Friday, 7 October 2016

Daging Goreng Petai

Assalamualaikum.. kembali bersiaran. Dah macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada. kihkihkih...Masa-masa masa! banyak resepi nak share tapi tak sempat nak taip.

Oklah hari ni nak share resepi yang mudah saja iaitu daging goreng petai. Maklumlah Raya Haji haritu banyak dapat daging, tatau dah nak masak apa. Jadi masaklah menu ringkas yang konfem makan nasi bertambah.





Jom tengok resepinya

Bahan-bahan
daging dihiris nipis
1 bawang holand/ bawang besar dihiris
cili merah
halia ditumbuk
bawang putih ditumbuk
kunyit
garam
gula
sos tiram
petai

Cara membuatnya
1. Tumbuk bawang putih dan halia . Jangan sampai lumat. Tumbuk ala-ala manja saja. Gaulkan bersama daging, kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut. Tambahkan air seperlu yang mungkin ya. Jangan goreng sampai garing pula. 
3. Bila daging dah empuk boleh tutup api dan ketepikan. 
4. Panaskan kuali, tumis bawang holland sehingga layu, masukkan daging, sos tiram dan tambah sedikit air. Biarkan semuanya sebati. Kemudian masukkan cili merah, garam dan gula secukup rasa. 
5. Akhir sekali masukkan petai. Goreng sehingga daging agak kering. Bila semuanya dah sebati boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba :)


Tuesday, 26 April 2016

Sambal ketam

Assalamualaikum...

Lamanya tak menulis resepi. Serius rindu sangat. Tak boleh nak bercoleteh panjang. Jom kita lihat resepi terus ya. Kali ini sambal ketam. Lauk kegemaran anak teruna. Selera bermusim kekdahnya.

Bahan-bahan


2 ekor ketam - cuci bersih dan kerat dua
7 tangkai cili kering - (dikisar berasingan)
*4 biji bwg merah (dikisar)
*2 ulas bawang putih (dikisar)
*1 inci halia (dikisar)
1 batang serai dititik

sedikit kicap
sedikit air
garam dan gula
minyak utk menumis
hiasan - daun kari (nak jugak ada hiasan) 





Cara-cara membuatnya:

1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan serai, bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sedikit kicap kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. Dan terbalikkan ketam sekali-sekala
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau. Biarkan kuah sambal sedikit kering. Siap
6. Taburkan daun kari dan bolehlah dihidangkan. (hiasan semata daun kari tu :P)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...