Wednesday, 28 December 2011

Fillet Ikan Masam Manis

Hari ini saya ingin berkongsi lauk kegemaran anak saya, Zarin Shah iaitu Fillet ikan masam manis. Cara penyediaan yang cepat dan sangat mudah yang penting sedap :)


Bahan-bahan

untuk ikan
1-2 keping isi ikan dowry sederhana besar (di potong kecil)
1 biji putih telur
sedikit lada sulah
tepung jagung secukupnya
garam

cara membuatnya
1. pukul putih telur bersama garam dan lada sulah dan gaulkan bersama isi ikan yang telah dipotong kecil.
2. Kemudian lumurkan isi ikan tadi dengan tepung jagung.
3. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan serta ketepikan seketika.

Untuk Kuah
1 biji bawang bombay/ bawang besar
2 inci halia dipotong memanjang
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap manis/pekat
1 sudu makan cuka
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
garam dan gula

cara membuatnya
1. Panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang bombay/bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan cuka, sos tiram, sos tomato, kicap cair, kicap manis/pekat, garam dan gula secukupnya.
3. kacau sebati dan masukkan sedikit air dan biarkan kuah menjadi pekat.
4. Selepas itu,tutup api dan masukkan fillet ikan yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan ke dalam pinggan dan hiaskan dengan daun bawang dan daun sup, siap!


Sangat sedap dimakan semasa panas-panas. Selamat mencuba :)

Tuesday, 27 December 2011

ALMOND DONUT STICK

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi mudah iaitu, almond donut stick. Ambil resepi ni kat FB, tapi dah tak ingat siapa pemiliknya.


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
• 1 biji telur
• 40g gula perang
• 60ml susu segar
• 25g mentega dicairkan
• 220g tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 30g almond dice. (dibakar sekejap agak2)
• coklat masakan secukupnya
• cinnamon powder + sugar secukupnya (optional)


Cara-cara
1. pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. masukkan susu segar dan mentega...kacau.
3. masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak dan juga almond dice. uli sehingga jadi doh.
4. letakkan doh ke atas plastic wrap. wrapping dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5 canai doh yg masih dalam plastic tu lebih kurang 1 cm. dan potong memanjang.
6 ambik satu sticks dan putar sikit. cam pusing2kan dia.
7. goreng dengan minyak panas sehingga perang.
8. bila dah siap boleh gaul donut dengan cinnamon sugar ataupun cicah coklat panas. coklat masakan boleh dicairkan sama ada dengan kaedah double boiler atau microwave.


Sangat sedap dihidangkan sebagai sarapan pagi dan minum petang. selamat mencuba :)

Monday, 12 December 2011

Penang Char Kuew Teow

Char kuew Teow, oh Char kuew teow!
Ada cerita mengapa tiba-tiba saya buat kuew teow. Ceritanya begini, ketika pulang dari mid valley (ceritanya di sini), saya pun ke det station cheras untuk menikmati Char kuew Teow. Malangnya ketika sampai kedai tersebut tutup! Sob-sob..

Sebelum ini, saya ada membeli sebungkus Kuey Teow yang halus sebab jarang jumpa. Beli suka-suka, dan tatau nak masak apa sebenarnya. Malam sabtu, suami mencadangkan agar saya membuat char kuew teow. Akhirnya saya terus menggoogle resepi. Dan hasilnya jumpalah resepi yang mudah daridapurmaisya.

Maisya, saya copy dan pastekan resepinya di sini ya. Resepi asal boleh lihat di sini.

Resepi ini, sudah saya olah sedikit.


Bahan-bahan
* UTK PASTE *
200 gm udang (saya guna 12 ekor udang size L, jadi x sure berapa gram)
250ml air (saya masukkan ½ cawan sahaja, sebab air rebusan dah banyak)
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
*2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
*1 sk gula
*** garam dan gula secukup rasa, saya tak ikut sukatan di atas

* UTK MEE *
300gm kuey teow ( tak pasti brapa gram, tp utk 3 pinggan, guna yang halus tu)
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
1 biji telur

UTK PASTE-
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.
Campurkan semua bahan utk paste dgn air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-
Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td (saya guna 2 senduk kecil). Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

** Lagi satu, kena goreng char kuew teow ni sepinggan-sepinggan. Contohnya kalau nak goreng tiga pinggan, maka kena guna tiga biji telurlah ya, begitu juga dengan cabai tu :)


Walllahhhhh!!! Sungguh sedap! Sejujurnya inilah kali pertama saya memasak Char Kuew Teow! Tapi rasanya memang lagi sedap dari yang pernah saya makan di kedai.

Untuk dapatkan feel menggoreng char kuew teow seperti di kedai, ketuk-ketukkan sedikit senduk di kuali, jadi masa masaknya memang dapur akan bunyi kung kang kung kang jelah!. Hahahahahah..

Mr. Papa pun puji sedap char kuew teow ni, katanya

“lepas ni tak payah makan kat kedai lagilah. Mama buat lagi sedap!”

Dan zarin pula

“papa beli kat mana ni?”

Bila jawab mama yang masak terus cakap

“Wow, hibatnya mama, mama bagus!”

Selamat mencuba :)

Wednesday, 7 December 2011

hotpot potatoes

Kentang merupakan makanan kegemaran zarin. kalau ke Wendy's pasti nak baked potato. Bila anak dah suka kentang, mama pun rajinlah menggali resepi yang berasakan kentang ni.

Gali punya gali terjumpalah resepi hotpot potatoes kat rumah Irma. Irma, saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :)

Bahan-bahan :
500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )
1 tin tomato yang dicincang.
1 sudu teh mixed herb
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis
1 kiub ayam
2 biji cili dipotong nipis.
Garam

Topping :
5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa.

Cara-Cara :

Bismillahirrahmanirrahim..
1- Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
3- Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
4- Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
5- Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.


Tuangkan inti dalam bekas kaca dan ratakan. Nak gunakan loyang pun boleh, tapi lanserkan dengan minyak.

Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Kentang saya ni tak tersusun sangat sebab, bila dah siap susun, selit-selit pulak kat celah-celah sebab banyak kentang yang terlebih potong.

Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh.


Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam.

Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau takda pun tak apa.


siapppp!!!! nak makan saja pun boleh nak kepit dengan roti pun boleh. saya suka kepit ngan roti. selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...