Tuesday, 23 October 2012

Pulut Lepa Terengganu

Setiap kali balik ke Terengganu memang kuih inilah yang dicari. Kalau di sini susah nak jumpa pulut lepa inti ikan ni. yang ada cuma pulut panggang, pulut udang yang intinya kelapa dan rasa kunyit. Oh saya sungguh tidak menggemarinya. 

Sudahnya, bila teringin sangat nak makan mulalah telefon chef-chef di Terengganu bertanyakan resepi. Sebenarnya tak susah manapun nak buat pulut lepa ni. Perkara utama kena sediakan inti terlebih dahulu.

UNTUK INTI

5 ekor ikan selayang (direbus dan diambil isinya)*
5 ulas bawang merah* 
1 inci halia * 
1 sudu kecil lada hitam*
1 kotak santan Sedikit air 1 keping asam keping 1 sudu kecil gula garam secukupnya


inti/sambal ikan

CARA MEMBUATNYA 

1. Tumbuk semua bahan yang bertanda * 
2. Di dalam kuali, masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama santan, air dan asam keping. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan garam dan juga gula secukup rasa 
3.Masak dan kacau bahan-bahan tersebut hingga menjadi kering dan berderai. 
4. Angkat dan ketepikan sedia untuk digunakan.


lidi yang telah siap dipotong tajam

UNTUK PULUT BAHAN-BAHANNYA 

2 cawan pulut direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam. 
1 bungkus santan (kalau rasa kering sangat boleh tambahkan santan)
 garam secukup rasa 
Daun pisang untuk membungkus (potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya hingga bersih)
Lidi sate yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang)

letakkan pulut dan inti 
gulung sehingga mampat/padat

bungkus hingga jadi macam ni

CARA MEMBUATNYA

1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus kukus selama 30 - 40 minit atau hampir masak. 
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yang dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi hingga pulut masak. 
3. Sediakan daun pisang, letakkan 2-3 sudu pulut dan ratakan.
4. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan kejap/kemas/mampat. 
5. Potong lebihan daun pisang kiri dan kanan balutan pulut tadi. 
6. Cucuk dengan lidi untuk mengemaskan balutan. 
 7.. Siap dan bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang. Saya menggunakan pemanggang ajaib. 


Nyum-nyum

 Tadaaa, siap untuk dinikmati. Sedap dimakan ketika panas-panas.

9 comments:

  1. Replies
    1. betul tu, saya pun suka sangat!

      Delete
  2. Replies
    1. hihihihi, jom buat. kat pasar malam pun susah dapat

      Delete
  3. rindunya nak mkn pulut lepa................ nak buat malas... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat ketupat palas, baki pulut boleh try wat pulut lepa ni. hihihihihihi..tp tula, kalau mood rajin dtg baru la leh makan. kalau tak tunggu je balik terenggganu baru dapat :)

      Delete
  4. zana x pernah makan pulut lepa.. selalu makan pulut panggang jer...

    salam kenal.. nice blog! tq sudi singgah blog zana..

    ReplyDelete
  5. Dapnyerrrr...saya sukaaaa sangat ni...balik kg ni confirm cri

    ReplyDelete
  6. Salam berkenalan.izinkan saya share resepi idazs yang best2 tu ya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...