Tuesday 31 July 2012

Pau kacang merah

Sebenanrnya dah agak lama saya buat kuih pau ini, tapi terlupa nak entrikan. Ingatkan hari ni nak updatekan resepi lauk-pauk, tapi lupa pula letak kat mana memori kad, dah tak boleh nak transfer gambar. :(

Sebenarnya tak susah sangat pun nak buat kuih pau ni. Saya ambil resepi dari blog Che Mat Gebu. Rasa paunya sangat sedap dan gebu gebas gitu :)

Jom lihat resepinya :)


BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

INTI:
Saya gunakan Kacang merah segera

UNTUK DOH :-
Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.

UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :-

Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

Untuk kuih pau yang saya buat ini, saya hanya uli menggunakan tangan. Memang lenguh juga dan boleh naik muscle gitu. nampaknya selepas ini kena cari BM lah satu!

Memang berbaloi-baloi sangat buat pau ni. Memamg lembut dan gebu you!

Resepi asal boleh lihat DI SINI

7 comments:

  1. Replies
    1. rajin sokmo aku kalu bab makan ni babe :p

      Delete
  2. sedapnya......sy penah buat...tp ada kecik ada besor...huhuhu...
    x timbang..main kaut je dgn jari....:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo, saya rimbang. tu yang jadi besar2 tu. sebiji mkan dah kenyang. hikhik

      Delete
  3. Sedapnya pau. Akak sukaaaa sangat2. Tengok je teus teringin nak buat. hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak aida. suka yang akcang merah je. yang lain kurang. apalagi kak, selamat mencuba :) mudah je tu

      Delete
  4. I've learn a few excellent stuff here. Definitely price bookmarking for revisiting. I wonder how so much effort you set to create one of these great informative site.

    my blog post :: cash advance bad credit

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...