Tuesday, 23 July 2013

Sambal sotong

Sambal sotong memang menjadi kegemaran saya. Kalau beli sotong memang inilah lauk yang akan saya masak. Tambah-tambah sotong tu ada telur pulak. uissshh sedapnya. Sebenarnya tak susah pun nak masak sambal sotong ni. jom lihat resepinya. 

Bahan:

3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar *dikisar
3 ulas bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
3 ekor sotong sederhana - dipotong bulat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tomato
Sedikit kicap
Sedikit air
garam
gula



Cara membuatnya:

1.  Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia) sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. 
3. Masukkan sedikit air kacau rata kemudian masukkan 1 sudu besar sos tomato, sos cili dan renjiskan beberapa titik kicap.
4. Masukkan sotong dan biarkan separuh masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sebati dengan sotong.
5. Bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!


Tuesday, 16 July 2013

Ayam percik

Ayam percik oh ayam percik. Menu inilah yang saya idamkan semasa mengandungkan Sofea dahulu.  Taknak ayam percik yang dibeli, tapi nak yang macam kakak saya masak masa kecik-kecik dulu. 



Sayangnya bila saya call kakak, dia pun dah terlupa apa resepinya sebab dah lama tak buat. Sudahnya saya call makcik saya di Terengganu untuk dapatkan resepinya. Jadi inilah resepi ayam percik versi saya. Cepat, mudah, sedap! ( sedap ikut selera sayalah). 

Jom tengok resepinya 


Bahan-bahan

½ ekor ayam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 inci halia
1 biji kelapa diambil santannya
3-4 batang serai diketuk
Garam



Cara membuatnya

1.  Potong ayam ikut kesukaan masing-masing dan bersihkan. Tak nak potong pun tak apa. Lumurkan garam dan kunyit, kemudian bakar sehingga masak. (saya guna pemanggang ajaib)

Untuk kuah percik

1. Blendkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga hancur. Kemudian tumiskan bahan tadi sehingga naik bau. 

2. Selepas itu, masukkan cili boh dan goreng lagi sehingga pecah minyak.

3. Bila semua dah sebati, masukkan santan dan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.

4. Apabila santan sudah hampir masak dan likat, masukkan serai yang telah diketuk. Kacau lagi dan lagi.

5. Selepas itu, masukkan nissan/ gula merah/gula kabung /gula (mana-mana pun boleh) dan juga garam secukup rasa. Apabila telah sebati, kacau lagi dan pastikan kuah percik tadi pecah minyak dan pekat.  Bila dah nampak semuanya ok dan seperti yang dikehendaki, bolehlah tutup api. 

6. Ambil ayam yang telah dipanggang dan gaulkan dalam kuah percik hingga sebati. Siap untuk dihidangkan 




Mudah bukan, selamat mencuba. Bulan puasa ni kena cari resepi yang mudah cepat sedap! bye!

Monday, 15 July 2013

Sambal udang

Hari ini saya ingin berkongsi lauk kegemaran anak bujang saya iaiatu sambal udang. Tapi kalau mengikut sebutan anak bujang saya "udang pedas". Ada dua versi udang ini. Satu yang berkulit dan satu lagi tidak berkulit.
 
Jom lihat resepinya 
 
Bahan:
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar *dikisar
3 ulas bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
12 ekor udang segar berkulit
1 sudu besar sos tomato
Sedikit air
garam
gula







Cara membuatnya:
 
1.  Panaskan minyak masak,tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia) sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit air kacau rata kemudian masukkan 1 sudu besar sos tomato.
4. Masukkan udang dan biarkan masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sebati dengan udang.
5. Bolehlah dihidangkan.


 


Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...