Thursday, 9 October 2014

Ketam nipah masak cili

Kali ini saya ingin berkongsi resepi ketam nipah masak cili. Masakkan yang simple tetap cukup digemari oleh anak dan suami. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan


2 ekor ketam nipah - cuci bersih dan kerat dua
7 tangkai cili kering - (dikisar berasingan)
*4 biji bwg merah (dikisar)
*2 ulas bawang putih (dikisar)
*1 inci halia (dikisar)
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato 
sedikit air
garam dan gula
minyak utk menumis





Cara-cara

1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan ketam nipah dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. Terbalikkan ketam nipah sekali-sekala
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati sehingga kuah menjadi likat dan bersalut dengan ketam. Siap!


Selamat mencuba 

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Sy ada lot menjual ketam nipah segar d pasar borong selayang. Dibuka sabtu dan ahad dr jam 7 pagi hingga 12 tgh ari. Bole hubungi @ wassap utk booking. Delivery jg disediakan. 018 296 3889 / 011 3987 3889

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...