Jumaat yang lepas, sebaik sahaja aku membuka pintu kereta, tiba-tiba .....
"ummmmmphhhhhh" aroma buah durian terus menusuk lubang hidungku.
Mama : yang, beli durian ke? bau durian nie.
Papa : Takla, tadi makan aiskrim durian.
Mama : Tipu, kuat je bau nie...(kataku sampil menghidu-hidu bau durian yang menyelerakan itu)
Papa : hehehehe...ye lah. Dah mama teringin nak makan pulut duriankan? dah berapa minggu duk sebut-sebut. Tadi jumpa terus belilah.
Mama : Sedapnya pulut durian. Tak sabar nak makan. (kataku sambil menelan liur dan mengecap bibir. )
Inilah hasilnya
Selepas suamiku selesai menunaikan solat asar, buah durian terus dikopek. Zarin dengan gembiranya duduk didepan papa untuk melihat apekah buah yang berduri-duri itu.
Aku pula terus menanak pulut di dalam rice cooker. Sejujurnya aku agak fail apabila menanak pulut. Kalau tak lembik, mentah! Cara yang diajar oleh ibu mertuaku masih lagi tidak berani kucuba.
Caranya :
1. Basuh pulut, kemudian toskan.
2. Panaskan air di dalam rice cooker. apabila mendidih masukkan pulut dan kemudian buang air tadi dan tunggu sehingga masak.
Caranya memang senang, tetapi aku masih tidak konfiden untuk melakukannya. Jadi terpaksa menanak pulut seperti memasak nasi...ehehehehe....
pulut durian yang sedia untuk dimakan
Selepas solat maghrib, pulut pun dah masak dan santan telah diperah, kami menikmati hidangan pulut durian dengan berseleranya.
Akibatnya, sepanjang malam Zarin nenen tak lepas-lepas. Memang itulah yang aku sedari. Apabila makan durian Zarin kuat menyusu. Mungkin susu perisa durian+sedap, ataupun Zarin kepanasan +dahaga!