu saya sebut kuih cina.


Inilah rupanya

Jarang dapat jumpa kuih ini. Jadi saya bercadang untuk membuatnya sendiri setelah beberapa hari mencari resepinya. Saya terjumpa Resepi ini di Myresepi.net.

Saya copy dan pastekan resepinya di sini.

Bahan-bahan ( 15 biji )

Doh A:
120g tepung gandum, diayak
60g shortening

Doh B:
120g tepung gandum, diayak
30g gula icing
30g shortening
60ml air

Inti:
3/4 cawan kacang hijau yang tidak berkulit (rendam selama 2-3 jam, dikukus bersama sedikit air dan dikisar halus)
3 sb minyak masak
1 sb bawang kecil yg telah dicincang
1/2 cawan gula halus (boleh ditambah atau dikurangkan)
1/2 sk garam
1 sk kulit oren yg telah dicincang

Lain:
1 biji telur (untuk sapu)
Biji bijan secukupnya (optional)

Cara-cara
Untuk Inti:

1. Masukkan gula, garam dan kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga sebati dan diketepikan.
2.Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang kecil sehingga harum dan warna keperangan. Keluarkan bawang dan diketepikan. Masukkan kulit oren dan campuran kacang ke dalam kuali. Gorengkan kacang sambil kacau sehingga kacang itu jadi agak kering (boleh buat bebola).
3.Matikan api. Masukkan bawang kecil tadi dan gaulkan sehingga rata. Setelah inti dah sejuk, bahagikan inti kepada 15 bebola yg sama saiz.

4.Untuk Doh:
Doh A dan doh B disediakan berasingan TAPI degan cara yg sama. Satukan bahan2 untuk doh, gaulkan sehingga rata dan canaikan sehingga mendapat doh yg agak lembut. Tutup doh degan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan selama 30 minit. Bahagikan setiap doh kepada 15 bebola yg sama saiz. (15 biji doh A dan 15 biji doh B)
5.Ambil sebiji doh B, leperkan dan letak sebiji doh A ditengah2. Balut doh A degan doh B untuk satukan doh A dan B.
6.Canaikan doh tadi kepada saiz 15 x 3 cm (approx.), lepas itu gulungkan doh dari bahagian yg pendek. Ulang langkah ini sekali lagi.
7.Canaikan doh kepada bentuk bulat (10 cm diameter), letak sebiji inti kacang ditengah2 dan balutkan. Ulang langkah 5 - 7 sehingga habis.
8.Sapukan setiap tau sa piah degan telur, taburkan sedikit biji bijan diatas.
9.Panaskan oven kepada 180degC. Bakar tau sa piah selama 20 minit atau sehingga warna kuning keemasan.


Siappppp!!!

Saya sangat sukakannya, rasanya yang manis dan masin membautakan saya ketagih untuk memakannya.

Selamat mencuba!

Sunday, 14 November 2010

kek karamel

Sudah berminggu-minggu saya membelek-belek resepi kek karamel di page kongsi resepi. Nak buat bimbang tidak menjadi. Akhirnya hari jumaat yang lepas saya cekalkan hati untuk mencuba membuat kek karamel ini.

Tengok bahan-bahan yang digunakan tidak la susah nak dapat. Cuma cara nak buatnya saja ada step A hingga D. Adoii pening-pening.

Saya copy dan pastekan resepinya di sini. Resepi asal boleh dilihat di SINI

saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

Inilah rupa kek karamel yang telah siap diletakkan di dalam acuan. Tunggu masa untuk membakar sahaja.



Apabila kek siap dibakar, hati saya sudah berdegup degap, bimbang karamelnya tidak menjadi. Oleh sebab itu, saya biarkan kek tersebut sejuk dahulu baru terbalikkan. Alhamdulilah. Kek karamel saya menjadi.

Inilah rupa kek karamel yang siap diterbalikkan.



