Monday, 15 July 2013

Sambal udang

Hari ini saya ingin berkongsi lauk kegemaran anak bujang saya iaiatu sambal udang. Tapi kalau mengikut sebutan anak bujang saya "udang pedas". Ada dua versi udang ini. Satu yang berkulit dan satu lagi tidak berkulit.
 
Jom lihat resepinya 
 
Bahan:
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar *dikisar
3 ulas bawang putih *dikisar
1 inci halia *dikisar
12 ekor udang segar berkulit
1 sudu besar sos tomato
Sedikit air
garam
gula







Cara membuatnya:
 
1.  Panaskan minyak masak,tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia) sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit air kacau rata kemudian masukkan 1 sudu besar sos tomato.
4. Masukkan udang dan biarkan masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sebati dengan udang.
5. Bolehlah dihidangkan.


 


Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa :)

4 comments:

  1. yumssss sangat!

    wina pun suke udang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kalau dapat udang fresh kan

      Delete
  2. Sedapnya la sambal udang ni.. Saya kalo bt sambal udang tak nampak merah mengaum macam ni. Slalu saya tengok kat kedai makan je sebab saya pernah buat sambal udang, warna merah tu macam2 versi, hehe, versi warna merah mcm ni belum keluar lagi, nanti mesti nak refer resepi ni pulak bila saya nak buat sambal udang.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenari putih, sambal udang ni depends pada cili juga.. ada Chili yang jadi merah, ada Chili jadi pudar

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...