Monday, 1 November 2010

chocolate cheesecake with strawberries

Besday saya tahun agak istimewa kerana saya sendiri yang membuat kek untuk diri sendiri. Eh, aci gitu??? hahahahaha..memang saya sekarang tengah kemaruk untuk membuat kek. Mula-mula saya pening juga memikirkan nak buat kek perasa apa. Kemudian, saya terfikir untuk membuat chocolate cheesecake memandangkan suami saya suka cheesecake.

Kemudian, apa lagi, berdesup saya ke Bake With Yen untuk membeli bahan-bahannya. Perasa kek sudah selesai, pagi sabtu saya masih ding dong untuk menghias kek yang bakal saya buat nanti. Mula-mula nak bubuh ceri, tapi kene buat icing, rasa macam malas pula. Kemudian terfikir untuk menghiasnya dengan strawberi. Apa lagi, sekali lagi saya meminta suami untuk ke cold storage untuk membeli strawberi yang besar-besar dan merah-merah..hehehehe..

dan inilah hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



Nyummy!!

Tapi saya sedikit kecewa kerana strawberi yang dibeli suami tidak terlalu merah. Tapi oklah daripada tak ada langsung.

I'm 28!

Owh, saya sudah 28 tahun rupanya. Ingatkan baru 18! ehehehehehe...tiba-tiba terasa macam muda belia :P



Jemput makan

Suami saya memberikan 5 bintang untuk kek ini. Katanya sangat sedap dan tak hairanlah jika dia mampu menghabiskan 2 potong kek dalam satu masa, besar-besar pula tue.

Zarin pula, belum siap kek lagi dah mintak nak makan.

Inilah dua ayat yang keluar dari bibir comelnya

"sedap mama, nak agi"
"eri acam, tak nak"

Eheheheheh...saya sendiri tidak tahu nak namakan apa kek ini, jadi saya meletakkan nama kek ini chocolate cheesecake with strawberries... ahahaha..suka hati je

15 comments:

  1. sedapnya....boleh ke kongsi resepi...
    mmg nmpk kek 5 bintang!!

    ReplyDelete
  2. "eri acam, tak nak". pandainya zarin!

    ReplyDelete
  3. Nidza: boleh takde masalah. tapi rasa malu pula bila nak tulis, sebab tak pro..main buat je..hahaha

    ReplyDelete
  4. nuyue: nanti daku tulis entri lain yea.ingat nak buat lagi weekend nie :)

    ReplyDelete
  5. kak diey: hahahaha...mulut dia mmg mcm bertih goreng..byk ckp sekarang

    ReplyDelete
  6. salam ida, blh ke klau saya nk dptkan resepi ni. tingin juge nk try tuk beday saya/husben thn ni. nmpk menarik sgt2 =)

    ReplyDelete
  7. Fatinnamia, buleh insyaallah. sy cari dulu resepi asal ye, ada dlm fail gungyu, tapi x paste pulak kat sini sbb masa tu x terfikir nak tempek resepi. heheh

    ReplyDelete
  8. kak ida..bole ta na resepi ni..sgt tergoda la..

    ReplyDelete
  9. kak ida bole emel kan respi ni kt bubblegum_1012@yahoo.com.my ..sy suke la wat kek..na cube wat ni lak..

    ReplyDelete
  10. ida..akk nk gak resipi ni..dh lama mencari..sdpnya...

    ReplyDelete
  11. oshyne: Resepi dah ada, tp tak sure pula sama ada dulu kak ida guna resepi tu atau main taram je. itulah akibatnya bila masak tak letak resepi, sekatrang dah lupa. Weekend ni kak ida try buat balik ya, insyaallah

    ReplyDelete
  12. Anonymous: nanti sy try balik cari resepi ya, serius dah lupa sama ada guna yang sy dh printu tu atau sy bereksperiman.

    ReplyDelete
  13. hi ida..seronok tengok blog awak..nak share resepi boleh..n this resepi too..

    ReplyDelete
  14. Ini resepi yang asas ya

    Bahan-bahan ( loyang 4segi 10" )
    *500g campuran brownies kukus (premix)
    *4 biji telur gred B
    *75ml minyak masak
    *200ml air
    *5g baking powder
    *5g soda bikarbonat
    **inti cream cheese**
    250g cream cheese
    60g gula castor
    1 biji telur gred A
    25ml air

    nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies yg ade....jadik jugee....=)
    Cara-cara 1.campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit 2.**untuk inti** 3.campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang 4.kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek) 5.##cara lapis## 6.masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit 7.masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg 8.masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit.. 9.edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar..

    tapi untuk cheese sy guna resepi ini, bertambah sedap jadinya

    250g cream cheese
    200cc/ml fresh cream/plain yogurt
    2 sudu besar jus lemon
    3 sudu besar tepung gandum
    2 biji telur
    90g gula
    Cara-cara 1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper) 2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream 3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit 4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus. 5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

    saya tak bakar, saya kukus

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...