Sepatutnya kene sejukkan dahulu dalam peti sejuk sebelum dimakan. Namun kerana tak sabar nak rasa, saya potong juga kek tu. hehehehe...Memang sedap!



Rugi kalau tak mencuba. Terima kasih Kongsi Resepi FB dan kak munira kerana berkongsi resepi yang sedap ini

selamat mencuba!

Tuesday, 9 November 2010

cubaan pertama membuat waffle!

Soalan cepumas yang wajib ditanya kepada suami setiap hari apabila pulang dari kerja ialah

"Nak makan apa malam ni?"

Dan tadi kami bercadang untuk ke pasar malam Taman Melawati, namun memandangkan cuaca mendung dan bimbang kalau-kalau hujan turun, hajat untuk ke pasar malam dilupakan. Suami saya mengajak untuk menikmati char ko teow selepas solat Isyak nanti. Oklah tu, char ko teow memang kegemaran saya.

Namun apabila sampai di rumah lain pula jadinya apabila zarin berkata

"mama nak kek" sambil membawa acuan muffin kepada saya.
"Jom mama, nak kek." kali ini datang membawa papercup pula.

Lantas saya terfikir untuk membuat pancake. Namun apabila suami saya menyimpan acuan muffin tadi, tiba-tiba beliau menunjukkan acuan waffle yang diberikan oleh kakak saya masih lagi belum dirasmikan. Lantas saya terus meneliti acuan tersebut dan sungguh tak disangka kerana turut disertakan dengan resepi waffle sekali...

Jom kita lihat resepinya

Bahan-bahan
2 biji telur
3/4 cawan susu segar
2 sudu makan minyak mazola
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam

cara membuatnya
1. Pukul telur sehingga kembang. Kemudian campurkan susu dan semua bahan-bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
2. Panaskan waffle maker. 3 minit untuk setiap sisi. Saya menggunakan waffle maker yang dibakar di atas api dapur gas jenama nordic ware. (cara masak bergantung kepada jenis waffle maker anda)
3. Apabila waffle maker telah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya dan kemudian tutup. Apabila telah kekuningan, angkat waffle tadi dengan menggunakan garfu.
4. Siap untuk dihidang! Waffle ini boleh dihidang dengan menambahkan topping kegemaran anda seperti madu, coklat, peanut butter, jem, ice cream dan sebagainya. Ikut kreativiti dan kegemaran masing-masing


Inilah rupa waffle cubaan pertama saya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V




waffle with ice cream----> yummy!

Rupa-rupanya sangat mudah untuk membuat waffle. Paling menggembirakan apabila orang-orang tersayang memujinya SEDAP!

Dan ini pula waffle with peanut butter + chocolate syrup



Nampaknya malam ini tak jadilah nak makan char ko teow. Perut dah penuh nie :)

Selamat mencuba!

Monday, 1 November 2010

chocolate cheesecake with strawberries

Besday saya tahun agak istimewa kerana saya sendiri yang membuat kek untuk diri sendiri. Eh, aci gitu??? hahahahaha..memang saya sekarang tengah kemaruk untuk membuat kek. Mula-mula saya pening juga memikirkan nak buat kek perasa apa. Kemudian, saya terfikir untuk membuat chocolate cheesecake memandangkan suami saya suka cheesecake.

Kemudian, apa lagi, berdesup saya ke Bake With Yen untuk membeli bahan-bahannya. Perasa kek sudah selesai, pagi sabtu saya masih ding dong untuk menghias kek yang bakal saya buat nanti. Mula-mula nak bubuh ceri, tapi kene buat icing, rasa macam malas pula. Kemudian terfikir untuk menghiasnya dengan strawberi. Apa lagi, sekali lagi saya meminta suami untuk ke cold storage untuk membeli strawberi yang besar-besar dan merah-merah..hehehehe..

dan inilah hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



Nyummy!!

Tapi saya sedikit kecewa kerana strawberi yang dibeli suami tidak terlalu merah. Tapi oklah daripada tak ada langsung.

