Lamanya rasa tak tulis resepi. Bukan bermaksud saya tak update sini saya tak masak. Memang selalu masak, tapi nak ambil gambar tu yang sukar sedikit, campur malas pun ya. Dulu suka guna kamera gajah, sekarang guna telefon sahaja, tu gambar tak berapa cun tu. Tapi oklah dari tak ada langsungkan.
Hari ini saya ingin berkongsi resepi rendang ayam mudah, kegemaran anak saya. Memandangkan seleranya bermusim, so memang dua tiga minggu ni asyik buat rendang ayam sahaja! Sampai rasa macam dah naik muak tengok. Tapi itulah permintaannya. Siap bawa bekal ke sekolah lagi. Eheheheheheh.. Oh ya, anak dah masuk darjah satukan, mama dia kenalah rajin masak untuk bawak bekal ke sekolah.
Buat rendang ni mudah je tau. yang ini saya buat dalam kuantiti yang kecil, dalam 2-3 ketul ayam. Jom lihat resepinya
Ni gambar masa ayam amsih atas dapur, tengah menggelegak. hehehehe |
Bahan bahan:
1/4 ekor ayam (2-3 ketul)
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia*
1 batang serai - titik
1 -2 sudu cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
santan (RM1.00-RM2.00)
1 keping asam keping
Garam
Gula
Sedikit daun kunyit dihiris – opsyenal
2-3 helai daun limau purut - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap
Bahan bertanda * dikisar lumat
Cara cara:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis sehingga naik bau. Masukkan
bahan kisar dan juga serai yang dititik sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan daun limau
purut. Tumis sehingga cili benar-benar garing.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam menjadi kecut. Masukkan
sedikit santan bagi membolehkan ayam masak. Selepas itu, baru masukkan semua santan
dan masak dengan api yang perlahan sahaja.
3. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup
rasa. Kacau sebati. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Kemudian,
taburkan daun kunyit yang dihiris halus. Bila semuanya dah sebati, bolehlah
ditutup api. Siap!
Selamat mencuba!