Monday 15 October 2012

Peria katak goreng rangup

Peria oh peria. dulu saya sangat tak suka makan peria sebab pahit. Tapi sejak suka makan di kedai mamak ni, peria goreng ini memang menjadi pilihan saya. kadang-kadang beli dan makan gitu je. Macam makan kerepek. nyum-nyum..

Semasa bulan puasa, saya dan suami pun mencuba pelbagai kaedah untuk membuat perio goreng ini. Cuba punya cuba akhirnya kami mendapat resepi yang best dan sangat kena dengan selera kami. Yeaaaaaaa!!!!!! Sudahnya setiap hari peria ini emnajdi hidangan semasa berbuka puasa. hihihihi

 Jom lihat resepinya

Rangup dan garing

Bahan-bahan

 3-4 biji peria katak
1 cawan tepung goreng serbaguna (saya guna tepung cap tangan)
 2 sudu serbuk kari
Sedikit garam

 Cara membuatnya

1. Peria katak dihiris nipis dan dibuang bijinya. Rendam sekejap dalam air garam kemudian toskan.
2. Dalam mangkuk, campurkan tepung serbaguna, sedikit garam dan juga serbuk kari. Gaul rata.
3. Selepas itu, ambil peria katak yang ditoskan tadi dan golek-golek atau lumurkan (istilah apa yang sesuai ya? Saya tak jumpa perkataan yang sesuai) di peria tersebut sehingga semuanya bersalut tepung.
4. Selepas itu bolehlah digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing/kekuningan.

* kalau suka pedas boleh masukkan sesudu serbuk cili di dalam adunan tepung tadi.

 psstt: Sejujurnya saya tak reti nak goreng peria ni, jadi memang tugas suami saya untuk menggoreng peria ini sebab dia memang pakar. Rangup dan garing!

 Selamat mencuba :)

8 comments:

  1. Replies
    1. eh, sama lah... banyak khasiat awet muda :)

      Delete
  2. Replies
    1. wina, tryla sedap. dulu saya pun x suka. tp bila goreng gini sedap pulak. pahit2 rangup pedas..secukup rasa. hehehehe

      Delete
  3. tak pyah gaul ngan telur putih dulu ker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikja, saya tak gaul pun dgn putih telur, terus dalam tepung dan goreng

      Delete
  4. semalam sya try kambas goreng...sedap gak..celup putih telur n garam sikit..gaul dgn tepung gandum...macam udang goreng tepung lak rasanya,,huhu;0

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf fh bertanya, kambas tu apa ya? ehehehehehehe... udang goreng tepung???? nyummmyyyy!!!! my fevret tu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...