I'm 28!

Owh, saya sudah 28 tahun rupanya. Ingatkan baru 18! ehehehehehe...tiba-tiba terasa macam muda belia :P



Jemput makan

Suami saya memberikan 5 bintang untuk kek ini. Katanya sangat sedap dan tak hairanlah jika dia mampu menghabiskan 2 potong kek dalam satu masa, besar-besar pula tue.

Zarin pula, belum siap kek lagi dah mintak nak makan.

Inilah dua ayat yang keluar dari bibir comelnya

"sedap mama, nak agi"
"eri acam, tak nak"

Eheheheheh...saya sendiri tidak tahu nak namakan apa kek ini, jadi saya meletakkan nama kek ini chocolate cheesecake with strawberries... ahahaha..suka hati je

Tuesday, 26 October 2010

puding marble -----> resepi dari lady

Puding marble ini sebenarnya dah lama saya buat, iaitu semasa bahagian saya membuat jamuan hari raya. kalau tak silap 9 Oktober 2010. Sebenarnya resepi ini diambil dari blog Lady. Kalau nak lihat resepi asal dan petua-petua yang berguna bolehlah berkunjung ke blog beliau. Di sini saya hanya pastekan bahan-bahan yang saya guna.

Untuk membuat puding ini, bahan-bahan yang diperlukan adalah

1 bungkus agar-agar
1400ml air
1 tin susu cair
2 cawan gula
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
2 sudu chocolate emulco
2 sudu besar planta
sedikit esen vanila
2 biji telur ayam
sedikit garam

Cara membuatnya

Basuh agar-agar dan masaknya bersama-sama 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut. di dalam satu bekas, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard dan masukkan garam. Kacau sehingga sebati, masukkan/tuangkan ke dalam agar-agar yang dimasak di atas api tadi dan kacau di atas api sederhana sehingga likat. Bila adunan sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu plantan dan esen vanila. Kemudian bahgai adunan kepada dua bahagian, satu adukan diletakkan chocolate emulco dan satu adunan lagi dibiarkan warna asli (kuning). kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning berselang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati.

Dan inilah hasil puding marble yang saya buat. Tidaklah secantik yang lady buat :)




Mula-mula nak buat puding marble ni saya agak bingung memikirkan macam mana nak buat corak-corak belang tu. Nanti tak ke setompok-setompok pudingnya. adessss...Tetapi apabila saya membuatnya, rupa-rupanya apabila saya masukkan adunan berselang seli, adunan akan menolak ketepi dan bergerak memenuhi ruang loyang. Maka jadilah bentuk belang-belang tu :P Budak baru belajar katakan.


Dan ini pula 3 biji puding marble untuk mama, papa dan zarin :)



Puding ini sangat sedap. Rugi kalau tak cuba. Sebenarnya ramai yang minta resepi puding marble ini daripada saya. Apepun saya ingin ucapkan terima kasih kepada empunya resepi Lady of Leisure kerana berkongsi resepi yang maveles ini. Insyaallah lain kali akan saya cuba resepi yang lain pula ye lady. ehehehehehe

Monday, 25 October 2010

Agar-agar santan Mak Minah

Agar-agar santan memang menjadi kegemaran saya dari dulu sehingga sekarang. Masih teringat lagi semasa mengandungkan Zarin, saya mengidam untuk menikmati agar-agar santan yang dibuat oleh ibu abang ipar saya (Mak Minah). Tetapi, pesan saya kepada Abang ipar saya (Abang Rizal) supaya Mak Minah menggunakan telur ayam bandar, bukan telur ayam kampung seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. (Dah la suruh orang buat, banyak songeh pula yea)

Untuk tidak menghampakan mak yong pada ketika itu (sayalah tu), Mak minah membuat satu loyang besar agar-agar ini. Oh nikmatnya. Simpan dalam peti, makan sikit-sikit...Terima kasih Mak Minah...hehehehe...Agar-agar santan Mak Minah ini memang sedap. Paling sedap yang pernah saya nikmati...

