Tuesday 23 October 2012

Pulut Lepa Terengganu

Setiap kali balik ke Terengganu memang kuih inilah yang dicari. Kalau di sini susah nak jumpa pulut lepa inti ikan ni. yang ada cuma pulut panggang, pulut udang yang intinya kelapa dan rasa kunyit. Oh saya sungguh tidak menggemarinya. 

Sudahnya, bila teringin sangat nak makan mulalah telefon chef-chef di Terengganu bertanyakan resepi. Sebenarnya tak susah manapun nak buat pulut lepa ni. Perkara utama kena sediakan inti terlebih dahulu.

UNTUK INTI

5 ekor ikan selayang (direbus dan diambil isinya)*
5 ulas bawang merah* 
1 inci halia * 
1 sudu kecil lada hitam*
1 kotak santan Sedikit air 1 keping asam keping 1 sudu kecil gula garam secukupnya


inti/sambal ikan

CARA MEMBUATNYA 

1. Tumbuk semua bahan yang bertanda * 
2. Di dalam kuali, masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama santan, air dan asam keping. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan garam dan juga gula secukup rasa 
3.Masak dan kacau bahan-bahan tersebut hingga menjadi kering dan berderai. 
4. Angkat dan ketepikan sedia untuk digunakan.


lidi yang telah siap dipotong tajam

UNTUK PULUT BAHAN-BAHANNYA 

2 cawan pulut direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam. 
1 bungkus santan (kalau rasa kering sangat boleh tambahkan santan)
 garam secukup rasa 
Daun pisang untuk membungkus (potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya hingga bersih)
Lidi sate yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang)

letakkan pulut dan inti 
gulung sehingga mampat/padat

bungkus hingga jadi macam ni

CARA MEMBUATNYA

1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus kukus selama 30 - 40 minit atau hampir masak. 
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yang dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi hingga pulut masak. 
3. Sediakan daun pisang, letakkan 2-3 sudu pulut dan ratakan.
4. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan kejap/kemas/mampat. 
5. Potong lebihan daun pisang kiri dan kanan balutan pulut tadi. 
6. Cucuk dengan lidi untuk mengemaskan balutan. 
 7.. Siap dan bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang. Saya menggunakan pemanggang ajaib. 


Nyum-nyum

 Tadaaa, siap untuk dinikmati. Sedap dimakan ketika panas-panas.

Friday 19 October 2012

Masak lemak siput sedut

Dahulu saya memang tidak reti makan siput sedut ni. Apabila mengandungkan Zarin, kalau boleh setiap hari nak makan siput sedut. Tempat yang saya biala kunjungi ialah restoren ayam kampung velodrom. Kalau dulu suami yang tolong sedutkan, saya yang tukang makan. Namun sekarang telah berubah.

Tak sangka pula kegemaran saya dulu terbawa-bawa kepada Zarin hari ini. Dia memang sukakn siput. Bukan sahaja siput, malah yang jenis-jenis bercengkerang seperti ketam, kupang, mentarang, kerang semua dia suka. Dan sekarang pula saya yang tukang sedut, zarin pula yang tukang makan. Hihihi...
 
Jom lihat cara memasak siput sedut.


 


BAHAN-BAHANNYA
500g siput sedut (belitong)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugor
sedikit air
1 kotak santan
Garam dan gula secukup rasa
 
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Bersihkan sipt sedut, kemudian potong hujungnya. Cuci bersih dan toskan.
2. Masukkan siput sedut ke dalam periuk bersama-sama bahan kisar, serai yang telah dititik dan asam gelugor, masak hingga mendidih. Kemudian masukkan sedikit air, kacau rata dan biar mendidih. Seleaps itu masukkan santan pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih.
3. Masak sekejap, apabila semuanya telah sebati tutp api dan siap untuk dihidangkan.





Kalau masak sendiri bolehlah control cili padi tu, tapi kalau makan kat kedai, tak dapeklah nak nolong. Kalau kena yang jenis pedas berapi tu, sekali sedut, tersedak terus keluar air mata, berdesing telinga! hahahahahahaha

Monday 15 October 2012

Peria katak goreng rangup

Peria oh peria. dulu saya sangat tak suka makan peria sebab pahit. Tapi sejak suka makan di kedai mamak ni, peria goreng ini memang menjadi pilihan saya. kadang-kadang beli dan makan gitu je. Macam makan kerepek. nyum-nyum..

Semasa bulan puasa, saya dan suami pun mencuba pelbagai kaedah untuk membuat perio goreng ini. Cuba punya cuba akhirnya kami mendapat resepi yang best dan sangat kena dengan selera kami. Yeaaaaaaa!!!!!! Sudahnya setiap hari peria ini emnajdi hidangan semasa berbuka puasa. hihihihi

 Jom lihat resepinya

Rangup dan garing

Bahan-bahan

 3-4 biji peria katak
1 cawan tepung goreng serbaguna (saya guna tepung cap tangan)
 2 sudu serbuk kari
Sedikit garam

 Cara membuatnya

1. Peria katak dihiris nipis dan dibuang bijinya. Rendam sekejap dalam air garam kemudian toskan.
2. Dalam mangkuk, campurkan tepung serbaguna, sedikit garam dan juga serbuk kari. Gaul rata.
3. Selepas itu, ambil peria katak yang ditoskan tadi dan golek-golek atau lumurkan (istilah apa yang sesuai ya? Saya tak jumpa perkataan yang sesuai) di peria tersebut sehingga semuanya bersalut tepung.
4. Selepas itu bolehlah digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing/kekuningan.

* kalau suka pedas boleh masukkan sesudu serbuk cili di dalam adunan tepung tadi.

 psstt: Sejujurnya saya tak reti nak goreng peria ni, jadi memang tugas suami saya untuk menggoreng peria ini sebab dia memang pakar. Rangup dan garing!

 Selamat mencuba :)

Friday 12 October 2012

Cekodok jejari ketam

Ada yang panggil cekodok, ada yang panggil cucur, ada yang panggil jemput-jemput dan ada juga yang panggil jeput. Kalau saya sudah tentu sinonim dengan perkataan jeput. Slang Terengganukan? hihihihihihih 

Kalau di rumah, menu jeput ni memang selalu saya buat, baik untuk sarapan pagi, minum petang ataupun makan malam. Kebiasannya saya sukakan cekodok ikan bilis, kadang-kadang udang dan jarang-jarang jejari ketam ni. Pendapat saya ketiga-tiganya sedap! 


Lagi banyak isi ketam, lagi sedap

Jom lihat resepinya :)

Bahan-bahan yang diperlukan 

1 1/4 cawan tepung gandum 
10 btg jejari ketam di ptong kecil 
1/2 biji bawang besar - saiz sederhana dihiris halus 
Garam secukup rasa
 Sedikit baking powder 
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

 Cara Membuatnya

1. Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali minyak dalam sebuah mangkuk dan gaul sebati. 
2. Biarkan seketika (lebih kurang 10 - 15 min). 
3. Panaskan minyak dan gorenglah cucur tadi sehingga masak. Kalau suka garing boleh goreng lama sikit, tapi jangan sampai terhagit pula. hihihihhiih 
4. Kemudian bolehlah diidangkan bersama sos cili kegemaran anda. 

Mudah bukan??? Selamat mencuba 

Pstt, saya tak suka sangat kalau ada sayur. Sebab tu kosong je. Kalau suka sayur boleh tambahkan kucai, taugeh, carrot dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...