Friday, 18 February 2011

Fettucinne alfredo portobello with sausage and seafood

Spagethi dan segala jenis pasta merupakan kegemaran saya sekeluarga. Baru-baru ini saya teringin memasak fettucinne. Lantas saya terus ke cold storage mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak fettucine alfredo portobello with sausage and seafood. saya sertakan resepi untuk membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan

½ bungkus Fettucine yang direbus kemudian ditoskan.
Untuk sosnya pula
1 ulas bawang besar kuning di potong dadu
1 tin sos alfredo Portobello campbells
90 ml susu segar
2 ekor sotong yang dibuang kulitnya
15 ekor udang di buang kulitnya
2 batang sausage dihiris nipis
2 biji cendawan butang dihiris nipis
1 sudu minyak masak
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Secubit garam
Caranya membuatnya.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan sotong dan juga udang. Apabila telah masak, masukkan sos alfredo portobello cambells dan susu segar. Kacau dan apabila mendidih, masukkan sausage, cendawan butang, pati ayam dan juga garam. Apabila sudah sebati, masukkan fettucinne dan kacau sebati. Selepas itu, tutup api dan sedia untuk dinikmati.



* Untuk lebih sedap, taburkan cheese, Italian herbs dan juga serbuk chilli.

Selamat mencuba!

**** note: Maaf, laras bahasa masakan masih lagi dalam proses pembelajaran. (aduss, susah juga nak tulis resepi ni kan?)

9 comments:

  1. shedappppp...mudah.....lazatt...will try la..

    ReplyDelete
  2. huwaa...sedap nyer..:0

    psst...nk salin resepi bleh?

    ReplyDelete
  3. sedapnya ida.. nyummmy...bila nak bagi rasa nie...heheheh

    ReplyDelete
  4. ejan: try jgn tak try. cepat dan lazat. nyum-nyum

    ReplyDelete
  5. suraya: kak fatin, yang ni sedap makan panas-panas. kalau dah sejuk dia jadi beku sikit.

    ReplyDelete
  6. Mrs. eady: boleh saja, silakan. tambah resepi untuk dinner

    ReplyDelete
  7. kak ida... nti nk try lah.. copy yerrr resepi... :) tq.. .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...