Assalamualaikum.
Hari ini saya nak berkongsi salah satu resepi kegemaran saya iaitu singgang sepedas. Mungkin lain negeri lain nama masakan, tapi di Terengganu kami panggil singgang sepedah (sepedas). Cara nak buat pun ringkas, rebus rebus je. Jom lihat resepinya.
Bahan-Bahan
3 ekor ikan remon/kerisi
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1 biji cili merah
*2 biji cili padi (nak pedas buleh tambah)
*1/2 inci kunyit hidup
*1/2 halia
2 keping asam keping
garam
gula
daun kesum
air
Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan yang bertanda *. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk, masukkan air dan biar sehingga mendidih. (sukatan air terpulang nak kuah banyak mana).
2. Apabila mendidih, masukkan ikan, asam keping dan biar seketika. Apabila ikan hampir masak, masukkan daun kesum, garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga ikan masak.
3. Bila dah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Mudahkan masak lauk ni. Sebenarnya lauk ni sedap dimakan bersama ikan goreng, budu dan ulam. Kalau tak suka budu buleh ganti dengan sambal belacan. Kalau saya dapat lauk ni memang makan nasi bertambah-tambah. Lagi-lagi bila goreng ikan kerisi belah belakang. ummmmphhh.. Sedapnya. Terus telan liur sambail taip ni. hahahahahahah
Selamat mencuba!