Jumaat yang lepas, sebaik sahaja aku membuka pintu kereta, tiba-tiba .....
"ummmmmphhhhhh" aroma buah durian terus menusuk lubang hidungku.
Mama : yang, beli durian ke? bau durian nie.
Papa : Takla, tadi makan aiskrim durian.
Mama : Tipu, kuat je bau nie...(kataku sampil menghidu-hidu bau durian yang menyelerakan itu)
Papa : hehehehe...ye lah. Dah mama teringin nak makan pulut duriankan? dah berapa minggu duk sebut-sebut. Tadi jumpa terus belilah.
Mama : Sedapnya pulut durian. Tak sabar nak makan. (kataku sambil menelan liur dan mengecap bibir. )
Inilah hasilnya
Selepas suamiku selesai menunaikan solat asar, buah durian terus dikopek. Zarin dengan gembiranya duduk didepan papa untuk melihat apekah buah yang berduri-duri itu.
Aku pula terus menanak pulut di dalam rice cooker. Sejujurnya aku agak fail apabila menanak pulut. Kalau tak lembik, mentah! Cara yang diajar oleh ibu mertuaku masih lagi tidak berani kucuba.
Caranya :
1. Basuh pulut, kemudian toskan.
2. Panaskan air di dalam rice cooker. apabila mendidih masukkan pulut dan kemudian buang air tadi dan tunggu sehingga masak.
Caranya memang senang, tetapi aku masih tidak konfiden untuk melakukannya. Jadi terpaksa menanak pulut seperti memasak nasi...ehehehehe....
pulut durian yang sedia untuk dimakan
Selepas solat maghrib, pulut pun dah masak dan santan telah diperah, kami menikmati hidangan pulut durian dengan berseleranya.
Akibatnya, sepanjang malam Zarin nenen tak lepas-lepas. Memang itulah yang aku sedari. Apabila makan durian Zarin kuat menyusu. Mungkin susu perisa durian+sedap, ataupun Zarin kepanasan +dahaga!
alamak aii..ni my fav dear..dapat hadap 10 biji sesorang pun i on :-p
ReplyDeletetp my daughter mmg tak suka langsung durian ni..bubur pun tak suka tau..
10 biji sorang? bia betul sha...fuh...maunya duk dalam peti, kepanasan...ekekekeke... :P
ReplyDeletesaya pun suka durian sejak mengandungkan zarin la...sebelum nie tak suka sangat..
alya x suka pulak...zarin stakat ni ok je, semua dia makan.
alamak sedap nya... fav lady gak ni...skrg musim durian ke ek... rasa mcm nak cari gak la durian... tgk zarin makan nampak sedap menjilat jari hehe..
ReplyDeletetak sure lak lady...musim kot...mmm..ape kata kita tanya wina..rasanya hubby dia jual durian kan? leh dapat durian free nanti... :P
ReplyDeletetapi kalu dpat makan dengan pulut susu lagi sedap. tapi pulut susu tatau nak beli kat mana. kat kedah banyak
cm ngidam jek mama zarin nih..hehee..meh a peknen jemaah lagik..
ReplyDeletehehehe...xde rezeki lagila ayu...ni bendera jepun tengah naik nie...huhuhuhu
ReplyDeletesgt suke durian tp x suke kalo campur makan dgn yg lain.. xtau nape.. makan camtuh ajer lg nikmat kot.. ohoho pulut mmg pantangku.. angin tahap gaban..
ReplyDeleteuihh...meleleh air liur aku menengok durian ituz..nyumnyum...bestnye!!
ReplyDeletekalo camtu kanku paksa somiku mencari durian nanti hehehe...
a'ah. Ada juga kawan yang macam Lana. suka hanya durian asli tak saya ok je. Aiskrim potong durian Nelson pun sedap. dah lama tak makan.
ReplyDeleteangin???saya cuma sakit badan je...huhuhu..macam-macam
yana, cari jangan tak cari...memang sedap.
ReplyDeleteEh, aku teringin nak makan nasik air kat stesen bus la...ahahahaha...
lagi satu tepur kapur +apam kuah...nyummmy!
mse ni zarin mcm kecik lg kan hehe
ReplyDelete