Takkan nak suruh orang buat selalukan??? Akhirnya saya meminta kakak saya merisik resepi agar-agar santan Mak Minah...Alhamdulilah, dapat...bukan susah pun nak buatnya, tapi agak rumit sedikit

Jom kita lihat resepinya

Bahan yang diperlukan

BAHAN A
1 bungkus agar-agar
1400 ml air
1/2 biji santan atau 1/2 paket santan kotak (mana-mana pun boleh)
Gula merah
1 cawan gula
sedikit esen vanila
setengah cawan air daun pandan
secubit garam
1/2 cawan air daun pandan

BAHAN B (Untuk kepala)
2 biji telur
1/2 biji santan atau 1/2 paket santan kotak (mana-mana pun boleh)
* kesemua bahan diblend

Cara membuatnya

Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur. Kemudian masukkan gula merah sehingga nampak kehitaman. Apabila telah sebati, tambahkan gula dan kacau sehingga gula tersebut larut. Masukkan air daun pandan, sedikit esen vanila, santan dan secubit garam. Apabila telah mendidih, tapiskan agar-agar tadi dan bahagikan agar-agar kepada dua bahagian iaitu satu untuk lapisan bawah dan satu bahagian lagi untuk kepala. Kedua-dua bahagian tadi hendaklah dimasak di atas api yang perlahan secara serentak.

Untuk kepala, ambil satu bahagian agar-agar dan campurkan dengan Bahan B. Kacau atas api perlahan sehingga mendidih dan santan timbul. Apabila telah masak, tuang lapisan bawah agar-agar ke dalam loyang. Kemudian tuang pula bahagian kepala di atasnya. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati




Zarin shah sangat menggemari agar-agar ini. Oleh sebab itu, saya sangat rajin membuatnya. Jika ada pot luck di ofis, inilah menu yang selalu saya bawa... ehehehehehe


Wednesday, 29 September 2010

muffin pisang choc chip + strawberi

Asyik-asyik muffin, asyik-asyik muffin! Tak borink ke? Jawapannya sudah semestinya TIDAKKKKKKKKK!!!!

Sebaik pulang dari kerja tadi dalam hati sudah berazam tidak mahu makan malam nanti. Tapi sebaik sampai di rumah terlihat pisang berangan emas sedang masak ranum. LAntas terus terfikir untuk membuat muffin lagi.

Jom lihat resepinya

Bahan A
1 cawan tepung bluekey
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
shoc chip (ikut suka banyak mana)

Bahan B
3 biji pisang berangan emas bersaiz sederhana
1/4 cawan minyak sayuran
1 biji telur
1/4 cawan gula perang
sedikit esen vanila

Bahan Hiasan
Whipping cream
strawberi

Cara membuatnya

1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Dalam mangkuk yang berasingan masukkan bahan B dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian satukan ke semua bahan tadi dan masukkan ke dalam loyang atau papercup. (Tadi saya tak guna paper cup)just masukkan terus ke dalam loyang acuan.
4. isikan sebanyak 3/4 adunan ke dalam acuan atau papercup.
5. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu sekitar 170'-180'. (Boleh juga cucuk dengan lidi(jika licin memang dah masakla tu)
6. hiaskan dengan whipping cream + strawberi
* resepi di atas untuk 11 biji muffin (berbeza mengikut size papercup atau acuan loyang)


Sedia untuk dibakar

Sangat seronok apabila menunggu muffin masak. sekejap-sekejap datang tengok. Bukan apa teruja apabila melihat muffin sedang naik dengan gebunya.


muffin yang telah siap dimasak

Apabila telah masak, keluarkan dari acuan dan sejukkan di atas jaringan.

Kemudiankan, hiaskan dengan whipping cream dan dua biji strawberi

hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



tadaaaaaaaaaa!!

