Thursday 29 March 2012

Acar timun

Hari ini macam tak ada mood nak menulis resepi yang panjang-panjang. Jadi hari ini saya hanya hendak berkongsi resepi acar timun yang mudah dan sedap :)


Bahan-bahan
1 biji timun
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar ( hiris nipis)
1 biji cili merah( dihiris nipis)
2-3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
4-5 sudu besar cuka makan
Sedikit air suam

Cara membuatnya
1. Kupas timun, buang kulit dan empulur serta dipotong memanjang.
2. Kupas lobak merah dan potong memanjang juga.
3. Dalam mangkuk, masukkan gula, garam, cuka dan air, kemudian kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan bawang, cili besar, timun dan lobak merah, kacau lagi.
5. Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian biarkan setengah jam atau sejam supaya acar tersebut mesra sebelum dihidang.
6. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak, dalca, ayam masak merah dan sebagainya.

Monday 26 March 2012

Puding Triffle

Inilah bentuk puding triffle yang saya buat untuk makan beradab makcik saya semasa perkahwinannya.

Pertama sekali nak minta maaf, sebab saya dah lupa ambil kat mana resepi ini. Saya copy, tapi lupa salinkan linknya, minta halal ya tuan empunya :)

Jom kita lihat resepinya


Bahan-Bahan
kek swiss roll - saya guna perisa pandan sebab tak jumpa yang lain boleh gak guna kek span dll.
1 tin buah-buahan campuran
1 tin susu cair
1 peket jelly cristal tak kisah perisa ape
4 sudu besar tepung kastard
sedikit esen vanila
7 sudu gula pasir
1 tin air-sukat guna tin susu

whipping cream atau yogurt or aiskrim vanila ke ape tak kisahla kan


Cara-caranya

untuk lapisan pertama-yang bawah sekali

-potong swiss roll anggaran 1.5cm pastu susun dalam bekas seeloknya dalam bekas kaca biar nampak susunannya tapi saya guna bekas loyang biasa je.Pastu renjiskan sirap/air dari buah-buahan campuran biar kek tu lembab.(asingkan buah dan sirapnya)
-tabur sedikit buah-buahan campuran tadi.
lapisan kedua

-campurkan setin susu cair dengan satu tin air serta 7 sudu gula kedalam periuk dan masak diatas api sementara tu bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air.Bila agak mendidih masukkan bancuhan tepung kastard tadi kacau dan terus kacau sampai nampak likat dan tidak berketul jangan lupe sebelum tu masukkan esen vanila.Kendian angkat dan tuangkan keatas lapisan yang pertama tadi.taburkan lagi buah-buahan campuran tadi.
lapisan ketiga

-masak jelly kristal ikut sukatan yang tertera pada kotak atau pek jelly tadi.bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi masih cair la tuangkan ke atas lapisan buah tadi.Bila dah beku bolehla nak letak whipping cream ke atau yogurt .

Selamat mencuba!

*pendapat peribadi, saya lebih suka triffle yang menggunakan swissroll perasa kopi/mocha.

Tuesday 20 March 2012

Murtabak Maggi

Murtabak maggi hanya saya sediakan ketika darurat. Darurat maksud saya jika tatau nak masak apa, dan malas nak keluar cari makan. Jadi inilah yang akan disediakan. Tapi sebelum buat murtabak maggi ini, saya akan pastikan Zarin tidur dahulu. Hihihihihi


Bahan-bahan yg di perlukan
- 2 bungkus maggi kari
- 3 biji telur
- 1 biji bawang besar yg di hiris nipis
- 2 batang sosej dipotong bulat
- ½ mangkuk kecil sayur campur

Cara membuatnya
1. Celur maggi sampai kembang dan toskan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, perencah kari maggi, sosej, bawang dan sayur campur serta kacau sebati.
3. Kemudian masukkan maggi yang telah ditoskan tadi ke dalam mangkuk berisi telur dan gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali, panaskan non stick pan, calitkan sedikit minyak dan goreng sehingga kekuningan, garing dan masak
5. Sungguh enak dinikmati bersama sos cili dan mayonis.

Selamat mencuba :)

Monday 19 March 2012

Udang masam manis

Setiap kali menikmati makan tengahari dan makan malam, atau pendek kata makan nasi, pasti udang yang menjadi pilihan Zarin. Dia sangat suka segala jenis seafood. Dan jangan tak percaya siput sedut pun fevret dia juga tu. Alahai selera anakanda saya ni pelik sikit.

