Tuesday 12 August 2014

Ketupat palas pulut hitam

Setiap kali raya pasti ummi saya tidak terkecuali daripada membuat ketupat palas pulut hitam ni, selain daripada ketupat palas biasa.

Mudah sahaja sebenarnya nak buat, tapi cara balut ketupat tu yang rumit. hehehehehehe.. jom tengok resepinya :)

Bahan-bahan yang diperlukan

1/2kg pulut hitam (Pulut hitam ni khas untuk buat ketupat je tau. Bukan untuk buat bubur tu. Untuk ketupat Ummi saya kata dia dah bersihkan siap-siap, tak ada kulit dah)
1/2 kg pulut susu (pulut biasa pun boleh)
Santan (RM2-RM3, beli yang dah siap perah)
sedikit garam
Daun palas secukupnya.
air kapur secukupnya.





Cara membuatnya

1. Campurkan 1/2 kg pulut hitam dan 1/2 kg pulut putih. Basuh dan rendam lebih kurang 2 jam. Bila dah siap 2 jam angkat dan toskan.
2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut sehingga masak.
3. Dalam mangkuk, campurkan santan dengan garam secukup rasa. (lemak-lemak gitu) kalau santan pekat boleh tambah sedikit air.
4. Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam besen dan campurkan dengan santan tadi. Tuangkan santan sedikit demi sedikit dan arong (saya tatau istilah apa dalam bahasa baku) pulut tu sehingga menjadi padat seperti dalam gambar.
5. Apabila pulut telah sejuk bolehlah bungkus ketupat tersebut dengan daun palas.

Tips: air kapur digunakan untuk elakkan pulut lekat ditangan semasa membungkus. Oleh sebab itu, Semasa membungkus, celupkan jari dalam air kapur sekali sekala mengikut keselesaan.

6. Bila semua dah siap bungkus, potong lebihan daun palas yang telah disimpul mengikut kesesuaian panjangnya.
7. Kemudian, kukus sekali lagi ketupat tersebut sehingga daun palas menjadi layu (bertukar warna).

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. Cantik balutan kemas dan pulut hitam belum pernah makan lagi tapi pernah nmpak

    ReplyDelete
  2. Boleh tunjuk ke macam mana pulut hitam untuk ketupat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...