Tuesday, 10 November 2020

Burnt cheesecake mudah

Assalamualaikum...
Lamanya tak bersiaran, hampir dua tahun. Malam ni terasa rajin pulak nak buka blog. Tu pun jenuh godek, lupa password dan layout pun dah berwajah baru. Terpaksalah merangkak balik try n error. Sebelum ini banyak post gambar kat IG je, tapi tak tulis resepi, jadi bila nak buat cari balik mana resepi yang guna dulu. Huhuhuhu.. 

Sepanjang tempoh dua tahun ni dapur berasap seperti biasa, tapi mood nak menulis tu tak ada. Jadi gambar banyak tersimpan, ada yang dah delete pun. Bila fikir balik ruginya kalau tak rakamkan kat sini. 

Eh, terceloteh panjang pulak. Oklah sebenarnya nak share resepi burnt cheese cake ni. Kek ni merupakan kegemaran anak dara saya. Masa PKP susahnya nak dapat cream cheese, laku keras. Jenuh cari. Resepi burnt cheese cake ni saya ambil dari FB, resepi adik danial harraz. Namun macam biasa ada terderhaka sikit. Saya suka cheesecake yang ada rasa masam-masam, sebab tu saya letak lemon. 

Jom tengok resepinya

Bahan-bahan
500g Cream cheese (saya guna Tatura)
170g Gula halus (saya kurangkan 140 = gula putih+gula perang)
200ml Whipping cream (saya guna emborg)
Telur 3 biji (gred A)
Esen Vanila 1 tsp 
Tepung gandum 1tbsp
Perahan jus lemon (2 tbsp - saya tambah)


Cara membuatnya :
1. Panaskan oven 200°C. Loyang dialaskan dengan baking paper dan biarkan lebih tinggi dari loyang.
2. Pukul cream cheese sampai lembut dan gebu. Pastikan cream cheese dalam suhu bilik, dah lembut baru pukul.  
3. Masukkan telur satu demi satu dan pukul sampai sebati.
4. Masukkan gula, whipping cream, esen vanilla, tepung gandum, dan jus lemon. Pukul lagi sampai sebati semuanya.
5. Selepas itu, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang. Goyang-goyangkan sikit bagi sekata.
6.  Bakar selama 50 minit-1 jam suhu 170. 45 minit lepas tu naikkan suhu 200°C sampai nampak atas dia dah gelap sikit. Terpulang nak gelap macam mana. Suhu tu bergantung pada oven masing-masing ya.
7. Dah puas hati dan kek dah masak buka sedikit pintu oven biar dalam 10 minit. Lepas tu boleh keluarkan sepenuhnya.   


Senang je kan. Ada orang suka makan kek ni masa panas-panas, tapi saya suka makan sejuk-sejuk. So masukkan dalam peti lebih kurang 2 jam. Lepas tu baru makan. Anak sulong saya suka letak blueberry jem.. eh jem ke, filling kot.  Tak datang pulak ilham nama yang betul untuk blueberry tu. Nanti saya edit balik ya. 

Oklah selamat mencuba. 


1 comment:

  1. Waalaikumussalam.
    Cantik gebu hasil kejadian burnt cheese cake tu.
    Happy blogging!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...