Bila dah suka makan udang, saya pun mulalah mempelbagaikan resepi untuk memasak udang. Sudahnya terhasillah udang masam manis ini.

sangat mudah menyediakannya. bahan-bahan yang diperlukan adalah :


Bahan-bahan

3 ekor udang besar digoreng terlebih dahulu.

Untuk Kuah
1 biji bawang bombay/ bawang besar
2 inci halia dipotong memanjang
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap manis/pekat
1 sudu makan cuka
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
garam dan gula

cara membuatnya
1. Panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang bombay/bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan cuka, sos tiram, sos tomato, kicap cair, kicap manis/pekat, garam dan gula secukupnya.
3. Kacau sebati dan masukkan sedikit air dan biarkan kuah menjadi pekat.
4. Selepas itu,tutup api dan masukkan udang yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan ke dalam pinggan dan hiaskan dengan daun bawang dan daun sup, siap!

Friday 16 March 2012

kek karamel lagi

Kek karamel memang menjadi kegemaran ramai. Memang mendapat sambutan yang amat menggalakkan jika buat kek ini. Baru-baru ini, kakak saya yang dari Kedah datang ke rumah, dan permintaan juga kek karamel. Pukul 4.30 pagi saya bangun bancuh tepung. ehehehehehehehe...

Sebelum ini pun sudah beberapa kali saya postkan entri pasal kek karamel. Kiranya ini resepi ulang tayanglah. Boleh buat macam-macam bentuk ikut kesukaan masing-masing.


Kepada yang berminat untuk mencuba kek karamel boleh rujuk resepi ini :)

Source : Pn. Munira
Bahan-bahan
(A)Gula Hangus
• 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
• >>tabur gula dlm loyang n msk atas api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang).Ketepikan dulu
*Cara saya, masak gula hangus dalam periuk, kemudian tuang dalam loyang.

(B) Bahagian Atas
• 1/2 tin susu cair FN (200ml)
• 70gm gula kastor (saya guna 40-50 gram sahaja)
• 1/2 sudu teh esen vanila
• 3 bj kuning telur
*Untuk dapatkan karamel yang tebal boleh gandakan jumlah susu dan telur

(C) Lapisan Kek
• 140gm tepung gandum
• 70 gm gula kastor (saya guna 40-50 gram sahaja)
• 3 bj kuning telur
• 135ml air biasa
• 1 sudu teh baking powder (guna sudu kfc)
• 45ml minyak msk

(D) Merinque
• 6 bj putih telur
• 70gm gula kastor (saya guna 40-50 gram sahaja)
• 1 sudu teh krim of tartar (guna sudu kfc)

Cara-cara
• Kacau semua bhn (B) perlahan2.jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnya.
• Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
• Pukul bahan (C) ketepikan
• Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh.
• Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati.
• Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
• Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
• Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.

selamat mencuba.

Thursday 15 March 2012

Mee rebus bebola ikan resepi bonda

Mee rebus memang menjadi kegemaran saya. Lebih-lebih lagi jika diletakkan dengan homemade bebola ikan. Sepanjang membesar di Terengganu, jika sebut mee rebus, memang beginilah sifatnya. Kuah yang cair seolah-olah sup. Resepi ini merupakan resepi daripada Ummi saya.


Untuk bebola ikan
4 ekor ikan selayang/kembung
Secubit garam

Cara membuatnya
1. Siang ikan dan cuci bersih serta ambil isinya sahaja.
2. Masukkan isi ikan dan secubit garam ke dalam blender dan kisar sehingga lumat. Ketepikan.

Untuk kuah
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 suduk kecil lada hilam
*1 inci halia
3 pokok sawi pak choy / boleh gantikan dengan kangkung
2-3 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya.

*1 paket mee kuning yang telah dicelur dengan air panas dan toskan.

Cara membuatnya
1. Semua bahan yang bertanda * ditumbuk. Kemudian panaskan periuk dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan air dan kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih, ambil isi ikan yang telah dikisar tadi dan bulatkan kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk. Apabila bebola ikan tadi telah terapung dan masak, masukkan sawi, garam dan gula secukup rasa. Apabila telah sebati, tutup api.
4. Masukkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk dan letakkan kuah. Perahkan limau nipis dan taburkan bawang goreng, daun sup/daun bawang. Jika sukakan pedas, boleh dinikmati bersama sambal kicap.

** Mee tidak dimasukkan sekali ke dalam periuk untuk mengelakkan mee tersebut menjadi kembang.

Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...