Wednesday 29 May 2013

Karipap sardin

Assalamualaikum, dari dapur kecah kembali bersiaran. Ada yang rindu saya tak? hihihihihihihi..

Sejujurnya bila dah lama sangat tak pegang senduk, kuali, terasa sedikit janggal dan terkial-kial. Insyaallah, akan membiasakan diri dengan rutin memasak seperti dahulu sedikit demi sedikit.

So saya mulakan entri selepas bersalin dengan karipap sardine.  

Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air

Cara-cara

1. campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit demi sedikit
2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim

  
Inti Sambal Sardin

1 tin sardin (size sederhana) 
*3 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*½ inci halia
1/2 labu bawang besar
1/2 biji cili merah
2 sudu besar cili kisar
Garam
Sedikit Air asam jawa
Bahan yang bertanda * ditumbuk hingga lumat
cara membuatnya
1. Tumis bahan yang bertanda * sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga pecah minyak. 
2. Asingkan ikan sardin dan sos nya. Masukkan ikan sardin supaya ikan boleh tergoreng terlebih dahulu. Selepas ikan agak garing, masukkan sos sardin dan sedikit air asam jawa. 
3.Akhir sekali masukkan garam, bawang besar yang telah dihiris. Masak sehingga bawang layu.
4. Lenyekkan ikan sardin sehingga hancur dan sedia untuk dibuat inti.
5. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Setelah doh siap dicanai, masukkan inti sardin dan kelim sehingga kemas.
6.  Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

7 comments:

  1. Salam Ida,

    Tahniah atas kelahiran cahayamata kedua, orang depan ke orang dapur ni? Nak tanya, tin sardin yang kecik ke besar??

    ReplyDelete
  2. adda pun suka karipap sardin...

    ReplyDelete
  3. zila dtg ni nak sarapan karipap akak tu..ada lg tak

    ReplyDelete
  4. Wadduh!! mabelesnyaaaa.....

    ReplyDelete
  5. reti buat inti sardine je, kulit karipap tak reti eheheehee

    ReplyDelete
  6. t.kasih kerana kembali bersiaran..hik3..ok noted!
    nak cr karipap kulit rangup tu yang susah tu...okey, dh jumpa skang....dan boleh buat! tq!(bila nk buat tak tau..;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...