Jemput makan :)


Tuesday, 21 September 2010

muffin dan muffin lagi

Semua orang masih dalam mood raya. Demam raya belum habis, saya pula sedang dilanda demam muffin. Saya sendiri pun hairan, sejak kebelakangan ini memang saya sangat suka masak-memasak. Setiap hari pasti ada saja resepi yang akan diprint. Yang terbaru saya belajar membuat muffin.

Paling saya seronok setiap kali ke kedai Bagus,semua benda saya nak beli. Sedar-sedar dah penuh tangan. Begitu juga bila singgah di IKEA, pasti ada barang-barang membuat kuih yang dibeli. Dah la murah, cute-cute pula tu.

Rupa-rupanya membuat muffin tidaklah serumit yang dibayangkan. Mudah saja, campur-campur, gaul-gaul, siap!!! Bila sekali buat menjadi, terus nak buat lagi, nak buat lagi. Dan otak pun mula la ligat dan kreatif nak try letak tu,nak campur nie, nak perasa tu, nak perasa nie. hehehehe

paling tak tahan

mama: papa,p la tengok muffin saya tue. Naik elok je. gebu.
Papa: Jap g la tengok. Masak nanti kita tengok la
Mama: takla, yang tu lain. Nie dia tengah bakar tu
Papa: ye la ye la...Apa la mama nie zarin


:P

terlebih excited itulah jadinya.

Zarin pula

"Mama, kukung..kek, apin. Nak!!!" Sambil menunjukkan jari ke arah muffin yang sedang dibakar.
Saya apalagi, cepat-cepat dukung zarin tengok muffin yang sedang naik menggebu itu.

"wow!!! atik.. Nak, nak!!!
"Jap lagi dah masak mama bagi. Kita tengok je dulu"

Dan hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
V


Muffin pelbagai perisa
Jemput makan :)

Sunday, 22 August 2010

puding kastard colourful

Bulan puasa tidak sah kalau berbuka tanpa pencuci mulut. Saya pula sangat gemar agar-agar atau puding. Kalau kuih memang saya kurang sikit.

Hari minggu yang lalau saya telah membuat puding kastard colourful (resepi di ambil dari blog Lady of Leisure. Resepi boleh lihat di SINI yea. Tq so much lady


Inilah rupa 3 warna agar-agar yang sedang disejukkan


Ini pula rupa agar-agar yang telah dipotong dan di satukan sebelum dimasukkan ke dalam puding



Dan inilah rupa puding itu. nyummmy!!!!

Rasanya sangat sedap. Lagipun resepi yang diberikan sangat mudah untuk dimasak. Yang bestnya Zarin sukaaaaaa!!!!!! Makan tengah-tengahari bikin mama terliur. Dah la cuaca panas terik...arggghhh zarin-zarin...dugaan di bulan ramadan pabila bersama si kecik :P


Friday, 6 August 2010

Durian pancake

Mama nak yan (durian)

Wow!!!Yan! yan! nak! aummm!!!


Itulah ayat yang sering zarin gunakan apabila teringin untuk makan durian. Jangan tak percaya, Zarin juga "hantu durian" tak ubah seperti papanya. Pantang nampak sure nak makan!

Memandangkan sekarang musim durian, jadi saya dengan gembiranya telah membuat durian pancake.

Resepi ini saya ambil daripada SINI

bahan untuk kulit pancake

- 250 gram tepung gandum
- 3 biji telur
- 500ml santan
- 1/2 sudu garam
- pewarna kuning

Inti
- whipping cream + gula
- Isi durian

cara membuatnya:

(untuk kulit)
- kisar semua bahan, kemudian tapis
- dadarkan nipis-nipis dalam kuali



Inilah rupa kulit pancake yang telah siap di dadar dalam kuali

(Inti)

- pukul whipping cream+gula sehingga menjadi cream/ kental
- lumatkan isi durian kasar2


Isi durian yang telah dihancur kasar

Cara gulung

- ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream
- kemudian letakkan isi durian di atasnya
- Lipat dan simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam
Hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadaaaaaa!!!sangat sedap dimakan ketika sejuk. Terasa nyaman je tekak nie..hihihi


Terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki, antaranya
1. Nipiskan sedikit kulit pancake
2. whipping cream tak cukup kental
3. Besarkan sedikit kulit pancake supaya mudah nak gulung/lipat

Tuesday, 3 August 2010

dorayaki doraemon

Pernah tak anda makan dorayaki? Alah dorayaki kegemaran doraemon tue??? ehehehehehe...

