Tuesday 26 October 2010

puding marble -----> resepi dari lady

Puding marble ini sebenarnya dah lama saya buat, iaitu semasa bahagian saya membuat jamuan hari raya. kalau tak silap 9 Oktober 2010. Sebenarnya resepi ini diambil dari blog Lady. Kalau nak lihat resepi asal dan petua-petua yang berguna bolehlah berkunjung ke blog beliau. Di sini saya hanya pastekan bahan-bahan yang saya guna.

Untuk membuat puding ini, bahan-bahan yang diperlukan adalah

1 bungkus agar-agar
1400ml air
1 tin susu cair
2 cawan gula
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
2 sudu chocolate emulco
2 sudu besar planta
sedikit esen vanila
2 biji telur ayam
sedikit garam

Cara membuatnya

Basuh agar-agar dan masaknya bersama-sama 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut. di dalam satu bekas, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard dan masukkan garam. Kacau sehingga sebati, masukkan/tuangkan ke dalam agar-agar yang dimasak di atas api tadi dan kacau di atas api sederhana sehingga likat. Bila adunan sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu plantan dan esen vanila. Kemudian bahgai adunan kepada dua bahagian, satu adukan diletakkan chocolate emulco dan satu adunan lagi dibiarkan warna asli (kuning). kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning berselang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati.

Dan inilah hasil puding marble yang saya buat. Tidaklah secantik yang lady buat :)




Mula-mula nak buat puding marble ni saya agak bingung memikirkan macam mana nak buat corak-corak belang tu. Nanti tak ke setompok-setompok pudingnya. adessss...Tetapi apabila saya membuatnya, rupa-rupanya apabila saya masukkan adunan berselang seli, adunan akan menolak ketepi dan bergerak memenuhi ruang loyang. Maka jadilah bentuk belang-belang tu :P Budak baru belajar katakan.


Dan ini pula 3 biji puding marble untuk mama, papa dan zarin :)



Puding ini sangat sedap. Rugi kalau tak cuba. Sebenarnya ramai yang minta resepi puding marble ini daripada saya. Apepun saya ingin ucapkan terima kasih kepada empunya resepi Lady of Leisure kerana berkongsi resepi yang maveles ini. Insyaallah lain kali akan saya cuba resepi yang lain pula ye lady. ehehehehehe

10 comments:

  1. wah2 sekarang nie ida dah pandai masak....bestkan dapat masak sendiri...bagus2....peningkatan yang memberangsangkan....tahniah mama zarin....akak copy resepi nie yer....hehehehe

    ReplyDelete
  2. wah2 sekarang nie ida dah pandai masak....bestkan dapat masak sendiri...bagus2....peningkatan yang memberangsangkan....tahniah mama zarin....akak copy resepi nie yer....hehehehe

    ReplyDelete
  3. hi ida,
    puding yang ida buat tu pun cantik, kalau potong mesti nampak corak belang2 dia kan hehe.. lady kalau buat memang tak sabar2 nak potong sebab nak tengok corak dia tu... :D
    anyway tq yer sbb cuba, resepi ni sbnrnya lady ambik dari majalah masakkan mak lady yang lama2 dulu, kertas dia pun dah kuning yang amat hehe..
    glad u like it. :)

    ReplyDelete
  4. hehehe, k.diana pun nk amik resepi ni, ntah bila buat tak tau le, yg penting, ambik dulu. hikhihkik.

    da, kalu wat kek itam putih selang seli gitu, mcm tu jugk kaedahnya, itam dan putih diselangseli...;-)

    ReplyDelete
  5. kak fatin: mmg rajin skang, rajin mencuba...hahahahaha..ok2, sila copy n buat yea, nanti hantar tingkat 21 sama..hahahah

    ReplyDelete
  6. lady: potong kat ofis x sempat ambil gambar. Tapi cantikla belang2. ramai yang tanya camne saya ukir bentuk tu...hahahahahaha...

    ooo, resepi tradisional la nie. tp kan, resepi yg lama2 tu mmg sedap la. next time nak cuba lagi resepi lain dr blog lady.

    tanx sebab kongsi resepi, kalu nak msk sure godek2 blog lady ;)

    ReplyDelete
  7. kak diey: ambil resepi dan simpan. bila rajin baru buat :)

    kek itam putih?kek marble ke kak???

    ReplyDelete
  8. ya allah ida!! puding marble ni la peberet saye sangat2, kalau tiap kali bulan puase memang 30 hari menu wajib puding nih tau hahahaha

    thanks ida...banyak tau bantu saye dari segi mencari resepi ai likeee :))

    ReplyDelete
  9. a'kum..kak, nak tya agar2 tu pekat besar ke kecil? berapa gm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. akak tak sure pula brapa gram. tapi harga dalam rm2.50 sepeket

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...