Oh kome doyan dah berbunge
moh kita minang anok dare
Anok dare,anok dare bote
Teman jumpe di Padang Tenggale
....
Oh kome,doyan udoh luroh
Lebih baik abang pegi suloh
Lambat sikit kome dapat habuk
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
Itulah lirik lagu yang saya paling ingat setiap kali terpandang durian atau makan durian. Sebut saja pasal durian pasti teringat lagu nie.
Baru-baru ini, semasa mengambil Zarin di neseri, terjumpa pula orang sedang menjual durian di tepi jalan. Durian kampung you! Apalagi kami sekeluarga memang hantu durian, cepat-cepatlah singgah membelinya.
Tapi harga yang ditawarkan masih mahal pada saya iaitu RM12 sekilo. Durian dari Perak menurut penjualnya. Tapi sebab dah nak makan, angkut jugaklah dua bijik (RM39).
Sampai di rumah, belum sempat nak buka tudung Zarin dah mengadap suruh belah durian. Siap ambil tupperware lagi
(kebiasaan simpan durian dalam peti).
"Mama, cepatlah, Alen nak uyan (durian).
Bukak, bukak! buh sini."
"Kejap tunggu papa. Mama tak reti bukak durian nie. Kejap yea sayang." Sambil alihkan durian yang begitu hampir dengan kakinya.
Bila dah bukak! wallah! Cantik dan sedap sangat isinya. Siap dapat durian kucing tidur lagi (
eh betul ke kucing tidur? dah lupa istilah dia)
Selepas siap mengopek satu durian, papa kopek pula yang lain. Yang ini isinya tak kuning sangat. Tapi sedap juga. Zarin pun dah bersila mengadap, habis 2 ulas dimakannya.
Bila dah beli durian, tak sah kalau tak buat pulut durian. Lantas saya cepat-cepat kukuskan pulut. Terus mewangi satu rumah bau pulut kukus. Pulut siam pulak tu.
Dan hasilnya, jadilah pulut durian. Sungguh enak dan menyelerakan
Saya sangat suka pulut durian, cuma tak suka makan pulut durian guna tangan. Rasa cam geli sikit. Lebih selesa pakai sudu dan letak santan banyak-banyak. Bila dah makan durian, walaupun dah gosok gigi tetap mulut bau durian. Timun pula tidak ada untuk elakkan mulut berbau durian. Sudahnya sendawa pun bau durian. Nasib baik kentut tak bau durian, kehkehkeh!
lepas ni bila dah betul-betul musim durian,hari-hari pulut durian :)