Wednesday 25 July 2012

Gulai Terung

Setiap hari jenuh berfikir, apa menu yang nak dimasak sewaktu berbuka nanti. Mulalah terbayangkan pelbagai jenis lauk-pauk yang sedap-sedap. Memandangkan kesihatan saya sekarang dah tak berapa lalu nak makan ikan, jadi terpaksalah cari alternatif lain untuk memasak ketika berbuka.

Fikir punya fikir, terus lauk-pauk yang ummi saya selalu masak menjadi pilihan hati. lantas terus menghubungi chef saya di kampung. Dan semalam terhasillah gulai terung. Super duper yummy!


Sebenarnya taklah susah sangat nak masak gulai ni. Jom lihat resepinya :)

Bahan-bahan

*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
Rempah 4 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih)
1 paket rempah kari baba’s (Cap lain pun ok)
1 kotak santan
4-5 biji terung bulat dipotong 2
  ½ cawan air
2 sudu besar cili mesin
Sedikit nisan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kisarkan bahan yang bertanda *. Kemudian bahgikan kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk ditumis dan satu bahgian lagi dicampurkan dalam rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.


Cara membuatnya.

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Selepas itu masukkan 2 sudu cili mesin dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi dan kacau tunggu sehingga rempah tersebut masak dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air dan juga santan. Apabila telah menggelegak, masukkan terung. Kacau sekali sekala, apabila terung hampir masak, masukkan rempah 4 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih).
 3. Masukkan nisan dan juga garam secukup rasa. Apabila terung telah masak dan kuah menjadi pekat, tutup api dan bolehlah dihidangkan.


Serius, memang berselera sungguh saya makan semalam. Gulai terung ini saya kpadankan dengan lauk ayam goreng dan juga ikan pekasam, perggghhh! Memang sedap siap bertambah lagi. Tambahan pula ada budu, memang maveles!

Psstt: lauk yang cepat dimasak beginilah perlu saya fikirkan setiap hari. Sampai rumah dah pukul 6, hanya ada masa lebih 1 jam 30 minit untuk menyediakan hidangan. Bukan tak nak beli, dalam keadaan kesihatan sekarang, saya lebih sukakan lauk yang dimasak sendiri. Lebih terjamin dari segala segi :)

2 comments:

  1. You could certainly see your expertise in the article you write.
    The sector hopes for even more passionate writers such as you who aren't afraid to say how they believe. At all times follow your heart.
    my page: Villa Antalyasta

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...