Tuesday, 21 September 2010

muffin dan muffin lagi

Semua orang masih dalam mood raya. Demam raya belum habis, saya pula sedang dilanda demam muffin. Saya sendiri pun hairan, sejak kebelakangan ini memang saya sangat suka masak-memasak. Setiap hari pasti ada saja resepi yang akan diprint. Yang terbaru saya belajar membuat muffin.

Paling saya seronok setiap kali ke kedai Bagus,semua benda saya nak beli. Sedar-sedar dah penuh tangan. Begitu juga bila singgah di IKEA, pasti ada barang-barang membuat kuih yang dibeli. Dah la murah, cute-cute pula tu.

Rupa-rupanya membuat muffin tidaklah serumit yang dibayangkan. Mudah saja, campur-campur, gaul-gaul, siap!!! Bila sekali buat menjadi, terus nak buat lagi, nak buat lagi. Dan otak pun mula la ligat dan kreatif nak try letak tu,nak campur nie, nak perasa tu, nak perasa nie. hehehehe

paling tak tahan

mama: papa,p la tengok muffin saya tue. Naik elok je. gebu.
Papa: Jap g la tengok. Masak nanti kita tengok la
Mama: takla, yang tu lain. Nie dia tengah bakar tu
Papa: ye la ye la...Apa la mama nie zarin


:P

terlebih excited itulah jadinya.

Zarin pula

"Mama, kukung..kek, apin. Nak!!!" Sambil menunjukkan jari ke arah muffin yang sedang dibakar.
Saya apalagi, cepat-cepat dukung zarin tengok muffin yang sedang naik menggebu itu.

"wow!!! atik.. Nak, nak!!!
"Jap lagi dah masak mama bagi. Kita tengok je dulu"

Dan hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
V


Muffin pelbagai perisa
Jemput makan :)

10 comments:

  1. comel! Anak2 suka, kita pun suka..hehhe

    ReplyDelete
  2. wow! semangatnya buat muffin..mesti sedap kan..nak sikit boleh?

    ReplyDelete
  3. comel kuih ni macam siape ek? hihi

    ReplyDelete
  4. sedapnya.....bagus....lepas nie leh buat bisnes jual muffin lak...heheheheh

    ReplyDelete
  5. kak diey: betul tu. semaikn bersemangat untuk membaking. mixer je belum beli lagi nie...huhuhu

    ReplyDelete
  6. munies: comel macam papercup. gebu macam pembuatnya la..hahahaha

    ReplyDelete
  7. Rizziela: Memang sedap. tapi ada juga sedikit kekurangan. budak baru belajar katakan :P. Nak ke? ok nanti sy poskan. Tunggu dpn pintu ofis yea :P

    ReplyDelete
  8. nuyue: ok, nanti daku pos. Tapi kalau x sampai2 posmen tu yang salah yea. Dia dh curi-curi makan :P

    ReplyDelete
  9. suraya: kak fatin??? bisnes muffin??? oh tidakkkk!!! x sanggup nak beli oven besar + nanti badan bau tepung je...hahahahahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...