Tuesday 3 November 2009

Yee Mee Kungfu

Salam

Entri kali ini aku ingin berkongsi resepi kegemaran kami iaitu yee mee kungfu...

BAHAN A
yee mee

BAHAN B (hiasan)
udang (dibuang kulit dan digoreng)
isi ketam (direbus)
sawi/kailan/brokoli (dicelur)

BAHAN C (KUAH)
1 senduk sos tiram
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji telur
2 sudu tepung jagung (dilarutkan di dalam air)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air

Cara membuatnya:

Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air (mengikut sukatan kuah yang diperlukan. biasanya 3-4 gelas). Apabila sudah mendidih, masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan garam dan tepung jagung. Apabila telah pekat, pecahkan telur dan kacau sehingga masak.

Untuk menghidangkannya, masukkan yee mee ke dalam mangkuk, dan tuangkan kuah yang mendidih tadi diatasnya. Kemudian, susun sawi, udang dan isi ketam di atas hidangan dan tuangkan sedikit kuah di atasnya....SIAAAAAPPPPPP!!!!!!!!!


inilah rupa yee mee kungfu yang telah siap dihidang

* Yee mee kungfu sedap dimakan ketika panas-panas. Kalau anda sukakan pedas, potong cili padi dan masukkan kicap cair kemudian makan bersama-sama yee mee tersebut...
udang dan isi ketam boleh juga diganti dengan sotong, kerang, ayam atau daging. tetapi pastikan kesemuanya di masak terlebih dahulu...yee mee juga boleh diganti dengan kue teow atau mee...

SELAMAT MENCUBA!


nyummm...nyummmm..nyummm


Setiap minggu hampir empat hingga lima kali juga kami menikmatinya...Lagipun, cara membuatnya mudah dan ringkas. Dan paling penting sedap...

Suamiku pula sangat menggemarinya...Sikit-sikit yee mee kung fu..yee mee kung fu... hihihi...

Ayat yang sering membuatku ketawa:

"Zarin, jaga-jaga sikit, mama dah start nak berkung fu tu. Habisla kita malam nie..." kata suamiku...

hehehehe...

9 comments:

  1. thanks for sharing the recipe.. mmg nak mintak pun recipe ni sbb terliur tgk pic ni kat RH tadi...
    nanti lady nak try.. nampak sangat menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. ida, kelly pun suka makan yee mee kungfu ni.. tapi tak suka yee mee suka makan dgn kue teow.. kalau bahasa cina diorang panggil 'wantan hor' yummy...

    ReplyDelete
  3. to lady : u u welcome...try la..memang sedap!nyummmy...nyummy

    to kelly : ooo..wantan = yee mee ye...hihihihi...tatau la pulak...kue teow pun sedap...tapi suami saya lebih suka yee mee nie...mmmm...layan je la....

    ReplyDelete
  4. thanks for the receipe...saya dah browse banyak receipe..tapi rasanya yang ini yang paling membantu...cumanya yee mee nih perlu goreng semula ke???

    ReplyDelete
  5. nurul: x perlu goreng, jirus air panas jap, pastu toskan.Sebab kuah tuk dah mendidih, nanti yee mee tu akan lembut sendiri.

    ReplyDelete
  6. suka yee mee sdp dia cam keras2..:-))

    ReplyDelete
  7. Okay..nak try la buat yee mee ni. Slalu beli yee mee brand ape ek?.. Sbb xpenah lagi masak yee mee sblm ni..

    ReplyDelete
  8. rafiza_fadzli : Alamak lupa la brand apa. Biasa beli kat Jusco. harga dalam RM2.50 kot. Kin ape2 brand ok kot. Yang penting tanda halal. Selamat mencuba :)

    ReplyDelete
  9. Ida...Yana amik resepi yee mee kungfu ni ek..mekasih sudi kongsi =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...