Semalam ketika berehat-rehat di rumah sambil layan FB, tiba-tiba status kawan-kawan ada yang bercakap pasal pancake dan kemudian dorayaki. Ape lagi, semua bahan-bahan dah ada, jadi saya dengan rajinnya telah membuat dorayaki doraemon untuk makan malam. Senang saja nak buat dorayaki nie.

Bahan-bahan untuk pancake

1. 1 cawan tepung pancake segera (lupa dah jenama ape tepung tu, ptg nanti saya edit yea)
2. 1/4 cawan air
3. 1/2 cawan fresh milk

untuk inti

1. peanut butter
2. hershey's chocolate syrup


Cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
2. Panaskan non stick pan (size kecil - untuk goreng telur mata).
3. Apabila kuali sudah panas, masukkan adunan tadi lebih kurang 2 sudu sup dan goreng sehingga kekuningan.
4. Apabila sudah masak, angkat dan kemudian letakkan peanut butter dan hershey's chocolate syrup tadi di atasnya
5. Goreng lagi pancake seperti langkah 1-3.


Untuk membuat dorayaki doraemon ini, kita mesti membuat 2 keping pancake, kemudian disatukan dengan meletakkan inti di tengahnya. Siapppppp!!!

* Adunan yang diberikan adalah untuk 6 keping pancake = 3 set dorayaki doraemon :)





Inilah rupa dorayaki doraemon yang telah siap dibuat dan telah pun separuh dimakan oleh doraemon (zarin)...hahahahah..sangat sedap di makan ketika panas-panas!

selamat mencuba!!!!

Friday, 16 July 2010

Blueberry cheese cake

Memandangkan saya masih lagi dalam keadaan "demam masak-masak", jadi saya ingin berkongsi satu lagi resepi yang saya cuba iaitu blueberry cheese cake. Resepi ini diambil daripada Ratuhati.com dan kemudian, ditokok tambah daripada resepi lain di internet.

Cara membuatnya mudah sahaja. Sebelum itu, kita lihat dulu apakah bahan-bahan yang diperlukan.

250g Cream Cheese (sy guna philadephia)
3 biji telur
1/2 cawan gula
125g Mentega
10 keping biskut orea di buang intinya
8 keping biskut mvities
Topping-blueberry
sedikit esen vanilla


Cara membuatnya

A. Untuk Base

1. Biskut orea dan mvities dihancurkan

2. Butter dicairkan (double boiler-tapi saya hanya guna air panas letak dalam mangkuk pastu letak cawan yang berisi butter)

3. Gaul biskut dengan butter yang telah dicairkan sehingga sebati

4. kemudian tekan mampat adunan tadi di dalam loyang

B. Untuk kek

1. Pukul cream cheese dengan gula smpai kembang. jangan terover pula..nanti atkut mase bakar kek merekah

2. Masuk telur sebiji demi sebiji..pukul hingga kembang.

3. kemudian masuk esen vanilla. Pukul sekata

4. selepas itu tuang atas based...tadaaaa..siap utk dibakar.

5. Bakar dgn suhu 185C selama 20min je (sy bakar 40 minit sbb oven tu dh tetapkan untuk cake 40 minit)


Apabila kek siap dibakar, letak dlm fridge. Apabila sudah sejuk baru letak topping seperti dalam gambar di bawah


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
v



menarik dan sungguh menyelerakan

Apabila siap letakkan toping sedia untuk dimakan
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadaaaaaa..... nyum..nyum..sangat sedap!!!

Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk percubaan yang kedua cheese kek ini.
antaranya ialah
1. Nipiskan sedikit base (yang saya buat di atas tu basenya tebal)
2. Kurangkan manis ( kami penawar orangnya, so kalau yang suka manis dah ok)
3. loyang terlalu besar menyebabkan cheesenya nipis...huhuhuhu..kene beli loyang yang bersaiz kecil selepas ini.

* terima kasih untuk Mr papa sebab tolong pukulkan cheese dan gula. kalau harapkan mama, sampai subuh tak kembang...hikhikhik...

Bertemu lagi di lain resepi cheese cake ya... selamat mencuba!!!!

puding roti peanut butter

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi iaitu poding roti peanut butter. Resepi ini saya ambil daripada salah seorang kenalan FB dan juga RH iaitu Kak Sue Aleen. Tq kak sue :)


Bahan-bahan yang diperlukan

10 keping roti Gardenia
1 tin krimer sejat F&N (400 gm)
1/2 cawan gula
2 biji telur
3 sudu besar mentega kacang (ikut suka)


Cara membuatnya

1- Carikkan 8 keping roti. Boh dalam blender. Masukkan bahan lain. Kisar je terus sampai lumat.

2- 2 keping yang baki tu carik dan campur dalam adunan tadi tanpa dikisar semula.

3- Lengserkan loyang dengan marjerin dan tepung.

4- Masukkan adunan tadi dalam loyang. Untuk hiasan, ikut sukalah nak letak apa pun. Terpulang kepada keinginan masing-masing.

5- Bakar selama 30 minit sampai warna bingka ni berubah macam kat atas tu. Boleh dipotong panas tanpa tunggu sejuk.

hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadddddaaaaa!!!!!!!

* sangat sedap dimakan ketika panas-panas :)


Friday, 4 June 2010

Tempura sotong

Tempura sotong?? Daku tertanya-tanya apakah dia tempura sotong. Memandangkan tempura sotong ini sentiasa menghiasi status Ayu di FB. Kata orang malu bertanya sesat jalan, jadi dengan muka tak malunya daku bertanya kepada ayu dan minta resepi.

Rupa-rupanya tempura sotong tu sotong goreng tepung...adesssss..ingatkan apekebenda la (ke memang aku je yang taktau nama saintifiknya?)..heheheh

Selepas mendapat resepi, daku terus mencari tepung tempura cap JOJI seperti yang diberitahu oleh Ayu..Malangnya, tak ada pula tepung cap itu...yang ada cuma cap GOGI. Ok la tu..bunyi nya pun seakan-akan JOJI -GOGI. Bukan GIGI ya...belasah je la...hehehhe...Mula-mula tengok tepung tu terkejut juga aku..bukan apa, mak aiiii banyaknya tulisan siam...kapkungkap...sawadikap (eh, ape aku merepek ni)

Kemudian aku belek lagi...Nasib baik ada logo HALAL. Lantas aku terus membelinya. Sampai di rumah ketika jam hampir menunjukkan angka 9.00 malam. Semalam kami shoping barang dapur kat JUSCO n TESCO, sambil cari-cari pampers Zarin.

Selepas kemaskan barang-barang yang dibeli, aku terus menyediakan tempura sotong ini. Tak sabar hendak melihat hasilnya, sama ada menjadi ke tidak.

Alhamdulilah...menjadi dan hasilnya :



tadaaaaaa!!!!Tempura sotong versi ida aka mama zarin

Sangat sedap hokey. Lepas ni tak payah la kami bersusah payah nak ke restoren semata-mata nak makan benda nie. Buat sendiri lagi sedap. Dan suami pula, duk ulang makan ketika daku sedang sibuk menggoreng...iskkkk..kacau sunggguh!!!

Apepun tanx ayu sebab berkongsi resepi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...