Tuesday 9 November 2010

cubaan pertama membuat waffle!

Soalan cepumas yang wajib ditanya kepada suami setiap hari apabila pulang dari kerja ialah

"Nak makan apa malam ni?"

Dan tadi kami bercadang untuk ke pasar malam Taman Melawati, namun memandangkan cuaca mendung dan bimbang kalau-kalau hujan turun, hajat untuk ke pasar malam dilupakan. Suami saya mengajak untuk menikmati char ko teow selepas solat Isyak nanti. Oklah tu, char ko teow memang kegemaran saya.

Namun apabila sampai di rumah lain pula jadinya apabila zarin berkata

"mama nak kek" sambil membawa acuan muffin kepada saya.
"Jom mama, nak kek." kali ini datang membawa papercup pula.

Lantas saya terfikir untuk membuat pancake. Namun apabila suami saya menyimpan acuan muffin tadi, tiba-tiba beliau menunjukkan acuan waffle yang diberikan oleh kakak saya masih lagi belum dirasmikan. Lantas saya terus meneliti acuan tersebut dan sungguh tak disangka kerana turut disertakan dengan resepi waffle sekali...

Jom kita lihat resepinya

Bahan-bahan
2 biji telur
3/4 cawan susu segar
2 sudu makan minyak mazola
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam

cara membuatnya
1. Pukul telur sehingga kembang. Kemudian campurkan susu dan semua bahan-bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
2. Panaskan waffle maker. 3 minit untuk setiap sisi. Saya menggunakan waffle maker yang dibakar di atas api dapur gas jenama nordic ware. (cara masak bergantung kepada jenis waffle maker anda)
3. Apabila waffle maker telah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya dan kemudian tutup. Apabila telah kekuningan, angkat waffle tadi dengan menggunakan garfu.
4. Siap untuk dihidang! Waffle ini boleh dihidang dengan menambahkan topping kegemaran anda seperti madu, coklat, peanut butter, jem, ice cream dan sebagainya. Ikut kreativiti dan kegemaran masing-masing


Inilah rupa waffle cubaan pertama saya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V




waffle with ice cream----> yummy!

Rupa-rupanya sangat mudah untuk membuat waffle. Paling menggembirakan apabila orang-orang tersayang memujinya SEDAP!

Dan ini pula waffle with peanut butter + chocolate syrup



Nampaknya malam ini tak jadilah nak makan char ko teow. Perut dah penuh nie :)

Selamat mencuba!

17 comments:

  1. wah...bestnya...siap ada resepi lagi...boleh cuba nanti..tapi saya tak ada acuan nak buat waffle macam mana

    ReplyDelete
  2. kat mn nk dptkn acuan ni??
    nk kena try ni, coz zfrn suka mkn waffle..

    ReplyDelete
  3. rizziela: try la. sedap. lembut je...dan tak muak. kalau tak ada acuan tu boleh juga buat sebagai pancake :)

    ReplyDelete
  4. gugu gaga zafran : kat kedai bakery ada kot. nie kakak saya yang berikan... try la..sedap tau!

    ReplyDelete
  5. Bestnyeee waffle.. menitik air liur tengok wafer ngan eskrim =D

    ReplyDelete
  6. dear.. tengok pun dah sedap .. kite selalu beli ajer sebab xde waffle maker tu .. paling suke peanut + coklat .. nyam2..

    ReplyDelete
  7. yananuar: try la buat. mmg sedap. lagi sedap dari yg beli kat kedai :P

    ReplyDelete
  8. yananuar: try la buat. mmg sedap. lagi sedap dari yg beli kat kedai :P

    ReplyDelete
  9. lana: beli la waffle maker satu. mmg tak rugi. dah la buatnya senang, cepat pulak tu. dan paling best sedap! owwhhh, saya pun suka peanut butter. kalau mkn mesti letak banyak2...hehehehe

    psttt: alangkah bestnya kalau suami nak mkn waffle tiap2 hari...rileks sikit...muahahahaha

    ReplyDelete
  10. Wah wafle.. my fav. tu. saya nak ambil resepi tu yer.. nak cuba buat untuk breakfast weekend nnt.. Thanks yer.

    ReplyDelete
  11. Tunjukkan gambar acuan waffle tu bleh tak. Agak2 berapa harga ye. tlg tanya akak yang hadiahkan tu...

    ReplyDelete
  12. Sue: sy dah entrikan pasal acuan tu ya, hrp dapat membantu :)

    ReplyDelete
  13. kak ida ade ke acuan waffle atas api tu...nak tgok gambar dia..
    erm..klu yang guna elektrik mcm roti bakar tu bleh gakkan..

    ReplyDelete
  14. SESAPE YANG BERMINAT ACUAN WAFFLE ATAU WAFFLE MAKER PAN.
    BERHAJAT NAK BELI SILA CLICK LINK INI

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=391301200933102&set=a.391295577600331.88084.371099876286568&type=1&theater

    HARAP DAPAT MEMBANTU YER.

    ReplyDelete
  15. akak, semua yang kat sini nampak sedap..nyam2

    ReplyDelete
  16. My relatives always say that I am wasting my time here at
    net, however I know I am getting knowledge every day by reading thes good
    articles.
    my webpage :: visit the official web site

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...